Saturday, 29 September 2012

BAB 5 DILARANG MASUK DALAM HATIKU


BAB 5


"You
ni, langsung tak pedulikan I. I ni isteri you, tanggungjawab you Edry?"Tengking Engku Adiba, sepupu yang disuruh kahwin dengannya oleh mummy.

Dia pun tak teringin langsung, tapi sudah didesak mummy terpaksa juga akhirnya. Dia benar-benar berserabut kepala otak apabila berada di sisi isterinya itu. Engku Adiba benar-benar membosankan. Tidak dinafikan perempuan ini cantik, tapi entahlah kecantikannya itu menyakitkan hati Engku Edry Ashman. Tak berguna satu sen pun.

"I rasa I dah terlebih pedulikan you sampai you dah pijak-pijak kepala I. Sebenarnya I bangga sangat dapat isteri macam you ni asyik sibuk menghabiskan duit I bukannya sibuk nak menjaga makan minum dan pakai I. Sepanjang tiga bulan bulan, dah berapa banyak duit I habis sebab you! Of course I bahagia sangat," marah Engku Edry Ashman.

"You jangan nak sindir-sindir I, ingat I tahan sangat ke dengan perangai you yang kaki betina ni?" Soal Engku Adiba berulang kali.

"Habis tu, you tu apa? Kaki jantan juga kan, kaki pengikis. I ni, satu sen pun tak pernah ambil duit you tau. Kerja you asyik bercuti satu dunia, habiskan duit I. Rasanya kalau ke Planet Pluto pun boleh melancong, dah lama you pergi kan?

You kahwin dengan I sebab nak kikis duit I kan? Itu tujuan you. Tiga bulan kita kahwin, dah berapa banyak duit I habis untuk you. Dalam masa dua hari saja, you dah menghabiskan duit I sebanyak RM100 ribu sayang, bukannya RM1. You buat apa dengan duit tu? Bagi makan anak-anak ikan you?" Sindir Engku Edry Ashman dengan geram.

Kedua-dua bekas isteri dan isterinya ini memang sama sahaja perangai. Suka benar menjahanamkan harta benda dan menghabiskan duitnya. Mata duitan, pemalas, kaki disko dan segala-galanya yang buruk memang menjadi tabiat isteri dan bekas-bekas isterinya.

'Amboi, suluh diri sendiri dulu, macamlah kau baik sangat. Itu je jodoh yang sesuai untuk lelaki macam kau.' sempat berleter pada dirinya sendiri.

Pucat lesi muka Engku Adiba mendengarnya. Memang pun dia sengaja menghabiskan duit sebanyak tu kerana dia fikir peluang yang tinggal ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menghabiskan duit lelaki ini sebelum dia diceraikan seperti bekas-bekas isteri Engku Edry Ashman yang lain.

Pucat muka Engku Adiba. Almaklumlah, kata-kata suaminya memang betul sama sekali.

"You berkira dengan I? I isteri you, I berhak atas setiap duit you." Engku Adiba sikit mengendur suaranya.Almaklumlah buat salah, takutlah jawabnya.

"Memang you berhak, tapi bukan melampau sampai macam ni. Mulai hari ni, I dah block kad kredit you. I memang dah bosan hidup dengan perempuan pengikis macam you. Faham?" Tengking Engku Edry dengan geram.

"Edry! You tak boleh buat I macam ni," Suara Engku Adiba yang meninggi itu dibiarkan sahaja. Dia sudah jemu dan jelek dengan perempuan pisau cukur seperti Engku Adiba. Hendak berbincang pun buang masa saja.

Arghhhh, kenapa mummy memilih perempuan begini sebagai isterinya? Kononnya sepupunya ini akan membuatkan dia bahagia. Tapi, membosankan! Menjelekkan hati! Kalau boleh mahu sahaja dia menendang perempuan ini keluar dari rumahnya.




 



SEBAIK

sahaja tiba di Villa Sentosa, Engku Edry Ashman melihat mummy nya sedang mundar-mandir kerana menantinya. Isterinya, Engku Adiba pula sedang duduk di sofa sambil menangis teresak-esak. Entah apa agaknya yang sedihnya sangat? Orang kata, bila terhantuk, barulah tergadah.

Tentu baru lepas kena marah dengan mummy. Mulut mummy memang tidak dinafikan lasernya sangat luar biasa.

Dia langsung tidak marah apabila mummynya memaklumkan yang Engku Adiba di tangkap khalwat di Kuala Lumpur bersama dua orang lelaki kerana rumahtangganya memang sudah hilang kemanisan dan dia sebenarnya memang sudah jemu dengan Engku Adiba biarpun perkahwinan mereka baru 3 bulan. Mereka sudah dua bulan tinggal berasingan dan membawa haluan masing-masing.

