Friday 7 December 2012

BAB 3 RAJA DIHATIKU KAYU




Muaz dan Khalish Aqimie saling berpandangan. Cemas dan panik. Terus sahaja Muaz keluar dari kereta dan mendapatkan mangsa kemalangan itu. Orang ramai mula mengerumuni kawasan tersebut. Khalish Aqimie cepat-cepat menutup mukanya, bimbang kalau ada yang terperasankan dia. Namun sesekali diangkat juga kepalanya untuk melihat gerangan yang dilanggar itu.
Muaz segera menegur gadis yang sudah bangun dari baringan dan duduk.
“Cik tak apa-apa? Cik okey ke?” Tanya Muaz pada gadis itu yang sedang menahan sakit. Gadis itu mengangkat kepalanya. Mukanya mencuka. Marah pastinya.
“Kau ke yang bawa kereta spesies purba ni?” Tanya gadis itu. Terkedu Muaz mendengarnya. Fuh, mulut boleh tahan perempuan ni! Aduhai mangsa kemalangan naik darah. Bersiap sedialah menghadapinya.
“Iya saya….maaf  cik, saya memang tak nampak cik tadi. Cik tiba-tiba je keluar dari stesen minyak tu…”Muaz cuba mententeramkan keadaan.
Semakin berangin nampaknya gadis ini.
“Apa? Jadi awak nak tuduh saya ni, salah lah? Mentang-mentang saya ni naik motor, awak tu naik kereta, awak boleh sesuka hati langgar saya? Kalau saya bawak lori balak, dh lunyai kereta purba awak dengan awak-awak sekali, tau tak?” Tengking gadis itu. Muaz menarik nafas, mentenangkan dirinya buat seketika.
“Cik, okey tak payah panjangkan hal ni. Saya minta maaf, motor cik rosak ke? Cik luka ke? Saya akan bayar semua,” pujuk Muaz lagi.
Gadis itu menjeling dan bangun kemudian membelek motosikalnya. Hanya lampu depan sahaja yang pecah. Cuba menghidupkan semula enjin, mujurlah masih boleh digunakan. Cuma kakinya dan lengannya yang luka.
“Kaki dan lengan cik luka tu, mari saya bawa ke klinik. Err, macam nilah, motor cik ni masih boleh gunakan? Biar saya yang bawa sampai klinik depan sana. Cik naik kereta dengan kawan saya…” Muaz berbicara lembut.
Sengaja ingin mengenakan gadis ini. Tentu sekali kemarahan gadis ini akan hilang sekejap lagi setelah bertemu dengan Khalish Aqimie. Almaklumlah, siapa yang tidak kenal Khalish Aqimie. Pelakon kesayangan ramai. Sekejap lagi tentu gadis ini menyesal dan malu kerana memarahinya.
“Okey…tapi boleh percaya ke?” Tanya gadis itu lagi.
“Nah, pegang dompet saya. Kalau saya buat jahat, nanti terus je serah benda ni kat balai polis,” jawab Muaz.
Gadis itu merenung tepat ke muka Muaz.
“Eleh, iyalah tu…Okey, tengok muka moleklah sikit dari penyangak. Boleh kot percaya?” Sindir gadis itu sinis. Muaz hanya mengangkat bahu. Mulut perempuan ni, memang satu kapal dengan Khalish Aqimie. Laser tahap maksimum dan tidak dapat diselamatkan lagi. Muaz hanya mengangguk dan membawa gadis itu ke kereta.
Orang ramai mula meninggalkan kawasan kemalangan itu kerana kemalangan tidak serius dan sudah bertemu jalan penyelesaiannya.
            Muaz membuka pintu di bahagian pemandu dan bercakap dengan Khalish Aqimie.
            “Qimie, cik ni luka ringan sikit kat kaki dan tangan. Kau drive ke klinik depan sana tu. Aku bawa motor dia ke sana…” maklum Muaz sambil menunjukkan klinik tersebut.
            “Iya ke? Hmm…bolehlah…” balas Khalish Aqimie lalu keluar dari tempat duduknya. Perempuan yang dilanggarnya dipandang sekilas.
            Sampai ke tempat pemandu, pintu di buka. Namun gadis itu masih berdiri di depan pintu kereta sambil mengamati wajah Khalish Aqimie. Muaz tersenyum memandangnya. Agaknya dia mesti tengah fikir yang Qimie ni artis ke tidak? Pastinya dia sudah kenal siapa Qimie. Hahahahaha, tidak syak lagi! Tidak sabar menunggu respon dari gadis ini.
