ENGKU Edry Ashman melingkarkan tangannya rapat ke pinggang spesies kerengga
milik Dorina. Model baru Agensi Modelling milik Robert yang seringkali
membekalkan dia model-model fresh and white! Dah serupa jenama ubat gigi
pula jadinya.
'Dorina,
Dorina, boleh tahan jugak perempuan ni! Cun, putih melepak, pipinya bagai pauh
dilayang, kaki panjang macam galah. Almaklumlah, model catwalk. Arghhh,
tak kisahlah, janji malam ni aku enjoy dan perempuan ni, senang je nak
ikut aku balik tanpa sebarang caj!'Engku Edry Ashman tersengih-sengih suka.
Dorina
dan Engku Edry Ashman menuju ke suite hotel yang telah di tempah. Almaklumlah,
dapat model cun kenalah tempat bilik ekslusif sikit. Senang saja hendak memikat
model yang tinggi macam galah ni, Engku Edry Ashman hanya mengumpannya dengan
jambangan bunga ros dan mengajaknya makan di restoren ekslusif di KL ini. Terus
gadis ini bersetuju menghabiskan malam ini bersamanya.
Setelah
mandi bersama, mereka berbaring atas katil sambil menonton televisyen.
“You
handsome lah! First time I tengok you, I dah jatuh
cinta tau? Handsome macam, er.. macam Amitabh Bachan! Kih...kih.....kih....”
Puji Dorina dengan gelak besarnya.
Engku
Edry Ashman yang mendengar tersengih janggal. Amitabh Bachan? Tak ada iras
langsung? Bayang pun jauh sekali. Takut pula dengar Dorina ni ketawa.
'Jangan-jangan, hantu yang aku bawa balik ni, bukannya orang.'
Engku
Edry Ashman menerima pujian itu dengan pasrah. Amitabh Bachan pun, Amitabh
Bachan lah! Giliran dia pula mengayat gadis setinggi galah panjang ini. Itu
memang bakal semulajadinya yang tidak dapat dinafikan lagi.
“Iya
ke? Tak sangkanya muka I
macam Amitabh Bachan tu. Mesti I sangat hensem di mata you kan?
Sebenarnya, I pun dah lama meminati you, lepas menghadiri fashion
show you minggu lepas, terus I jadi gila bayang. Sampaikan tiang
elektrik, pokok kelapa, Pasaraya Tesco pun nampak seperti you.
Oh,
betapa kroniknya gila bayang I, sampaikan I pergi membeli majerin
Dorina demi menghilangkan kegilaan I pada you. Hari-hari I
makan majerin tu, sampai kembung perut I.
I
lega sangat sayang, you kini berada disebelah I, sudi temankan I
malam ni. Terubat penyakit angau I akhirnya. Rasa macam mimpi dalam
pula. You cantik sangat, superb macam Lady Gaga, ” bersungguh
Engku Edry Ashman berkata dengan nada yang romantis yang puitis.
Matanya
merenung romantis wajah gadis ini. Pasti Dorina akan cair kerana kata orang
renungan matanya sangat seksi.
Dorina yang mendengar ketawa lagi
kuat. Mengilai, seram sejuk pula mendengarnya . Kali ini sudah serupa pontianak
kebulur nak makan darah.
Dorina
menampar bahu Engku Edry Ashman berkali-kali kerana tidak mampu menahan
kelucuan sampai senget bahu Engku Edry Ashman dibuatnya.
Rasa
mahu tercabut bahu Engku Edry Ashman. 'Perempuan jenis apa ni, kasarnya, nak
gelak pun, control lah sikit suara tu.
Mengilai-gilai macam langsuir. Tangan pula kerja merayap je. Tak tau
diam. Kalau meraba aku, syoklah juga. Ini tidak sekejap tampar, sekejap cubit,
sakit nak mampus satu badan aku ni! Mahu lebam karang.' Desis hati Engku Edry
Ashman.
“Okey,
I nak urutkan badan you boleh, sayang?” Pinta Dorina dengan
gedik. Engku Edry Ashman berasa lega.
Penderitaan sudah berakhir. Dia kembali tersengih.
“Wow,
sayang, baiknya hati you. Urutlah, badan I pun sakit-sakit,
lenguh-lenguh ni.” Balas Engku Edry Ashman dengan teruja. Save budjet
aku nak pergi rumah urut esok.
“I
baru belajar satu kaedah urutan, namanya cakar kucing. Urutan ni bagus untuk
pengedaran darah tau dan mengeratkan kasih sayang sesama kita. I tak nak
hubungan kita tamat malam ni je, I nak hubungan kita berpanjangan,”
balas Dorina.
“Hah?
Cakar kucing? Apa tu? I tak pernah dengar pun?” Tanya Engku Edry Ashman
dengan pelik. Bab cakar-cakar ni bukan benda main-main, tengoklah kuku si Dorina
yang panjang tu.
