Friday 28 December 2012

BAB 5 Di Larang Masuk Dalam Hatiku

You ni, langsung tak pedulikan I. I ni isteri you, tanggungjawab you Edry?”Tengking Engku Adiba, sepupu yang disuruh kahwin dengannya.
            Dia pun tak teringin langsung, tapi sudah didesak mummy terpaksa juga akhirnya. Dia benar-benar berserabut kepala otak apabila berada di sisi isterinya itu. Engku Adiba benar-benar membosankan. Tidak dinafikan perempuan ini cantik, tapi entahlah kecantikannya itu menyakitkan hati Engku Edry Ashman. Tak berguna satu sen pun.
            “I rasa I dah terlebih pedulikan you sampai you dah pijak-pijak kepala I. Sebenarnya I bangga sangat dapat isteri macam you ni asyik sibuk menghabiskan duit I bukannya sibuk nak menjaga makan minum dan pakai I. Sepanjang tiga bulan bulan, dah berapa banyak duit I habis sebab you! Of course I bahagia sangat,” marah Engku Edry Ashman.
            “You jangan nak sindir-sindir I, ingat I tahan sangat ke dengan perangai you yang kaki betina ni?” Soal Engku Adiba berulang kali.
            “Habis tu, you tu apa? Kaki jantan juga kan, kaki pengikis. I ni, satu sen pun tak pernah ambil duit you tau. Kerja you asyik bercuti satu dunia, habiskan duit I. Rasanya kalau ke Planet Pluto pun boleh melancong, dah lama you pergi kan?
            You kahwin dengan I sebab nak kikis duit I kan? Itu tujuan you. Tiga bulan kita kahwin, dah berapa banyak duit I habis untuk you. Dalam masa dua hari saja, you dah menghabiskan duit I sebanyak RM100 ribu sayang, bukannya RM1. You buat apa dengan duit tu? Bagi makan anak-anak ikan you?”  Sindir Engku Edry Ashman dengan geram.
            Kedua-dua bekas isteri dan isterinya ini memang sama sahaja perangai. Suka benar menjahanamkan harta benda dan menghabiskan duitnya.  Mata duitan, pemalas, kaki disko dan segala-galanya yang buruk memang menjadi tabiat isteri dan bekas-bekas isterinya.
            'Amboi, suluh diri sendiri dulu, macamlah kau baik sangat. Itu je jodoh yang sesuai untuk lelaki macam kau.' sempat berleter pada dirinya sendiri.
            Pucat lesi muka Engku Adiba mendengarnya. Memang pun dia sengaja menghabiskan duit sebanyak tu kerana dia fikir peluang yang tinggal ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menghabiskan duit lelaki ini sebelum dia diceraikan seperti bekas-bekas isteri Engku Edry Ashman yang lain.
            Pucat muka Engku Adiba. Almaklumlah, kata-kata suaminya memang betul sama sekali.
            “You berkira dengan I? I isteri you, I berhak atas setiap duit you.” Engku Adiba sikit mengendur suaranya.Almaklumlah buat salah, takutlah jawabnya.
            “Memang you berhak, tapi bukan melampau sampai macam ni. Mulai hari ni, I dah block kad kredit you. I memang dah bosan hidup dengan perempuan pengikis macam you. Faham?” Tengking Engku Edry dengan geram.
            “Edry! You tak boleh buat I macam ni,” Suara Engku Adiba yang meninggi itu dibiarkan sahaja. Dia sudah jemu dan jelek dengan perempuan pisau cukur seperti Engku Adiba.  Hendak berbincang pun buang masa saja.
            Arghhhh, kenapa mummy memilih perempuan begini sebagai isterinya? Kononnya sepupunya ini akan membuatkan dia bahagia. Tapi, membosankan! Menjelekkan hati! Kalau boleh mahu sahaja dia menendang perempuan ini keluar dari rumahnya.

  ********************************************************************************

SEBAIK sahaja tiba di Villa Sentosa, Engku Edry Ashman melihat mummy nya sedang mundar-mandir kerana menantinya. Isterinya, Engku Adiba pula sedang duduk di sofa sambil menangis teresak-esak. Entah apa agaknya yang sedihnya sangat? Orang kata, bila terhantuk, barulah tergadah.