            Muaz dan Khalish Aqimie saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.
            “So, cik…. silakan masuk. Dok fikir apa lagi? Kenapa cik asyik tengok muka kawan saya ni? Cik kenal ke siapa dia?” Tanya Muaz sambil tersengih suka.
Tentu tergedik-gedik jadinya perempuan ini apabila menyedari pelakon kegilaan ramai, Qimie kini berada di sisinya. Pasti dia akan menjerit kegembiraan, silap haribulan Khalish Aqimie dipeluknya nanti.
            Gadis itu mengangkat mukanya. Dia mencebik.
            “Entah le, macam pernah nampak pula muka dia ni.” Balas gadis ini bersahaja. Muaz tersenyum lagi, dia sudah agak tentu gadis ini menyedari yang Khalish Aqimie merupakan pelakon popular.
“Betul tu cik adik, muka dia ni memang selalu orang nampak.  Hmm cik, cik fikir apa lagi ni? Agaknya memang betul apa yang cik fikirkan tu pasal dia tu. Tak payah nak fikir panjang-panjang,” Muaz menambah pula. Khalish Aqimie tersenyum sambil menjungkitkan keningnya pada Muaz. Seronok pula mengenakan gadis ini.
 “Oh, yea ke?Saya bukan apa, dari tadi saya fikir kat mana saya jumpa kawan awak ni. Oh, saya tahu…….” Gadis itu menganggukkan kepalanya berulang kali. Muaz dan Khalish Aqimie tersenyum lagi.
“Baru saya ingat! Hah, saya rasa memang saya pernah tengok muka kawan awak ni. Dia ni ada iras-iras gambar penjenayah yang dikehendaki polis yang ditampal kat papan kenyataan sana tu! Jangan-jangan, awak ni penjenayah tu tak?” balas gadis itu dengan penuh yakin sambil tangannya menujah ke muka Khalish Aqimie.
            “Apa?” Serentak Muaz dan Khalish Aqimie melaung kuat. Muaz menepuk dahi. Rasa ingin tergelak pun ada.
Berubah muka Khalish Aqimie mendengarnya. Gadis ini memang membuat darahnya menyirap. Muaz juga terkejut mendengarnya. Kali pertama, orang tidak kenal Khalish Aqimie, perempuan pula tu, Biar betul ni? Merah padam muka Khalish Aqimie menahan perasaan bengang.
“Apa awak cakap? Saya ni penjenayah?” Tengking Khalish Aqimie dengan geram. Gadis ini memang mencabar kesabarannya.
“Biarlah, mulut saya kan? Saya cuma cakap benda yang yang saya rasa betul. Tapi, kalau tuan punya badan tu rasa tak betul, kenapa pula nak marah? Agaknya betullah tu,” selamba saja gadis ini menuturkannya. Khalish Aqimie rasa kepalanya bagaikan mahu meletup. Terus sahaja dia memarahi gadis itu.
            “Hei, awak ingat kami ni suka-suka buang masa layan perempuan kurang ajar macam awak ni? Dah lah bawak motor, membuta tuli? Ikut suka hati awak je tadi. Mujur kami sempat brek tadi, kalau tak dah nazak awak sekarang ni tau. Lesen awak ni, lesen terbang ke? Bawa motor macam jalan bapak awak yang punya. Kalau nak kami yang baik hati sangat ni, tolong bawa awak ke klinik, silakan masuk. Jangan banyak soal, boleh tak?Kalau tak, awak naik motor cabuk awak dan pergi klinik sendiri,” balas Khalish Aqimie dengan geramnya.
            Gadis itu tersenyum sinis. Bibirnya diketap geram.
            “Oh my god, apahal kau sebut bapak-bapak ni! Pantang aku tujuh keturunan main bapak-bapak pula. Kau mesti tak ada bapak kan? Sebab tu kau kurang ajar macam ni!!!” Sindir gadis itu dengan geram.
            Khalish Aqimie bertambah baran mendengarnya. Apatah lagi kata-kata itu memang mendesingkan telinganya kerana tiada istilah ‘bapak’ dalam hidupnya. Sudahlah dia penat, gadis ini pula mencabar kesabarannya.
            “Kau….” Terus saja Muaz memangkah kata Khalish Aqimie nampak semakin marah.
            “Qimie sudahlah, nak bergaduh macam budak-budak ni kenapa? Cik, tolonglah simpan belerang tu dulu dalam mulut. Dah malam ni, kalau bertekak macam ni, alamatnya kita kena tidur sini lah jawabnya. Klinik tu pun akan tutup,” Muaz menyelamatkan keadaan yang semakin kacau.