Engku
Edry Ashman tidak sempat menolak kerana Dorina telah menolak badannya sehingga
tertiarap. Terasa belakangnya dicakar-cakar manja. Engku Edry Ashman tergelak
geli.
“You
ni urut ke mengeletek?” Seloroh Engku Edry Ashman sambil tergelak.
“Relakslah
darling, ini baru permulaan untuk longgarkan urat belakang you dulu. Orang kata
apa, pemanasan, macam kita senaman tu. Hah, ini urutan yang sebetulnya. Ada
bunyi macam kucing sikit. Miaw!!!”
Shrekkk!!!
Terus kuku Dorina yang tajam dan panjang itu mencakar belakang Engku Edry.
Terkedu
dan terbeliak mata Engku Edry Ashman dibuatnya, yang pasti mukanya merah padam
menahan pedih akibat cakaran itu. Ini cakar kucing ke, cakar harimau? Dorina
ni, serigala jadi-jadian ke?
“Macam
mana darling? Rasa sedap tak urat-urat badan you? I
menuntut dari kawan I tau. Dia kata urutan cakar ni, akan mengeratkan
kasih sayang antara suami isteri. I akan praktikkan cakaran sebelum kita
jadi suami isteri. You mesti bertambah sayang kat I kan
sekarang?” Tanya Dorina dengan penuh manja sambil terus mencakar dengan tahap
keyakinan yang cukup tinggi.
Lampu
yang malap, membuatkan dia tidak nampak belakang Engku Edry Ashman yang sudah
berbirat merah itu.
Engku
Edry Ashman tersenyum pahit lepang. 'Teramatlah sayang pada kau Dorina, sampai
aku rasa nak humban kau dalam kandang harimau. Baru sama spesiesnya!' Lemah
rasa suara hati ini kerana sakit.
“Cukuplah
sayang, I dah bertrilion rasa sayang pada you ni.....cukup....cukup.....” Engku
Edry Ashman terus berpusing ke depan. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba menahan
pedih dan sakit.
'Mahunya
seminggu aku mengelupur masa mandi. Betul ke tak betul otak si Dorina ni? Model
cap ayam agaknya?' Getus hati Engku Edry Ashman.
'Ini
adalah kali terakhir aku bertemu dengan Dorina pencakar kucing, cukuplah hanya
sekali aku pakai dia!' Balas Engku Edry Ashman dengan geram.
Saidina
Ali pernah bermadah, telah tertipu orang jahil oleh angan-angannya sendiri.
Siapa yang sampai ajalnya akan mati, siapa yang hampir kematiannya, helah tidak
akan menyelamatkannya, seseorang pun tidak menemaninya di kubur, melainkan
amalannya.
“Abang! Baru balik? Apasal abang ni? Macam sakit ja?” Soal Engku Evana
apabila melihat muka kelat abang yang dari tadi memegang belakang badan. Engku Evana merupakan adik bongsu
kesayangan Engku Edry Ashman.
Sesudah
menghabiskan masa dua jam bersama Dorina, Engku Edry Ashman terus pulang dari
KL ke Villa Sentosa. Jam sudah pukul 12.30 malam. Tidak sanggup untuk terus
berada di sana. Tak fasal-fasal Si Dorina tu nak buat cakar serigala pula.
Mahunya mati terbongkang dia kat situ.
“Adik,
cuba tengok belakang abang ni, apa yang dah jadi?” Soal Engku Edry Ashman
menahan pedih. Berdesit dia menahan pedih.
Engku
Evana menyelak belakang baju abangnya itu. Terlopong mulutnya melihat bekas
cakaran yang memerah di belakang abangnya.
“Apa
ni abang? Apasal calar-balar ni? Siap berdarah lagi. Abang kena sebat dengan
siapa ni?” Soal Engku Evana dengan risau. Cemas dan panik mukanya.
Engku
Edry Ashman mula bengang.
'Tak
guna! Memang gila betul perempuan tu! Dia ingat belakang badan aku ni, dinding
ke apa? Sudahlah kuku panjang macam langsuir! Ingat aku tak tahu sakit ke?
Terpaksa kontrol macho tau tak tadi, itu yang aku tahan je, macam tak sakit.
Padahal, mahu saja menjerit satu KL tadi.' Bebel Engku Edry Ashman dalam hati.
“Abang...errr....abang.....errrr,”
aduhai, alasan apa harus diberikan pada adiknya ini.
Engku
Evana mengelengkan kepalanya. Engku Evana cukup memahami perangai kaki betina
abangnya ini.
“Perempuan
kan yang cakar abang? Abang ni tak habis-habis dengan perangai playboy
dia. Sejak bercerai semakin menjadi-jadi. Teruklah abang ni, menyampah betul
dengan perangai abang tau tak?” Bebel Engku Evana yang sudah tidak tahu caranya
untuk menasihatkan abang sulungnya itu.