            Tentu baru lepas kena marah dengan mummy. Mulut mummy memang tidak dinafikan lasernya sangat luar biasa. 
            Dia langsung tidak marah apabila mummynya memaklumkan yang Engku Adiba di tangkap khalwat di Kuala Lumpur bersama dua orang lelaki kerana rumahtangganya memang sudah hilang kemanisan dan dia sebenarnya memang sudah jemu dengan Engku Adiba biarpun perkahwinan mereka baru 3 bulan. Mereka sudah dua bulan tinggal berasingan dan membawa haluan masing-masing.
            Engku Adiba pergi ke Kuala Lumpur pun tanpa pengetahuan Engku Edry Ashman.
            “Mummy, kenapa marah-marah ni? Dahlah, mummy, benda nak jadi kan? Mummy pancung leher Adiba pun tak guna, mummy!” Tegur Engku Edry Ashman.
            Engku Adiba, sepupu merangkap isterinya itu mengangkat kepala apabila mendengar suaranya.
            “Mana mummy tak marah, mummy malu tau tak? Menantu mummy kena tangkap khalwat? Hei Diba, yang kau bodoh sangat ni kenapa? Kot yea pun nak tidur dengan mana-mana jantan sekalipun, pergilah cari tempat-tempat yang selamat sikit.
            Tak kan tak tahu, Malaysia ni macam mana? Pandai makan, pandailah simpan! Dah jadi macam ni, tak ke memalukan je? Seronok masuk berita semalam? Menantu Engku Erman di tangkap khalwat.” Bising Engku Ejah dengan geram.
            “Yang kamu ni, Edry apasal senyap je? Tak mengamuk dengar isteri Edry kena tangkap khalwat? Macam happy je?” Soal Engku Ejah dengan bengang.           Ingatkan kahwin satu keturunan, bolehlah bahagia, tapi rupa-rupanya bakal musnah juga rumahtangga anaknya ini buat ke ketiga kalinya.
            Engku Edry Ashman tersenyum nipis. Memang dia gembira mendengar berita ini kerana dia sudah mempunyai alasan kukuh untuk menceraikan Engku Adiba yang amat menjemukan ini.
            Otaknya sekarang ini ligat memikirkan talak berapa yang bakal dihadiahkan buat isterinya ini. 1,2 atau 3?
            “Buat apa serabut kepala mummy nak marah-marah, buat mummy nampak tua ja! Cuba sayang sikit kedut-kedut kat muka mummy tu. Nak mengamuk pada Adiba pun tak guna, lagipun dayus lah tampar-tampar perempuan. Edry kan jenis cool!
             Edry bercerai jelah dengan dia, habis cerita. Dia kan dah jemu dengan Edry sebab tu sanggup usung jantan-jantan tu. Lepas ni, bolehlah dia kahwin dengan kekasih-kekasih dia tu! Biar lelaki tu pula tanggung betina pengikis ni! Edry dah tak larat!” Mudah Engku Edry Ashman menuturkannya.
            Engku Adiba mengetap bibir geram. Bukan dia tidak tahu, Engku Edry memang tidak pernah ada sekelumit pun perasaan padanya. Perceraian memang ditunggu-tunggu selama ini.
            Perkahwinan yang hanya manis dalam masa seminggu. Bila jemu di buangnya begitu sahaja. Dia juga ada perasaan, ingin disayangi. Dia bertindak curang kerana Engku Edry Ashman tidak pernah mempedulikan dia. Hanya nafkah zahir yang diberikan sedangkan nafkah batinnya terabai.
            “You memang tak pernah kisahkan I kan? Hei, you sendiri pun selalu mengusung perempuan ke bilik tidur. Ingat I tak tahu? You ingat you baik sangat? I curang dengan you, kerana I selalu diabaikan!” Marah Engku Adiba dengan deraian air mata. Engku Edry Ashman tersenyum nipis.
            “You jangan nak tunjuk baiklah, Engku Adiba. Jangan ingat I tak tahu siapa diri you. First time I sentuh you, you dah bekas orang dear! Kalau you boleh murah berikan harga diri you untuk lelaki yang bukan suami, bila-bila masa saja you akan curang dengan I!” Sindir Engku Edry Ashman tersenyum sinis.