Engku Adiba pergi ke Kuala Lumpur pun tanpa pengetahuan Engku Edry Ashman.

"Mummy, kenapa marah-marah ni? Dahlah, mummy, benda nak jadi kan? Mummy pancung leher Adiba pun tak guna, mummy!" Tegur Engku Edry Ashman.

Engku Adiba, sepupu merangkap isterinya itu mengangkat kepala apabila mendengar suaranya.

"Mana mummy tak marah, mummy malu tau tak? Menantu mummy kena tangkap khalwat? Hei Diba, yang kau bodoh sangat ni kenapa? Kot yea pun nak tidur dengan mana-mana jantan sekalipun, pergilah cari tempat-tempat yang selamat sikit.

Tak kan tak tahu, Malaysia ni macam mana? Pandai makan, pandailah simpan! Dah jadi macam ni, tak ke memalukan je? Seronok masuk berita semalam? Menantu Engku Erman di tangkap khalwat." Bising Engku Ejah dengan geram.

"Yang kamu ni, Edry apasal senyap je? Tak mengamuk dengar isteri Edry kena tangkap khalwat? Macam happy je?" Soal Engku Ejah dengan bengang. Ingatkan kahwin satu keturunan, bolehlah bahagia, tapi rupa-rupanya bakal musnah juga rumahtangga anaknya ini buat ke ketiga kalinya.

Engku Edry Ashman tersenyum nipis. Memang dia gembira mendengar berita ini kerana dia sudah mempunyai alasan kukuh untuk menceraikan Engku Adiba yang amat menjemukan ini.

Otaknya sekarang ini ligat memikirkan talak berapa yang bakal dihadiahkan buat isterinya ini. 1,2 atau 3?

"Buat apa serabut kepala mummy nak marah-marah, buat mummy nampak tua ja! Cuba sayang sikit kedut-kedut kat muka mummy tu. Nak mengamuk pada Adiba pun tak guna, lagipun dayus lah tampar-tampar perempuan. Edry kan jenis cool!

Edry bercerai jelah dengan dia, habis cerita. Dia kan dah jemu dengan Edry sebab tu sanggup usung jantan-jantan tu. Lepas ni, bolehlah dia kahwin dengan kekasih-kekasih dia tu! Biar lelaki tu pula tanggung betina pengikis ni! Edry dah tak larat!" Mudah Engku Edry Ashman menuturkannya.

Engku Adiba mengetap bibir geram. Bukan dia tidak tahu, Engku Edry memang tidak pernah ada sekelumit pun perasaan padanya. Perceraian memang ditunggu-tunggu selama ini.

Perkahwinan yang hanya manis dalam masa seminggu. Bila jemu di buangnya begitu sahaja. Dia juga ada perasaan, ingin disayangi. Dia bertindak curang kerana Engku Edry Ashman tidak pernah mempedulikan dia. Hanya nafkah zahir yang diberikan sedangkan nafkah batinnya terabai.

"You memang tak pernah kisahkan I kan? Hei, you sendiri pun selalu mengusung perempuan ke bilik tidur. Ingat I tak tahu? You ingat you baik sangat? I curang dengan you, kerana I selalu diabaikan!" Marah Engku Adiba dengan deraian air mata. Engku Edry Ashman tersenyum nipis.

"You jangan nak tunjuk baiklah, Engku Adiba. Jangan ingat I tak tahu siapa diri you. First time I sentuh you, you dah bekas orang dear! Kalau you boleh murah berikan harga diri you untuk lelaki yang bukan suami, bila-bila masa saja you akan curang dengan I!" Sindir Engku Edry Ashman tersenyum sinis.

'Perempuan macam ni, tak layak jadi isteri aku sampai tua gayut. Cukuplah tiga bulan saja, lupakan saja. Tendang saja keluar dari pintu, buat menyemak hidup dan buang masa saja.' Desis hati Engku Edry Ashman.

"Kalau I bekas orang, you tu? Apa? Sebelum kahwin dengan I pun, berapa banyak perempuan yang you dah usung? Kalau nak kan perempuan baik sebagai isteri, cermin diri you tu dulu! I memang malang kerana jadi isteri you, tau tak?" Tengking Engku Adiba dengan marah. Engku Edry Ashman mengangkat tangan tanda mengalah namun masih dengan muka selamba badak sumbunya. Kalau lelaki lain, mahunya lunyai muka perempuan ini kena penampar.

"Okey, kita memang sama-sama malang. I malang jadi suami you, dan you pun malang jadi isteri I. I mengaku, I pun bekas orang, sama seperti you. I mengaku I memang suami yang jahat, tak layak jadi isteri yang 'baik sangat' macam you!