Kehidupan sosial yang melingkari
mereka sekeluarga membuatkan mummy dan daddy tidak pernah melarang
abang-abangnya untuk melakukan apa sahaja yang diingini mereka tanpa sekatan.
Cuma Engku Evana memang selalu dijaga dan dikongkong oleh Engku Edry Ashman.
“Janganlah
menyampah pada abang. Biasalah orang lelaki. Itu yang abang tak bagi Eva
dekat-dekat dengan orang lelaki, sebab lelaki zaman sekarang ni ramai yang
hidung belang. Eva, tolong sapukan ubat kat belakang abang. Pedih lah!” Engku
Edry Ashman menahan pedih. Engku Evana mengelengkan kepalanya sambil menyapu
krim luka.
“Padan
muka abang! Tahu nak berseronok je, tak kira siapa. Entah-entah perempuan gila
yang abang tidur ni. Janganlah bebas sangat abang, Eva takut abang tertidur
dengan pembawa HIV ke, macam mana? Berseronok tak ingat mati!” Tegur Engku
Evana dengan penuh bimbang.
Krim
luka disapu ke belakang abangnya yang berbirat luka itu. Ganas betul perempuan
yang berjaya abangnya umpan malam ini.
Engku
Edry Ashman cukup mengawal perlakuan adiknya ini. Engku Evana dihantar belajar
di sekolah perempuan. Cuma tahun ini terpaksa ke sekolah biasa kerana adiknya
melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Namun dia selalu pastikan adiknya di
kawal ketat oleh pengawal peribadi, langsung tidak membenarkan mana-mana lelaki
mendekati adiknya itu. Dia cukup menyayangi Engku Evana dan sentiasa
melindunginya.
“Eva
ni membebel macam mak nenek. Abang tahu lah apa yang abang buat, biasalah orang
lelaki. Lagipun, bukan abang yang terkejar-kejar perempuan, perempuan yang
kejar abang. Mana ada kucing nak tolak ikan. Ikan masin pun dia sapu je! Abang
pun macam tu jugak.
Itu
lebih baik dari abang berkahwin, lepas tu dapat bini yang suka mengikis macam
bekas-bekas kakak ipar Eva. Menyakitkan kepala ja! Hidup solo macam ni, lebih
banyak save tau dari membela isteri. Perempuan-perempuan yang ikut abang
tu, abang cuma perlu mengayat je, terus cair. Tak payah nak berhabis duit
banyak-banyak. Jangan risaulah, abang pakai protection.
Tak
akan kena penyakit punya. Abang pun bukan sesuka hati nak tidur dengan
mana-mana perempuan. Mesti abang siasat dulu latar belakang perempuan tu. Tapi hampeh
perempuan zaman sekarang, nampak baik, kadang-kadang tu yang bertudung pun
abang sebat juga ingatkan suci lagi, tapi dah rosak. Susah nak cari perempuan baik-baik,” jawab
Engku Edry Ashman. Dalam kebanyakan perempuan yang dipikat, semuanya sudah
habis madunya. Tinggal sisa saja untuknya.
Engku
Evana menjeling tajam abangnya.
“Lelaki
macam abang, dah gitu je perempuan yang selayaknya untuk abang. Kalau nak
perempuan baik-baik, jadilah lelaki yang baik-baik. Kalau nak isteri yang baik,
jadilah suami yang baik. Perangai macam hantu, nak isteri macam malaikat. Blah
lah!
Kutuk orang perempuan bukan main lagi. Abang tau tak, abang tu lebih kurang sama je
dengan ex wife abang, sedap mulut je salahkan orang lain. Tak sampai
seminggu kahwin dah keluar dengan perempuan lain. Itu yang ex wife abang
pun curang. Padan muka abang!” Marah Engku Evana.
Kalau
diikutkan rasa mahu di piat-piat telinga abangnya agar dia mendengar nasihat
adiknya yang masih mentah tapi tahu juga memikirkan yang mana baik dan yang
mana yang buruk.
Engku
Edry Ashman segera menukar topik. Nasihat adiknya memang ada benarnya. Cuma dia
malas untuk memikirkannya.
“Eva,
macam mana persediaan STPM? Harap adik abang dapat jadi best student. Trial
pun, semua A. Abang yakin, Eva mesti berjaya!”
Engku Edry Ashman yakin Engku Evana juga sebijaknya dalam pelajaran.
Engku
Evana mengelengkan kepalanya. Faham sangat, abang ini sedang menukar topik.