            'Perempuan macam ni, tak layak jadi isteri aku sampai tua gayut. Cukuplah tiga bulan saja, lupakan saja. Tendang saja keluar dari pintu, buat menyemak hidup dan buang masa saja.'  Desis hati Engku Edry Ashman.
            “Kalau I bekas orang, you tu? Apa? Sebelum kahwin dengan I pun, berapa banyak perempuan yang you dah usung? Kalau nak kan perempuan baik sebagai isteri, cermin diri you tu dulu! I memang malang kerana jadi isteri you, tau tak?” Tengking Engku Adiba dengan marah.       Engku Edry Ashman mengangkat tangan tanda mengalah namun masih dengan muka selamba badak sumbunya. Kalau lelaki lain, mahunya lunyai muka perempuan ini kena penampar.
            “Okey, kita memang sama-sama malang. I malang jadi suami you, dan you pun malang jadi isteri I. I mengaku, I pun bekas orang, sama seperti you. I  mengaku I memang suami yang jahat, tak layak jadi isteri yang 'baik sangat' macam you!
             Jadi, moleklah kiranya kalau I menghilangkan nasib malang you tu sekarang supaya you, tak ditangkap khalwat lagi. You boleh kahwin dengan kekasih you dan hidup bahagia. Kalau tak, nanti letih pula pegawai pejabat agama tu nak tangkap you banyak-banyak kali. Wartawan TV pun, dah jemu nak tulis cerita pasal you banyak kali.
            Engku Adiba Engku Kamaruddin, aku Engku Edry Ashman Engku Erman, ceraikan kau dengan talak satu! Puas hati?” Terus Engku Edry Ashman keluar dari Villa Sentosa dengan perasaan yang lega dan seronok. Perkahwinan buat kali ketiganya, gagal lagi. Tapi dia tidak kisah, seronok bagai burung yang dibebaskan dari sangkar.
            'Syoknya, bergelar duda buat kali ke tiga. Tapi aku duda bukan sebarang duda tau, aku duda yang terhangat di Malaysia.' Kuat perasan memang sudah sebati dalam diri Engku Edry Ashman.

                                                      4

Thursday 27 December 2012

BAB 3 DILARANG MASUK DALAM HATIKU

TERIK panas kian membahang. Setelah membuka khemah dan meja, Kifayah tekun membantu emaknya dengan mengikat bungkusan laksa, laksam, mee kari dan bihun sup menggunakan getah kemudian menyusunnya di atas meja jualan.
            Kemudian dia membungkuskan kuah-kuah makanan yang di jual itu pula. Ramai betul peniaga yang berniaga di tapak pasar malam di depan Sekolah Menengah Tsung Wah.
            Kifayah mengesat peluh di dahi. Doyah, saingan sengit mereka sedang berniaga berhadapan dengan gerai mereka. Anak bujangnya yang bernama Naim selalu mengerling Kifayah namun Kifayah malas melayan. Nak mengoratlah kot?       
            Kawan-kawan sekolahnya kebanyakan sudah mempunyai pakwe. Tapi dia, entah lah bukannya tidak terfikir, cuma malas apabila mengenangkan masalah keluarga dan tanggungjawab ke atas keluarga yang lebih berat daripada itu. Mak dan ayahnya pun bukan suka sangat dia berkawan dengan lelaki.
            Dunianya hanya membantu emaknya di rumah dan berniaga. Kalau nak bercinta, mana ada masa  bergayut telefon ke, ber dating ke, sebab jadual hariannya memang sibuk. Nak belajar pun tak sempat. Balik sekolah, terus menuju ke dapur membantu emaknya menyiapkan barang-barang berniaga. Petang pula, membantu mengemas rumah. Kini, tugasnya berganda apabila dia turut mengikut emaknya berniaga pula sejak kakaknya Rihanna berkahwin. Bermula dari petang sampai ke malam.
            Walaupun emak dan ayahnya nampak moden dan terbuka, namun mereka begitu menitik beratkan soal didikan dari segi agama, sikap dan tabiat. Umur 5 tahun, Kifayah sudah Khatam Al-Quran. Dari sekolah rendah lagi, Kifayah sudah di ajar melakukan kerja-kerja rumah dan memasak.
            Apabila meningkat remaja, mak dan ayahnya memang sentiasa memastikan anak-anak mereka menjaga pergaulan dengan lelaki dan orang luar.  Tidak pernah mereka dibenarkan keluar berpeleseran.