Jadi, moleklah kiranya kalau I menghilangkan nasib malang you tu sekarang supaya you, tak ditangkap khalwat lagi. You boleh kahwin dengan kekasih you dan hidup bahagia. Kalau tak, nanti letih pula pegawai pejabat agama tu nak tangkap you banyak-banyak kali. Wartawan TV pun, dah jemu nak tulis cerita pasal you banyak kali.

Engku Adiba Engku Kamaruddin, aku Engku Edry Ashman Engku Erman, ceraikan kau dengan talak satu! Puas hati?" Terus Engku Edry Ashman keluar dari Villa Sentosa dengan perasaan yang lega dan seronok. Perkahwinan buat kali ketiganya, gagal lagi. Tapi dia tidak kisah, seronok bagai burung yang dibebaskan dari sangkar.

'Syoknya, bergelar duda buat kali ke tiga. Tapi aku duda bukan sebarang duda tau, aku duda yang terhangat di Malaysia.' Kuat perasan memang sudah sebati dalam diri Engku Edry Ashman.




 

BAB 4 DILARANG MASUK DALAM HATIKU

BAB 4


Engku Edry Ashman menyikatkan rambut paras bahunya ke belakang sambil merenung penampilannya di cermin kereta. Dia tersenyum menggoda pada cermin. Lagak model terkenal antarabangsa. Keningnya yang tebal dan terbentuk itu dijungkit berulang kali.

Matanya terus meneliti wajahnya dari segenap sudut. Mulutnya segera ditutup kerana terkejut.

'Hah? Ya Ampun! Dahsyatnya! Ish, ish, ishhhh!' Engku Edry Ashman mengelengkan kepalanya berulang kali kerana benar-benar tidak percaya.

'Patutlah ramai perempuan yang selalu usha aku. Rupa-rupanya aku ni terlalu handsome sangat! Memang muka aku sebiji macam Tom Cruise lah! Tak pernah ku pinta dilahirkan sebegini rupa. Tapi nak buat macam mana kan? Menangis air mata darah sekalipun, aku tetap hensem.

Pergi mana pun, mesti gadis-gadis cun dan bini-bini orang pandang aku tak berkelip. Tak payah nak mengorat pun, senyum sikit pun berderet perempuan ikut aku balik. Eh, apasal something wrong pula muka aku ni?'

Engku Edry Ashman mendekatkan hidungnya ke cermin. 'Patutlah nampak kureng, bulu hidung terkeluar pula. Hai, subur pula bulu hidung aku, tahun ni. Agaknya makin meningkat umur, makin subur kot.'Terus saja dicabut bulu hidung itu. Berair mata dibuatnya. 'Demi untuk nampak hensem, aku sanggup korbankan apa saja.'

Setelah berpuas hati membelek mukanya, Engku Edry Ashman keluar dari kereta menuju ke kilangnya. Sementara itu sebelum ke pejabat, dia akan memantau persekitaran kilangnya terlebih dahulu. Tapi tujuannya lebih kepada ingin menggatal.

Kelihatan semua pekerja tidak kira lah, operator ke, QA ke QC ke, juruteknik ke, makcik cleaner sedang sibuk melakukan tugas masing-masing.

Namun kedatangan Engku Edry Ashman terus menukar mood bekerja rajin mereka kepada mood mengatal. Semua pasang mata tertumpu pada Engku Edry Ashman terutama pekerja-pekerja perempuan, terpesona dengan ketampanan lelaki pujaan mereka ini. Engku Edry Ashman tersenyum bangga.

'Hehehe, kan dah cakap? Aku memang hensem. Sebagai bos yang baik dan berhati mulia, biarlah mereka mencuci mata sekejap, merehatkan diri untuk tengok bos mereka yang hensem ini. Aku pasrah dan amat rela sekali. Sekurang-kurangnya lawatan aku ni, akan memberikan semangat untuk mereka lebih tekun bekerja.'

Engku Edry Ashman tersenyum mesra pada mereka semua. Hmm, dah agak, ada yang terjatuh kerusi, ada yang hampir rebah, ada yang menitik air liur, ada yang terlopong sampai nampak anak tekak.

Majoritinya terngangalah, sampai terbau petai dan jering. Terjungkit-jungkit hidung Engku Edry Ashman dibuatnya. Tegak berdiri semua bulu-bulu hidung. Harum sungguh baunya.

"Err, Cik Rose. Macam mana hari ini? Any problem?" Tanya Engku Edry pada leader yang dilantiknya kerana paras rupanya yang agak cantik itu bukan kerana keupayaannya.

Tapi itu dulu, masa perempuan ni masih muda dan bergetah. Sekarang ni rasanya Rose sudah mencecah 30 an. Dah lama juga dia tak usik perempuan ni.