Abang Edry memang idolanya dalam pelajaran kerana kebijaksanaannya. Namun,
berjaya dalam pelajaran tidak semestinya berjaya dalam kehidupan. Contoh
terdekat abangnya, paras rupa bukan main kacak tapi, hidup tidak pernah
bahagia. Kahwin pun asyik bercerai.
“I
really hope so, tapi ingat janji abang yang abang akan bawa Eva ke Paris
kalau Eva dapat straight A.” Engku Evana menuntut janji abangnya itu.
“Promise!!”
Engku Edry Ashman tersenyum senang. Engku Evana memang adik yang manis dan sejuk
matanya memandang.
Engku
Ejah yang turun ke bawah kehairanan melihat belakang anak sulungnya yang
berbirat.
“Edry,
kenapa belakang tu? Lain macam je mummy tengok?” Tanya Engku Ejah. Engku Edry
Ashman bingkas bangun, duduk di sisi adiknya itu.
“Tak
ada apalah mummy. Sikit je, biasalah dapat yang ganas malam ni. Mummy tak tidur
lagi?” Soal Engku Edry Ashman. Masih terasa kesakitan di belakangnya. Engku
Ejah mengelengkan kepalanya.
“Macam-macam
kamu ni, Edry. Ikut suka kamulah, janji jangan abaikan kilang-kilang kita tu
sudahlah. Daddy pun, puji perkembangan kilang bawah jagaan Edry tu, tapi ingat,
jangan sibuk sangat menghabiskan duit pada perempuan.
Perempuan
zaman sekarang ni, semuanya mata duitan. Tahu nak mengikis harta orang je
kerjanya. Contohnya, bekas-bekas isteri Edry tu! Mujurlah Edry dah ceraikan
diorang. Dah bercerai pun macam-macam nak tuntut dari Edry.” Bebel Engku Ejah
dengan kesal.
“Alah
mummy, jangan risaulah. Diorang tu, isteri curang, banyak mana sangat yang
diorang boleh tuntut. Biarlah, malas Edry nak fikir. Buat menyemak kepala
otak.” Engku Edry Ashman malas mahu memikirkan masalah. Soal bekas-bekas bini,
buku sudah ditutup.
Engku
Evana sekadar mendengar, malas mahu masuk campur. Perkahwinan kali ke tiga
abang sulungnya dalam masa tiga bulan, musnah di tengah jalan juga. Kasihan
pula pada abangnya, isteri-isteri abangnya semuanya perempuan-perempuan tak
berguna. Tak bertokoh langsung tak jadi isteri solehah. Semuanya pilihan mummy
tapi, abang tetap bercerai juga.
“Tak
teringin ke abang nak kahwin lagi? Kalau lepas ni, kiranya isteri yang ke
empatlah kan?” Engku Evana tergelak lucu.
Abangnya
menganggap ikatan perkahwinan ini hanya tali yang boleh digunting putus
bila-bila masa, bukannya simpulan mati yang sukar dileraikan. Mungkin abangnya
belum bertemu cinta sejati biarpun sudah tidak berbilang banyaknya perempuan
yang hadir dalam hidup abangnya ini.
Engku
Edry Ashman terdiam seketika. Malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Kahwin
ke tidak sama sahaja, tiada apa pun yang mengubah kehidupannya.
Dia jenis lelaki yang cepat jemu,
dalam jangka masa seminggu hingga sebulan kahwin, dia sudah 'makan luar'. Cuma
yang menyemakkan fikirannya apabila proses penceraian terpaksa membuatkan dia
naik turun mahkamah untuk memenuhi tuntutan harta-harta sepencarian bekas
isteri-isterinya itu. Jadi, dia sudah malas untuk berkahwin lagi buat masa ini.
Buang masa sahaja.
Engku
Ejah mengelengkan kepalanya melihat Engku Edry Ashman yang sedang mengelamun
sendirian.
“Edry
nak kahwin lagi ke? Baik tak payah, buat membebankan je. Setakat kahwin tak
sampai seminggu pun, lepas tu dah jemu mengadap isteri. Kemudian, cerai. Lepas tu jadi satu kerja pula nak naik turun
mahkamah. Mummy dah malas nak fikir fasal masalah Edry ni. Buang masa je Edry,”
Engku Ejah terus bangun dan berlalu ke bilik.
Engku
Edry Ashman cukup bersetuju dengan pendapat mummynya. Perkahwinan memang
membosankan dan membebankan. Biarlah dia membujang, bukanlah susah pun nak
dapatkan mana-mana perempuan untuk melepaskan keinginannya. Lagi seronok dapat
bertukar selera sepanjang masa.
Nabi
Isa AS pernah berkata, dunia ini umpama ular. Menyentuhnya terasa licin, namun
racunnya bisa membunuh. Janganlah kamu menjadikan dunia sebagai tuan, nescaya
ia akan menjadikan kamu seorang hamba.
1 comment:
best sangat2.. smbng lgi
Post a Comment