            “Dah siap bungkuskan semua?” Soal emaknya yang baru balik dari berbual dengan Doyah. Sempat mengorek rahsia kuah laksa Doyah yang dikatakan sedap itu.
            “Dah.” Jawab Kifayah bersahaja.
            “Mak dah tanya Doyah, resepi kuah laksa dia. Alah, lebih kurang sama je macam kuah mak. Mak sempat jeling bungkusan dia tadi, sikitnya, lagi sikit dari bungkusan mak. Jangan Kifa risaulah! Bungkusan kita ni lagi banyak, mesti puas pelanggan makan.
            Eh, apasal anak Doyah si Naim tu asyik dok tengok Kifa dari tadi? Kifa, jangan nak menggatal ya?” Emaknya mula membebel.
            “Mak, Kifa tengah sibuk membungkus kuah ni, tak ada masa nak mengatal kat sini!” Jawab Kifayah dengan muka masam.
            “Tengok tu, orang tegur tarik muka. Berdosa tau, buat mak macam ni. Ingat, kalau nak mengatal cari yang senonoh sikit. Setakat anak Doyah tu, buat malu mak ja nanti. Sekolah pun tak habis, berniaga pasar malam saja! Tak bertokoh nak buat suami!”
            “Mak, apa mak merepek ni? Kifa baru 19 tahun, apasal cakap pasal 'suami' pula ni?” Kifayah benar-benar sakit hati, tapi sebagai anak apa lah daya untuk membentak lebih-lebih. Bukan boleh selesai masalah pun, emaknya akan membebel tidak tentu hala nanti.
            “Tak adalah, mak cuma nak ingatkan Kifa je? Jodoh Kifa biar mak dan ayah yang tentukan. Tak payahlah nak fikir....” Kifayah mengelengkan kepalanya. Perbualan itu terhenti apabila pelanggan mula membanjiri gerai emaknya.
            “Err, laksa sepuluh bungkus, bihun sup lima, laksam tujuh bungkus!” Man Boroi memberitahu Rafeah.
            Matanya tertancap pula pada Kifayah. Terlopong mulutnya. Fuyooo, cunnya budak ni!
            “Ini, anak Kak Peah yang mana pula?” Tegur Man Boroi dengan ramah.
            “Ini anak Kak Peah yang nombor tiga, Kifayah namanya. Rihanna kan dah kahwin, sekarang ni giliran adiknya pula yang membantu.” Beritahu Rafeah dengan mesra. Man Boroi mengangguk dan tersenyum pada Kifayah.
            Kifayah buat-buat tidak nampak. Menyampah melihat senyuman gatal lelaki itu. Gigi sudahlah rongak! Ingat molek sangat muka dia tu? Tak sukanya.....
            Man Boroi menyambung lagi. Dia memang jenis bermulut manis dan pandai mengayat.
            “Anak-anak Kak Peah semuanya cantik-cantik, macam Kak Peah juga! Tapi Kifayah ni, saya rasa yang paling cantik sekali dari yang lain. Sekolah lagi ke Kak Peah?” Tanya Man Boroi yang berminat. Rafeah yang mendengar pujian bertambah kembang semangkuk. Tidak muat rasanya kain yang dipakainya ini. Hampir terkoyak pula. 
            “Tahun ni nak ambil STPM. Lepas ni, giliran dia pula nak dikahwinkan.” Khabar Rafeah dengan senyum.
            Bulat mata Kifayah mendengarnya. Eee, dia masih muda trang tang tang, mak dia dah sibuk menjaja soal nikah kahwinnya. Tak terfikir lagi dia, kalau boleh dia nak tunggu dulu keputusan STPM, kalau keputusannya baik dia akan menyambung pelajaran kemudian bekerja selepas itu, barulah fikir soal kahwin.
            Man Boroi melirik gatal pada Kifayah yang sedang membungkuskan kuah itu. 'Amboi, buat kerja penuh tertib anak dara ni! Ishh, dia jeling-jeling pula. Aduhai, berkocak jantung den! Kalau dapat buat bini ni, sure tak keluar rumah seminggu!'
            “Banyak membeli hari ni Man?” Tanya Rafeah lagi. Man Boroi segera mengeluh.