Rose tersenyum gatal-gatal ala manja. Matanya yang berat dengan bulu mata palsu dikerdipnya berulang kali. 'Alamak, terover sangat sampai pedihlah pula mata aku! Ini mesti gam bulu mata palsu termasuk dalam biji mata ni. Mula dah berair biji mata aku.' Rungut Rose.

"Ermm, okey Encik Engku Edry. Tak ada masalah," Jawab Cik Rose dengan ramah mesra. Engku Edry Ashman mengangguk tanda memahami.

Sambil mata memantau stok-stok pekerja baru yang cun-cun. Dengar kata pembantunya Khairul, ada lima orang pekerja baru pada bulan ini.

'Sabar Edry, habiskan dulu stok di Kilang King. Barulah cari koleksi baru kat sini pula. Si Rose ni apahal? Tersenyum sengih, nak goda akulah tu, hmm, jangan berangan sebab aku dah muaklah nak pakai kau! Dah tua bangka!' gumam Engku Edry Ashman dalam hati.

"Hmm, okey. Teruskan kerja seperti biasa." Engku Edry Ashman meninggalkan kawasan kilangnya. Hampir nak tergelak pula melihat pekerja-pekerjanya yang masih belum melarikan mata dari memandang wajahnya yang dia amat sedar bahawa tersangat tampan.

Sebagai membalas jasa pekerja-pekerja yang over excited memujanya itu, Engku Edry Ashman berpaling semua ke arah mereka sambil melemparkan senyuman yang dirasakan paling menawan.

Kakinya terus melangkah yakin, biarpun mata ralit melayan semua pekerjanya itu. Dia tersengih lucu, seronok menjadi jejaka idaman malaya. Setelah kelibatnya mula hilang dari pandangan pekerja-pekerja itu di sebalik gerbang, Engku Edry Ashman berpaling ke depan. Tiba-tiba buk!

Kepalanya terlanggar dinding. Mereng sebentar Engku Edry Ashman di buatnya lalu terus jatuh terduduk. Engku Edry ternampak ada bintang sedang berpusing-pusing di depan matanya. Toing....toing...toing....

"Tuan, Tuan ngak apa-apa?" Makcik Cleaner yang sedang mop lantas menghampiri Engku Edry Ashman yang nampak 'lost and not found' itu dengan cemas.

Engku Edry Ashman mengetuk kepalanya, membetulkan fius-fius otak yang longgar.

'Malunya aku! Mujurlah pekerja lain tak nampak, cuma makcik cleaner ni je! Kalau tak mana aku nak sorok muka aku yang hensem ni? Aduyai!'

Engku Edry Ashman tersenyum sengih. Cari alasan untuk covel line. Biasalah bakat otak pembelit memang sudah menjadi darah dagingnya.

"Saya okey, jangan risau mak cik. Sebenarnya, saya baru errr, belajar ilmu kebal. Jadi, nak test tengok dahi saya ni boleh tahan ke tak? Itu yang saya hantuk kat dinding tadi. Wow! Ternyata berkesan ilmu kebal saya tu! Tengok makcik, jangan kata nak luka, lebam pun tak ada makcik. Yes!!! Makcik mesti gembira bersama saya, saya dah berjaya jadi manusia kebal," Engku Edry Ashman bergembira mengangkat tangannya merayakan kemenangannya itu.

Makcik Clener itu turut bersorak.

"Ya ampun, betul ke tuan? Tuan telah berjaya mengkebalkan diri tuan. Tahniah tuan, tahniah! Saya tumpang berbangga, tuan!" Berkerut dahi Engku Edry Ashman dibuatnya melihat betapa over nya makcik clener itu.

Berseronok sakan, melompat-lompat, siap lambung-lambung mop lagi, malangnya mop itu jatuh atas kepala makcik clener itu. Dah rupa rambut palsu pula. Macam-macam gelagat pekerja aku!

Terus Engku Edry Ashman berundur dan melangkah ke pejabat dengan kadar segera sebelum makcik Cleaner itu berhenti berseronok. Apalah malang nasib dia, pagi-pagi sudah terjadinya peristiwa yang cukup memalukan. Janganlah ada orang lain yang nampak.




Dalam
kesibukan Engku Edry Ashman memeriksa fail-fail klien, pintu biliknya di ketuk-ketuk. Muncul Khairul, pembantu peribadinya yang datang agak lewat hari ini. Khairul merupakan pemandu merangkap PA nya. Khairul merupakan kawan baiknya yang sering dijadikan tempat untuk mengadu masalah. Orang kata penasihat pun ya, penjahanam pun ya juga.

"Hello bos!!" Tegur Khairul yang sentiasa happy good lucky itu.

"So, dah hantar nenek kau pergi KLIA?" Soal Engku Edry Ashman yang bermurah hati menaja nenek Khairul ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Pada suatu hari yang hening, dia telah melawat nenek Khairul yang sakit tua, tiba-tiba nenek Khairul menyatakan hasrat untuk pergi ke Makkah.

