BAB 1
Affia Eishal berlari anak
mendapatkan papanya, Haji Mustafa yang sedang tersenyum bangga padanya. Sudah
pasti bangga dengan kejayaannya mengengam segulung ijazah ditangannya. Lantas
dipeluknya erat papanya.
Haji
Mustafa menggosok kepalanya anaknya manja. Jubah konvo yang tersarung di
sebatang tubuh anaknya itu dipandang bahagia. Kalau arwah isterinya masih
hidup, tentu arwah isterinya juga gembira dengan kejayaan anak tunggal mereka
ini.
“Tahniah
sayang, hmmm…papa betul-betul bangga dengan anak papa ni,” Affia Eishal
tergelak mendengarnya.
“Thanks
papa, ni berkat doa papa juga tau.” Affia Eishal melepaskan pelukan. Teddy bear
dan sejambak bunga ros yang digubah indah diamatinya.
Tiba-tiba
matanya tertancap pada Ammar, kekasih hatinya yang sedang meraikan kejayaannya
bersama keluarga tersayang. Mata saling bertatapan dan senyuman bahagia singgah
seketika.
Senyuman
Haji Mustafa terus hilang apabila matanya singgah pada Datuk Kamaruddin
sekeluarga. Macam mana dalam seluas-luas dunia, mereka bertemu pada hari ini?
Parut semalam bagaikan ditoreh semula. Kejahatan lelaki itu pada arwah
isterinya membuatkan dia benar-benar menyimpan kemarahan hingga hari ini. Cuma
dia tidak mahu berdendam kerana arwah isterinya sentiasa berpesan, jangan
sesekali menyimpan perasaan dendam pada Datuk Kamaruddin nanti kelak akan
memakan diri. Namun dia hanya manusia biasa, mana mungkin dia bisa melupakan
segalanya dengan begitu sahaja.
Lelaki
itu tergamak menodai isterinya sehingga isterinya mengandung. Namun kandungan
itu keguguran dan dia tiada bukti yang kukuh untuk mengambil tindakan
undang-undang pada lelaki itu. Datuk Kamaruddin memasukkan pil khayal dalam
minuman isterinya ketika majlis makan malam syarikat usahasama mereka, Dejavu Corporation.
Masih teringat pada malam jahanam itu, dia memukul Datuk Kamaruddin separuh
mati. Boleh pula tanpa rasa jijik lelaki itu mahu dia berzina dengan Datin
Lydia, isteri Datuk Kamaruddin pula sebagai ganti.
Akibatnya, Haji
Mustafa menjual segala syernya dan sahamya di Dejavu Corporation dan memutuskan
ikatan persahabatan antara mereka setelah peristiwa durjana ini berlaku.
Sehingga ke hari ini, dia langsung tidak boleh bertentang empat mata dengan
lelaki itu.
Pandangan
Haji Mustafa menghala semula pada anak gadisnya. Namun berkerut dahinya melihat
Affia Eishal sedang berpandangan dengan anak teruna Datuk Kamaruddin.
“Fia?”
Panggil Haji Mustafa. Affia Eishal segera berpaling.
“Hah,
kenapa papa?”
“Kenapa
Fia tengok budak tu? Apa hubungan Fia dengan dia?” Tanya Haji Mustafa. Affia
Eishal terkedu mendengarnya. Patutkah dia menceritakan hubungan istimewanya
dengan Ammar?
“Err…ohhh…
itu Ammar papa. Kami satu kelas,” cerita Affia Eishal dengan muka berseri-seri.
“What?”
Rasa mahu tercabut tangkai hati Haji Mustafa. Jika dia tahu, anak si bedebah
itu turut belajar di sini, sudah tentu dia menukarkan anak gadisnya itu ke
tempat lain. Jangan-jangan Affia Eishal ada hubungan istimewa dengan anak
bedebah itu? Pucat sudah muka Haji Mustafa.
Affia
Eishal segera menarik tangan papanya, menghampiri Ammar sekeluarga. Terkejut
Haji Mustafa dibuatnya kerana tiba-tiba sahaja Affia Eishal berani mengambil
tindakan ini.
“Jom,
pa…Fia nak kenalkan dia pada papa. Ammar….” Panggil Affia Eishal setelah
menghampiri Ammar sekeluarga.