            “Biasalah, orang rumah saya tu, pemalas sungguh memasak. Asyik nak besarkan badan je kerja dia. Makan sampai berpuluh-puluh pinggan sehari. Letih saya nak bela bini macam tu. Pembantu rumah kan ada dua orang, itu yang semakin naik lemak dia tu! Pecah kepala saya dibuatnya!!!” Man Boroi mengutuk isterinya yang gemuk gedempol itu.
            Anak-anaknya yang seramai tiga orang itu pun, ikut jejak isterinya. Semuanya kuat-kuat makan dan sihat sungguh tubuh badan.
            Kifayah mencebik, mengutuk bini dia bukan main lagi! 'Yang badan dia gemuk, tak sedar-sedar? Perut boroi kalah perempuan mengandung 9 bulan, kepala bulat, pipi bertimbun macam kuih apam, selamba hina bini dia, memang dasar jantan tak sedar diri!' Semakin menyampah Kifayah dibuatnya. Rafeah pula mendengar dengan penuh minat.
            “Ishh, ishhh, kesiannya Man. Tak bolehlah macam tu, isteri ni kena jaga makan pakai suami. Anak-anak Kak Peah, memang kak Peah didik dari sekolah rendah lagi buat kerja-kerja rumah. Kifayah ni, memang kerja rumah A plus lah! Jangan kata habuk, kuman pun susah nak jumpa dalam rumah Kak Peah tu! Rajin sungguh lah. Memasak lagilah, kalah masakan kat hotel lima bintang! Lebih kurang macam master chef yang masak.” Puji Rafeah yang begitu berbangga memuji anak-anaknya.
            Kifayah menarik muka masam. Wajah Rafeah direnungnya.
            'Eee, tak sukanya dengar! Apasal mak aku ni, menyemakkan nama aku pula? Dahlah puji melambung tak kena tempat pula tu? Buat malu betul lah! Bagi nasihat bukan main lagi, tapi makan minum ayah selama ni, kakak-kakak, aku dan adik yang ambil tahu. Dia asyik sibuk siapkan barang-barang berniaga je kat rumah!'
            Man Boroi yang mendengar bertambah teruja untuk mengenali anak ke tiga Kak Rafeah yang cun melecun ini.
            'Sudahlah cantik, pandai buat kerja-kerja rumah, rajin pula tu! Memang bertokoh nak buat bini ni. Tapi si badak berendam kat rumah aku tu nak campak mana? Alah buang jelah, bukan berguna lagi? Dah berkedut, berlemak sana-sini. Nak tengok pun padam selera aku.' Man Boroi mengutuk isterinya.
            “Iya ke? Bertuah lah lelaki yang dapat kahwin dengan Kifa nanti. Beruntung sungguh! Saya ni Kak Peah, dah semakin bosan mengadap bini saya tu. Balik rumah serabut betul tengok penampilan dia. Rambut dia dah macam kilang kutu.  Pemalas pula tu nak mandi, busuk jangan dok katalah. Kalah kerbau Mat Soud!
            Tapi sebab itu je bini yang ada terpaksa lah Kak Peah, tutup biji mata dan lubang hidung ni, menjalankan tanggungjawab saya dengan rela hati! Dah berbuih mulut bagi nasihat. Macam tu juga jadinya. Dia nak apa semua saya bagi, gelang emas sampai ke bahu, rantai emas sebesar tali ikat kapal selam, sampai berbirat leher dia pakai itu pun, nak membeli lagi barang kemas bulan ni, duit poket lagilah sebulan sampai RM5, 6 ribu!
            Itu pun kadang-kadang lebih dari tu saya bagi! Sedih sungguh saya, sebab isteri saya tu, tetap tak mau berubah, makin teruk lagi ada lah. Entahlah Kak Peah apalah malang nasib saya ni.” Man Boroi mengutuk bini dia lagi tanpa sedar, bau badannya pun lebih kurang kerbau Mat Soud.
            Kifayah yang mendengar semakin jelek rasanya. Bertambah meluat dengan lelaki ini. Lelaki jenis apa, suka memburuk-burukkan isteri sendiri. Mesti bukan lelaki yang baik. 