Engku Edry Ashman yang rasa kasihan akhirnya menaja saja percutian nenek Khairul. Tapi kata Khairul, Makkah adalah tempat umat Islam beribadat dan menunaikan haji untuk melengkapkan rukun Islam yang ke lima. Entahlah, dia bab-bab agama, usah ditanyalah. Memang dia tak tahu apa-apa langsung.

"Settle! Thanks bos, sudi kabulkan impian nenek saya." balas Khairul yang terharu dengan kebaikan Engku Edry Ashman.

Biarpun banyak mengikut perangai hantu, jin dan syaitan, namun ternyata masih ada sikap terpuji dalam diri Engku Edry Ashman. Dia memang pemurah dan baik hati juga.

"No problem, bukannya mahal pun. Eh, mana stok pekerja baru? Kau cakap ada lima orang? Aku dah tak sabar nak tengok ni? Cun-cun tak?" Soal Engku Edry Ashman menjungkitkan keningnya menandakan dia sudah miang keladi. Faham sangat Khairul akan penyakit majikannya ini.

"Ada bos. Saya dah siap packing untuk bos. Nah ini, ada lima pekerja baru. Tapi bos, kebanyakan bini orang. Ada dua orang je anak dara, tapi kurang cun lah. Saya rasa stok kat Kilang Sharp lagi panas-panas bos. Saya ada bawa maklumatnya. Ini cuba bos tengok! Melentik semuanya!" Khairul menghulur dua fail pekerja baru. Engku Edry Ashman membelek fail pekerja kilang ini dahulu.

"Ini ada yang cantik. Siti Amila kan? Lantaklah, bini orang pun. Janji cun je memang aku sapu.Lagipun, bukan susah nak tackle pun perempuan ni, senyum sikit pun, dah ikut aku balik. Anak dara ni, boleh tahan juga Khairul. Hmm, Siti Fariha! Yang Farisa ni, tak cukup cunlah. Tak mahulah aku!

Sekarang aku nak habiskan dulu stok aku kat Kilang King. Baru aku kacau Siti Fariha dan Siti Amila! Lepas ni, sasaran aku yang seterusnya Kilang Nippo!" Engku Edry Ashman tersenyum bangga.

Berbekalkan asetnya yang ada ini, senang-senang saja dia mendapatkan mana-mana perempuan yang dia inginkan. Dia gemar 'makan' pekerjanya sekadar suka-suka dan berseronok. Ada juga kalangan artis dan model-model popular pun selalu disebatnya juga.

Lagipun, perempuan zaman sekarang ni, bukan susah pun nak bawa ke bilik tidur, kadang-kadang mengayat sikit pun dah cair. Memang dia kaki betina, siapa yang berani menghalang kehendaknya. Dia memang 'playboy' termasyur di Penang ini.

Telefon berbunyi. Engku Edry Ashman yang menjawab nampaknya terkejut besar. Terus sahaja mengajak Khairul mengikutnya pulang ke Villa Sentosa dengan kadar segera. Dalam perjalanan teringat pula, pertelingkahan terakhir dia dengan isterinya pada minggu yang lalu.

Friday, 28 September 2012

BAB 3 DILARANG MASUK DALAM HATIKU

3



 

 



TERIK
panas kian membahang. Setelah membuka khemah dan meja, Kifayah tekun membantu emaknya dengan mengikat bungkusan laksa, laksam, mee kari dan bihun sup menggunakan getah kemudian menyusunnya di atas meja jualan.

Kemudian dia membungkuskan kuah-kuah makanan yang di jual itu pula. Ramai betul peniaga yang berniaga di tapak pasar malam di depan Sekolah Menengah Tsung Wah.

Kifayah mengesat peluh di dahi. Doyah, saingan sengit mereka sedang berniaga berhadapan dengan gerai mereka. Anak bujangnya yang bernama Naim selalu mengerling Kifayah namun Kifayah malas melayan. Nak mengoratlah kot?

Kawan-kawan sekolahnya kebanyakan sudah mempunyai pakwe. Tapi dia, entah lah bukannya tidak terfikir, cuma malas apabila mengenangkan masalah keluarga dan tanggungjawab ke atas keluarga yang lebih berat daripada itu. Mak dan ayahnya pun bukan suka sangat dia berkawan dengan lelaki.

Dunianya hanya membantu emaknya di rumah dan berniaga. Kalau nak bercinta, mana ada masa bergayut telefon ke, ber dating ke, sebab jadual hariannya memang sibuk. Nak belajar pun tak sempat. Balik sekolah, terus menuju ke dapur membantu emaknya menyiapkan barang-barang berniaga. Petang pula, membantu mengemas rumah. Kini, tugasnya berganda apabila dia turut mengikut emaknya berniaga pula sejak kakaknya Rihanna berkahwin. Bermula dari petang sampai ke malam.