Gadis itu mendengus marah dan memandang tajam Khalish Aqimie.
            “Okeylah,” terus saja gadis itu masuk ke dalam kereta. Diikuti Khalish Aqimie.
            Kereta mula diluncurkan ke klinik.
            Gadis itu memalingkan muka keluar. Menyampah melihat muka lelaki sombong ini. Berani betul menyebut nama bapak dia. Manusia yang paling dibenci. Istilah ‘bapak’ tidak wujud langsung dalam kamus hidupnya.
            “Dah sampai. Berapa je ganti rugi kau minta dekat dia tu. Apalagi, keluarlah, dah syok sangat naik kereta mahal ni?” Sindir Khalish Aqimie dengan geram.
            “Kau ingat, aku suka sangat ke, naik kereta spesies purba ni? Aku tak minat langsung lah! By the way, memang aku akan minta ganti rugi pun, bersiap sedialah bayar. Ingat orang yang korang langgar ni, anak ayam ke? Uhhh!!” gadis itu terus keluar dengan kaki yang terhenjut-henjut sedikit.
Khalish Aqimie hanya mampu menahan sabar mendengarnya. ‘Ada ke patut Subaru Impreza aku ni, dia kutuk kereta spesies purba? Ya Allah, sesungguhnya manusia penyabar itu adalah manusia yang kuat.’ Khalish Aqimie cuba menenangkan dirinya. Muaz membawa gadis itu masuk dalam klinik.
            Sementara menunggu Muaz, Khalish Aqimie asyik memikirkan gadis itu. Pertama kali, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang tidak mengenalinya dan teruja memandangnya. Siap kutuk muka dia macam penjenayah lagi! Khalish Aqimie membelek mukanya di cermin. Rasa macam tidak percaya pula. Sukar untuk menerima kenyataan ini.
‘Buruk sangat ke, muka aku ni? Rasanya semua orang puji yang aku ni hensem? Pelakon yang kacak dan pandai bergaya. Tak cukup glamour lagi ke aku, sampai perempuan ni boleh tak kenal? Sedangkan perempuan yang berpangkat nenek pun, boleh kenal muka aku apatah lagi dia dalam kalangan gadis-gadis?’Desis hati Khalish Aqimie tidak berpuas hati.
Setelah selesai urusan, Muaz kembali ke kereta. Gadis itu menapak ke motosikalnya namun diperhatikan Khalish Aqimie dengan penuh minat. Rasa simpati mula meragut tangkai hatinya melihat gadis itu berjalan terhenjut-henjut. Terbang segala marah dan bengangnya pada gadis itu.
“Muaz, perempuan ni tinggal kat mana?” Tanya Khalish Aqimie.
“Err, kata dia tadi, dia tinggal kat rumah flat sana tu,” beritahu Muaz.
“Boleh ke, dia bawah motor dengan kaki dia macam tu? Kau bawak motor dia, biar dia naik kereta. Kita hantar dia sampai flat dia,” balas Khalish Aqimie. Terkedu Muaz mendengarnya. Tidak menyangka Khalish Aqimie ada sifat belas kasihan pada gadis yang mengutuknya tadi.
“Okey…” Muaz keluar dan berbual-bual dengan gadis itu. Lama juga perbualan itu kerana nampaknya gadis itu berkeras mahu pulang sendiri, namun apabila gadis itu sukar membawa motosikalnya dalam keadaannya yang begitu, akhirnya dia akur. Khalish Aqimie hanya memerhatikannya dari dalam kereta.
Gadis itu mendekati kereta Khalish Aqimie dan masuk.
Khalish Aqimie terus melajukan kereta, sesekali mengerling juga lengan gadis ini yang dibalut.
“Lain kali, nak bawa motor hati-hatilah, mujur tak apa-apa. Khalish Aqimie bersuara. Dia sendiri hairan dengan sikapnya ini. Tiba-tiba mahu beramah mesra pula dengan perempuan sombong ini.
“Awak pun, lain kali nak bawa kereta tu jangan nak tamak sangat, sampai satu jalan nak ambil space. Awak tu bukan bawak kapal selam.  Ingat sama penjalan kaki dan penunggang motosikal. Diorang pun, penguna jalanraya juga,” balas gadis ini selamba.