            “Sabarlah Man. Bertuah sungguh bini kamu tu, dapat suami bertanggungjawab macam kamu. Macam-macam yang kamu bagi ya walaupun bini kamu tu busuk macam kerbau!” Rafeah menasihatkan Man Boroi. Man Boroi mengangguk berulang kali.
            “Err, okeylah. Saya balik dulu, menganggu Kak Peah pula nak buat kerja. Bukan apa dah lama saya pendam masalah saya ni, saya dah tak sanggup lagi nak bertahan. Dah lama saya menderita. Anak-anak saya dah telefon banyak kali, lapar kat rumah tu. Nak harap mak dia, kebulurlah tak makan jawabnya. Jangan kata nak masak, nak pergi beli lauk kat kedai yang dah siap tu pun, pemalas. Asyik makan, tidur!
            Hmm, tak sabar nak makan laksa Kak Peah. Saya ni pun kalau tak pekena laksa Kak Peah, mahunya meroyan saya dibuatnya. Berapa semua?” Soal Man Boroi mengerling gatal ke arah Kifayah.
             Di bukanya dompetnya yang tebal dengan duit itu dengan tujuan ingin menunjuk-nunjuk pada Kifayah dan Rafeah. Rafeah apalagi, hampir juling biji mata dibuatnya melihat duit sebanyak itu. Rasa begitu berbangga dengan Man Boroi. Bertuah sungguh bini Man Boroi.
            Kifayah mula mengira dengan malas.   Menyampah betul dengan sikap Man Boroi yang suka menunjuk-nunjuk itu.
            “Semuanya RM55.OO.” Beritahu Kifayah dengan muka serius pada Man Boroi yang tidak jemu memandang wajahnya.
            “Amboi, sedapnya suara! Ini kalau menyanyi, mesti macam buluh perindu. Kalau Siti Nur Haliza dengar, merajuk tak nak nyanyi dah!” Puji Man Boroi yang dirasakan tidak tentu hala oleh Kifayah itu.
            Man Boroi menghulurkan RM 100 untuk Kifayah. Cepat Kifayah menarik tangannya sebelum lelaki itu menyentuhnya. Dasar jantan miang! Menyampahnya.
            “Tak apalah Kak Peah, simpanlah baki tu. Sedekah dari saya, Kifa kan sekolah lagi. Ini untuk belanja sekolah dia, ambil lah saya sangat ikhlas," Man Boroi sengaja menampilkan sifat terpujinya. Rafeah tersenyum sampai telinga. Manusia mana tidak gembira, dapat duitkan?
            Membulat mata Kifayah mendengarnya. Segera memprotes kebaikkan lelaki itu.
            “Eh, tak payah. Kalau nak bersedekah, bukan kat sini tempatnya. Ouchhh!!!” Kifayah menahan sakit apabila pahanya ditampar oleh emaknya. Rafeah segera mengawal situasi.
            “Ya Allah, terima kasihlah Man. Semoga murah rezeki Man.” Ucap Rafeah terharu.
            Tersengih-sengih Rafeah biarpun Man Boroi sudah pun berlalu. Not Rm 100 yang dipegangnya dipandang dengan teruja.
            “Mak ni, suka hati dia je terima duit orang,” tegur Kifayah yang sangat tidak berkenan dengan perangai emaknya ini. Kalau fasal duit, memang tiada kompromi.
            “Biarlah, dah orang nak sedekah. Kifa, err...duit baki yang Man bagi Kifa ni, Kifa bagi kat mak je lah! Kan hari tu, mak yang bayar yuran STPM Kifa? Kiranya settle lah yea,” pinta Rafeah yang Kifayah cukup faham sangat dengan perangai berkira dan kedekutnya. Kifayah melepas keluhan dan mengelengkan kepalanya.
            “Ambillah, Kifa pun tak nak duit lelaki tu,” balas Kifayah. Apalagi sengihan Rafeah bertambah lebar. Untungnya mempunyai anak-anak yang cantik-cantik. Sekarang ini, dia akan menanti mana-mana lelaki kaya yang bakal berkenan dengan Kifayah. Semakin senang hidupnya nanti.
            Tepat jam 10.00 malam, barulah mereka mula mengemas untuk pulang. Hari ini hasil jualan agak baik. Cuma lima bungkus laksa saja yang tinggal.
            Dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki Proton Saga Rafeah yang sudah berkarat itu, Rafeah berbual-bual dengan Kifayah. Kifayah yang sememangnya bosan terpaksa juga kerana telinga bukannya mata atau mulut yang bisa ditutup.
            “Kereta ni dah teruklah. Mak cadang nak minta kat Kak Hidayah lah duit. Nak beli kereta baru.” Beritahu Rafeah.
            “Mak, kan Kak Dayah bagi mak sebulan seribu. Mana pergi duit tu? Tak cukup lagi ke? Tak menyusahkan dia ke? Dia kan dah kahwin, ada tanggungan. Anak-anak tiri dia lagi. Kereta ni mak baru je pakai dua tahun, tapi dah jadi besi buruk. Mak cuma tahu naik je, tapi tak tahu jaga! Kalau Kifa tak cuci, alamatnya tak nampak rupa kereta ni!” Tegur Kifayah yang tidak berkenan sama sekali dengan sikap emaknya.
            Bukan main lagi mengajar anak-anak erti bertanggungjawab, tapi dia langsung tidak menunjukkan contoh yang baik. Seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Mujurlah anak-anaknya semuanya berjenis kerana sudah dilatih sejak kecil membuat kerja-kerja rumah sedangkan emaknya suka goyang kaki di rumah. Kerjanya hanya menumpukan pada perniagaannya dan memberi arahan saja di rumah.
            “Biasalah, kereta ni mak guna buat kerja. Kereta baru nanti, mak nak guna pergi jalan-jalan. Mak nak minta myvi lah! Seribu tu bukannya banyak Kifa, sekarang ni semua belanja mahal. Itu untungnya kalau kahwin orang kaya. Hidup senang-lenang. Abang ipar kau tu, bukan main baik lagi.
            Tak pernah lupa janji nak bagi mak dan ayah duit. Kak Rihanna kau ni yang mak pening, senyap ja lepas kahwin. Balik sekejap je, bagi duit belanja! Lepas tu terus blah. Macam mana, agaknya si Rosli tu jaga dia?” Bising Rafeah lagi. Kakaknya, Rihanna sejak berkahwin dengan Rosli, senyap sunyi jadinya.
            Langsung tak balik rumah menjenguk keluarga sedangkan rumahnya bukannya jauh pun. Salah mak dan ayahnya, terlalu mementingkan kebendaan dari budi bahasa menantu.
            “Dahlah, malas nak cakap pasal kakak kau tu. Janji tiap-tiap bulan, bagi duit kat mak dan ayah! Itulah untungnya dapat suami kaya. Kifa pun, mak akan pastikan dapat suami kaya juga.
            Kifa, mak rasa peliklah, jualan mak tak pernah habis. Selalunya mesti licin punya.” Kifayah mengeluh. Bosan apabila emaknya membuka topik baru pula.
            “Mak bersyukurlah dengan rezeki yang ALLAH tentukan ni. Lebih 5 bungkus je, bukannya banyak pun.” Balas Kifayah dengan suara yang keletihan. Dia kini hanya ingin cepat sampai dan tidur.
            “Tak, mak dapat rasakan yang mak kena santau lah! Ada orang dengki dengan mak!” Beritahu Rafeah.
            Kifayah mengeluh lagi. Inilah masalah manusia, bila berniaga tidak laku mula lah nak salahkan orang lain, kena santaulah ada orang dengkilah! Kianat lah! Sedangkan tanda-tanda kena santau pun tidak ada.
            “Astafirallahalazim. Mak, apa kena mengena santau pula ni? Cuba mak teliti diri mak tu, apa kurangnya mak sampai jualan mak tak habis? Kita ni, harus bersyukur. Bila kita bersyukur, masalah yang besar jadi kecil, benda yang kurang, rasa cukup!
            Kan, Kifa dah tegur mak banyak kali, kepuasan pelanggan tu yang penting bila berniaga. Mak masak memang sedap tapi satu je, pelanggan tak puas makan sebab sikit sangat. Tak berbaloi dengan harga. Kalau Kifa pun, Kifa pilih gerai Doyah, biarpun sikit tapi berbaloi dengan harga.” Tegur Kifayah yang berdoa dalam hati emaknya menerimanya.
            “Iyalah! Mulai esok, mak tambahkan sikit.” Rafeah akhir akur dengan pendapat anaknya itu.