Walaupun emak dan ayahnya nampak moden dan terbuka, namun mereka begitu menitik beratkan soal didikan dari segi agama, sikap dan tabiat. Umur 5 tahun, Kifayah sudah Khatam Al-Quran. Dari sekolah rendah lagi, Kifayah sudah di ajar melakukan kerja-kerja rumah dan memasak.

Apabila meningkat remaja, mak dan ayahnya memang sentiasa memastikan anak-anak mereka menjaga pergaulan dengan lelaki dan orang luar. Tidak pernah mereka dibenarkan keluar berpeleseran.

"Dah siap bungkuskan semua?" Soal emaknya yang baru balik dari berbual dengan Doyah. Sempat mengorek rahsia kuah laksa Doyah yang dikatakan sedap itu.

"Dah." Jawab Kifayah bersahaja.

"Mak dah tanya Doyah, resepi kuah laksa dia. Alah, lebih kurang sama je macam kuah mak. Mak sempat jeling bungkusan dia tadi, sikitnya, lagi sikit dari bungkusan mak. Jangan Kifa risaulah! Bungkusan kita ni lagi banyak, mesti puas pelanggan makan.

Eh, apasal anak Doyah si Naim tu asyik dok tengok Kifa dari tadi? Kifa, jangan nak menggatal ya?" Emaknya mula membebel.

"Mak, Kifa tengah sibuk membungkus kuah ni, tak ada masa nak mengatal kat sini!" Jawab Kifayah dengan muka masam.

"Tengok tu, orang tegur tarik muka. Berdosa tau, buat mak macam ni. Ingat, kalau nak mengatal cari yang senonoh sikit. Setakat anak Doyah tu, buat malu mak ja nanti. Sekolah pun tak habis, berniaga pasar malam saja! Tak bertokoh nak buat suami!"

"Mak, apa mak merepek ni? Kifa baru 19 tahun, apasal cakap pasal 'suami' pula ni?" Kifayah benar-benar sakit hati, tapi sebagai anak apa lah daya untuk membentak lebih-lebih. Bukan boleh selesai masalah pun, emaknya akan membebel tidak tentu hala nanti.

"Tak adalah, mak cuma nak ingatkan Kifa je? Jodoh Kifa biar mak dan ayah yang tentukan. Tak payahlah nak fikir...." Kifayah mengelengkan kepalanya. Perbualan itu terhenti apabila pelanggan mula membanjiri gerai emaknya.

"Err, laksa sepuluh bungkus, bihun sup lima, laksam tujuh bungkus!" Man Boroi memberitahu Rafeah.

Matanya tertancap pula pada Kifayah. Terlopong mulutnya. Fuyooo, cunnya budak ni!

"Ini, anak Kak Peah yang mana pula?" Tegur Man Boroi dengan ramah.

"Ini anak Kak Peah yang nombor tiga, Kifayah namanya. Rihanna kan dah kahwin, sekarang ni giliran adiknya pula yang membantu." Beritahu Rafeah dengan mesra. Man Boroi mengangguk dan tersenyum pada Kifayah.

Kifayah buat-buat tidak nampak. Menyampah melihat senyuman gatal lelaki itu. Gigi sudahlah rongak! Ingat molek sangat muka dia tu? Tak sukanya.....

Man Boroi menyambung lagi. Dia memang jenis bermulut manis dan pandai mengayat.

"Anak-anak Kak Peah semuanya cantik-cantik, macam Kak Peah juga! Tapi Kifayah ni, saya rasa yang paling cantik sekali dari yang lain. Sekolah lagi ke Kak Peah?" Tanya Man Boroi yang berminat. Rafeah yang mendengar pujian bertambah kembang semangkuk. Tidak muat rasanya kain yang dipakainya ini. Hampir terkoyak pula.

"Tahun ni nak ambil STPM. Lepas ni, giliran dia pula nak dikahwinkan." Khabar Rafeah dengan senyum.

Bulat mata Kifayah mendengarnya. Eee, dia masih muda trang tang tang, mak dia dah sibuk menjaja soal nikah kahwinnya. Tak terfikir lagi dia, kalau boleh dia nak tunggu dulu keputusan STPM, kalau keputusannya baik dia akan menyambung pelajaran kemudian bekerja selepas itu, barulah fikir soal kahwin.

Man Boroi melirik gatal pada Kifayah yang sedang membungkuskan kuah itu. 'Amboi, buat kerja penuh tertib anak dara ni! Ishh, dia jeling-jeling pula. Aduhai, berkocak jantung den! Kalau dapat buat bini ni, sure tak keluar rumah seminggu!'

"Banyak membeli hari ni Man?" Tanya Rafeah lagi. Man Boroi segera mengeluh.