Khalish Aqimie mula bengang. Menyesalnya bercakap dengan perempuan ini dan berbuat baik pula lagi.
“Excuse me, awak yang salah tau tadi. Bukan kami okey? Kalau awak repot polis sekalipun, memang kami tak salah. Awak yang salah. Awak ingat, awak bawak motor dalam hutan ke, tak tengok kiri dan kanan dah? Main keluar ikut suka hati je,” balas Khalish Aqimie dengan geram.
Perempuan itu diam seketika. Tetapi diamnya ada makna.
“Berhenti je kat flat yang bercat oren tu.” Kata perempuan itu bersahaja. Khalish Aqimie tersenyum kemenangan. Agaknya perempuan ini, dah sedar akan salahnya. Itu yang tidak menjawab lagi sindirannya.
Muaz sudah pun sampai dan menghampiri mereka.
Gadis itu membuka pintu kereta kemudian tersenyum sinis pada Khalish Aqimie dan merenung tajam mukanya. “Lepas ni, terjun dalam laut, pergi cari kenderaan yang biasa awak bawak iaitu kapal selam. Orang macam awak ni, tak sesuai langsung nak bawa kenderaan atas darat. Okey?” Balas gadis itu lagi.
Berubah wajah Khalish Aqimie mendengarnya. Membara hati dibuatnya. Menyesalnya, menolong perempuan ini. Patutnya, Muaz langgar lari je tadi!!!! Arghhhh!!!!!
Gadis itu merampas kunci motosikalnya lalu menadah tangan. Muaz mengangkat keningnya.
“Nak apa ni?” Tanya Muaz.
“Gantirugilah apa lagi, tu motor saya yang rosak tu, siapa nak tanggung?” Pinta gadis itu lagi. Khalish Aqimie melaung dari dalam kereta.
            “Kau bagi kat minah tu cepat-cepat sikit. Bagi je berapa pun, lepas tu, suruh dia perbaiki motor tu, dengan otak-otak dia sekali! Kalau tak, tak lama lagi mati katak lah dia kat tengah-tengah jalan tu, kena langgar lagi!” Sindir Khalish Aqimie dengan geram.
            Muaz menghulurkan RM 200 pada gadis yang sudah tersengih suka. Langsung tidak berbekas dengan teguran lelaki dalam kereta itu.
            “Hmm, RM 200? Okey,  kalau diikutkan hati ni, tak cukup tau duit sebanyak ni dengan sakit yang saya tanggung sekarang ni. Tiba-tiba kesian pula nak bankrapkan awak berdua ni. Lagipun, saya tahu awak berdua bukan berduit sangat. Kereta pun spesies zaman purba punya fesyen.
Hmm, bukan apa, dari cara awak kan, yang tak sedar-sedar diri tu salah dari tadi, saya yakin lepas ni awak akan accident lagi nampaknya. Kalaulah terlanggar lori, bas ekpress ke, terjunam dalam laut ke, tentu kena keluar bajet besar kan, nak bayar bil hospital, lepas tu, nak bayar pengali kubur lagi! Lepas tu, anak-anak awak dan isteri awak pula, nak kena tinggalkan harta dan duit juga kan?
So cukuplah, bagi banyak ni. Okey, semoga tak bertemu lagi ya, bye!” Perempuan ini menarik muka masam dan terus berlalu dengan kaki yang berdengkot-dengkot.
            Khalish Aqimie yang bertambah geram cuba keluar dari kereta namun dihalang Muaz.
            “Woi, sudahlah tu! Tak cari fasal dengan perempuan tu. Tempat awam ni, kau tu public figure, karang jadi isu pulak. Dah, jom balik!” Nasihat Muaz.
            Khalish Aqimie tidak jadi keluar. Namun mukanya masih merah padam. Sakit hatinya dengan perangai kurang ajar perempuan itu.
            “Dah bagi aku drive, dengan marah kau macam ni, karang masin pula mulut perempuan tadi…” Khalish Aqimie bertukar tempat duduk. Muaz mula meluncurkan kereta meninggalkan perkarangan flat tadi. 

2 comments:

Unknown said...

hahaha...mmg lawak lh minah tu,hero malaya yg encom di kata kn muka penjenayah...dh kena lh tu bersua muka buku ngan ruas!nk jer depa dipertemu kn lg mahu gamat n jgn sudah nye qimie terrr fall li luv udah lh...hehe best sesngt n3 ne wat akk gelak sensorang dek....

Unknown said...

TQVM akak....