Datuk
Kamaruddin juga terkejut melihat kehadiran Haji Mustafa di sini. Sudah lama
mereka tidak bersua muka. Dia juga sedar, dari pandangan sahabat lamanya ini,
masih tersimpan perasaan dendam. Masam mencuka air mukanya biarpun kejadian itu
sudah berlalu hampir 20 tahun yang lalu. “Uncle,
saya Ammar….kenalkan ini papa saya, papa…ini Affia. Kami satu kelas…” Ammar
pula mencelah disaat ke dua orang tuanya saling berpandangan tanpa sebarang
syak.
Haji
Mustafa memandang tajam wajah Datuk Kamaruddin. Dari matanya, jelas kelihatan
kemarahan yang masih belum padam. Memang dia sangat benci melihat muka musuh
ketatnya ini. Tangan Ammar yang dihulurkan padanya dibiarkan sahaja. Terus saja
menarik tangan Affia Eishal supaya menjauh dari situ. Terpinga-pinga Affia
Eishal dan Ammar dengan reaksi dan tindakan Haji Mustafa. Namun, Datuk
Kamaruddin mengerti akan puncanya. Dia melepaskan keluhan.
Sebaik saja tiba di KLIA, Haji
Mustafa segera melajukan langkah sambil memaut tangan anak gadisnya segera ke
kereta. Tidak menyangka mereka boleh pula berada satu penerbangan dengan Datuk
Kamaruddin sekeluarga. Sepanjang penerbangan dia bagaikan berada dalam
microwave.
Haji Mustafa segera mengarahkan pemandunya, Azmie agar membawa mereka menjauh
dari situ. Ammar yang mengejar dari belakang tidak sempat untuk berkata sepatah
perkataan pun pada Affia Eishal. Dia hairan dengan sikap papa Affia Eishal yang
bagaikan tidak menyukainya.
Affia Eishal
hanya mampu memandang Ammar yang melambai ke arahnya. Bahunya pantas di peluk
dan badannya ditolak masuk ke kereta. Takut dia melihat wajah asam kecut
papanya. Dalam hatinya tertanya-tanya apakah masalah papanya dengan Ammar?
Susahlah kalau masalah begini tiba-tiba datang melanda pula. Bagaimana dengan
hubungan cinta mereka?
“Fia, papa
andaikan papa tak ingat apa yang berlaku semalam termasuklah lelaki yang Fia
cuba kenalkan pada papa. Siapa dia papa tak ingin nak ambil tahu. Yang papa
ingat, papa hanya ke sana untuk meraikan kejayaan Fia. Siapa dia pada Fia, papa
juga tak mahu tahu. Apa yang papa tahu, jangan sesekali menyebut nama lelaki
tu, pada papa. Papa anggap Fia tak penah kenal dia, faham?” Haji Mustafa
bersuara dengan perlahan namun penuh ketegasannya.
“Tapi papa,
kenapa papa tak suka dia sedangkan papa belum kenal dia kan? Dia baik pa….So
apa salahnya….” Segera Haji Mustafa memangkah kata anaknya. Baik konon?
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Dia sama sekali tidak akan izinkan anaknya
mempunyai hubungan dengan keturunan perosak itu.
“Papa dah cakap
tadi, dan anak papa cukup bijak untuk memahami cakap papa. Fia anak yang
baikkan, jangan sesekali melawan cakap papa hanya kerana lelaki yang Fia baru
beberapa hari tu.” Balas Haji Mustafa dengan tegas. Affia Eishal tergamam
mendengarnya.
“Bak sini,
telefon Fia.” Permintaan itu membuatkan Affian Eishal terpana mendengarnya.
“Tapi pa….”
segera Haji Mustafa menyambar beg tangan anaknya dan menyelongkarnya. Telefon
bimbit anaknya itu segera diambil dan disimpan.
“Kalau Fia
sayangkan papa, jangan berhubungan lagi dengan lelaki tu.” Haji Mustafa
memberikan amaran. Tergamam Affia Eishal mendengarnya.
Kenapa papa jadi
begini? Apa salah Ammar? Tubir matanya mula berat, namun kerana perasaan sayang
dan hormat pada papanya membuatkan dia mendiamkan diri apatah lagi melihat
papanya sejak semalam bermuka masam dan marah padanya. Mungkin bila marah
papanya reda dia akan cuba berbincang dengan papanya.
1 comment:
huh...sungguh mencabar maruah akn kisah silam haji mustafa dimane maruah isteri tercinta...diragut sahabat yg amat durjana!!!leh terlerai ke andai ank masing2 terijap hati dn perasan...
Post a Comment