"Biasalah, orang rumah saya tu, pemalas sungguh memasak. Asyik nak besarkan badan je kerja dia. Makan sampai berpuluh-puluh pinggan sehari. Letih saya nak bela bini macam tu. Pembantu rumah kan ada dua orang, itu yang semakin naik lemak dia tu! Pecah kepala saya dibuatnya!!!" Man Boroi mengutuk isterinya yang gemuk gedempol itu.

Anak-anaknya yang seramai tiga orang itu pun, ikut jejak isterinya. Semuanya kuat-kuat makan dan sihat sungguh tubuh badan.

Kifayah mencebik, mengutuk bini dia bukan main lagi! 'Yang badan dia gemuk, tak sedar-sedar? Perut boroi kalah perempuan mengandung 9 bulan, kepala bulat, pipi bertimbun macam kuih apam, selamba hina bini dia, memang dasar jantan tak sedar diri!' Semakin menyampah Kifayah dibuatnya. Rafeah pula mendengar dengan penuh minat.

"Ishh, ishhh, kesiannya Man. Tak bolehlah macam tu, isteri ni kena jaga makan pakai suami. Anak-anak Kak Peah, memang kak Peah didik dari sekolah rendah lagi buat kerja-kerja rumah. Kifayah ni, memang kerja rumah A plus lah! Jangan kata habuk, kuman pun susah nak jumpa dalam rumah Kak Peah tu! Rajin sungguh lah. Memasak lagilah, kalah masakan kat hotel lima bintang! Lebih kurang macam master chef yang masak." Puji Rafeah yang begitu berbangga memuji anak-anaknya.

Kifayah menarik muka masam. Wajah Rafeah direnungnya.

'Eee, tak sukanya dengar! Apasal mak aku ni, menyemakkan nama aku pula? Dahlah puji melambung tak kena tempat pula tu? Buat malu betul lah! Bagi nasihat bukan main lagi, tapi makan minum ayah selama ni, kakak-kakak, aku dan adik yang ambil tahu. Dia asyik sibuk siapkan barang-barang berniaga je kat rumah!'

Man Boroi yang mendengar bertambah teruja untuk mengenali anak ke tiga Kak Rafeah yang cun melecun ini.

'Sudahlah cantik, pandai buat kerja-kerja rumah, rajin pula tu! Memang bertokoh nak buat bini ni. Tapi si badak berendam kat rumah aku tu nak campak mana? Alah buang jelah, bukan berguna lagi? Dah berkedut, berlemak sana-sini. Nak tengok pun padam selera aku.' Man Boroi mengutuk isterinya.

"Iya ke? Bertuah lah lelaki yang dapat kahwin dengan Kifa nanti. Beruntung sungguh! Saya ni Kak Peah, dah semakin bosan mengadap bini saya tu. Balik rumah serabut betul tengok penampilan dia. Rambut dia dah macam kilang kutu. Pemalas pula tu nak mandi, busuk jangan dok katalah. Kalah kerbau Mat Soud!

Tapi sebab itu je bini yang ada terpaksa lah Kak Peah, tutup biji mata dan lubang hidung ni, menjalankan tanggungjawab saya dengan rela hati! Dah berbuih mulut bagi nasihat. Macam tu juga jadinya. Dia nak apa semua saya bagi, gelang emas sampai ke bahu, rantai emas sebesar tali ikat kapal selam, sampai berbirat leher dia pakai itu pun, nak membeli lagi barang kemas bulan ni, duit poket lagilah sebulan sampai RM5, 6 ribu!

Itu pun kadang-kadang lebih dari tu saya bagi! Sedih sungguh saya, sebab isteri saya tu, tetap tak mau berubah, makin teruk lagi ada lah. Entahlah Kak Peah apalah malang nasib saya ni." Man Boroi mengutuk bini dia lagi tanpa sedar, bau badannya pun lebih kurang kerbau Mat Soud.

Kifayah yang mendengar semakin jelek rasanya. Bertambah meluat dengan lelaki ini. Lelaki jenis apa, suka memburuk-burukkan isteri sendiri. Mesti bukan lelaki yang baik.

"Sabarlah Man. Bertuah sungguh bini kamu tu, dapat suami bertanggungjawab macam kamu. Macam-macam yang kamu bagi ya walaupun bini kamu tu busuk macam kerbau!" Rafeah menasihatkan Man Boroi. Man Boroi mengangguk berulang kali.

"Err, okeylah. Saya balik dulu, menganggu Kak Peah pula nak buat kerja. Bukan apa dah lama saya pendam masalah saya ni, saya dah tak sanggup lagi nak bertahan. Dah lama saya menderita. Anak-anak saya dah telefon banyak kali, lapar kat rumah tu. Nak harap mak dia, kebulurlah tak makan jawabnya. Jangan kata nak masak, nak pergi beli lauk kat kedai yang dah siap tu pun, pemalas. Asyik makan, tidur!

Hmm, tak sabar nak makan laksa Kak Peah. Saya ni pun kalau tak pekena laksa Kak Peah, mahunya meroyan saya dibuatnya. Berapa semua?" Soal Man Boroi mengerling gatal ke arah Kifayah.

Di bukanya dompetnya yang tebal dengan duit itu dengan tujuan ingin menunjuk-nunjuk pada Kifayah dan Rafeah. Rafeah apalagi, hampir juling biji mata dibuatnya melihat duit sebanyak itu. Rasa begitu berbangga dengan Man Boroi. Bertuah sungguh bini Man Boroi.

Kifayah mula mengira dengan malas. Menyampah betul dengan sikap Man Boroi yang suka menunjuk-nunjuk itu.

"Semuanya RM55.OO." Beritahu Kifayah dengan muka serius pada Man Boroi yang tidak jemu memandang wajahnya.

"Amboi, sedapnya suara! Ini kalau menyanyi, mesti macam buluh perindu. Kalau Siti Nur Haliza dengar, merajuk tak nak nyanyi dah!" Puji Man Boroi yang dirasakan tidak tentu hala oleh Kifayah itu.

Man Boroi menghulurkan RM 100 untuk Kifayah. Cepat Kifayah menarik tangannya sebelum lelaki itu menyentuhnya. Dasar jantan miang! Menyampahnya.

"Tak apalah Kak Peah, simpanlah baki tu. Sedekah dari saya, Kifa kan sekolah lagi. Ini untuk belanja sekolah dia, ambil lah saya sangat ikhlas," Man Boroi sengaja menampilkan sifat terpujinya. Rafeah tersenyum sampai telinga. Manusia mana tidak gembira, dapat duitkan?

Membulat mata Kifayah mendengarnya. Segera memprotes kebaikkan lelaki itu.

"Eh, tak payah. Kalau nak bersedekah, bukan kat sini tempatnya. Ouchhh!!!" Kifayah menahan sakit apabila pahanya ditampar oleh emaknya. Rafeah segera mengawal situasi.

"Ya Allah, terima kasihlah Man. Semoga murah rezeki Man." Ucap Rafeah terharu.

Tersengih-sengih Rafeah biarpun Man Boroi sudah pun berlalu. Not Rm 100 yang dipegangnya dipandang dengan teruja.

"Mak ni, suka hati dia je terima duit orang," tegur Kifayah yang sangat tidak berkenan dengan perangai emaknya ini. Kalau fasal duit, memang tiada kompromi.

"Biarlah, dah orang nak sedekah. Kifa, err...duit baki yang Man bagi Kifa ni, Kifa bagi kat mak je lah! Kan hari tu, mak yang bayar yuran STPM Kifa? Kiranya settle lah yea," pinta Rafeah yang Kifayah cukup faham sangat dengan perangai berkira dan kedekutnya. Kifayah melepas keluhan dan mengelengkan kepalanya.

"Ambillah, Kifa pun tak nak duit lelaki tu," balas Kifayah. Apalagi sengihan Rafeah bertambah lebar. Untungnya mempunyai anak-anak yang cantik-cantik. Sekarang ini, dia akan menanti mana-mana lelaki kaya yang bakal berkenan dengan Kifayah. Semakin senang hidupnya nanti.

Tepat jam 10.00 malam, barulah mereka mula mengemas untuk pulang. Hari ini hasil jualan agak baik. Cuma lima bungkus laksa saja yang tinggal.

Dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki Proton Saga Rafeah yang sudah berkarat itu, Rafeah berbual-bual dengan Kifayah. Kifayah yang sememangnya bosan terpaksa juga kerana telinga bukannya mata atau mulut yang bisa ditutup.

"Kereta ni dah teruklah. Mak cadang nak minta kat Kak Hidayah lah duit. Nak beli kereta baru." Beritahu Rafeah.

"Mak, kan Kak Dayah bagi mak sebulan seribu. Mana pergi duit tu? Tak cukup lagi ke? Tak menyusahkan dia ke? Dia kan dah kahwin, ada tanggungan. Anak-anak tiri dia lagi. Kereta ni mak baru je pakai dua tahun, tapi dah jadi besi buruk. Mak cuma tahu naik je, tapi tak tahu jaga! Kalau Kifa tak cuci, alamatnya tak nampak rupa kereta ni!" Tegur Kifayah yang tidak berkenan sama sekali dengan sikap emaknya.

Bukan main lagi mengajar anak-anak erti bertanggungjawab, tapi dia langsung tidak menunjukkan contoh yang baik. Seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. Mujurlah anak-anaknya semuanya berjenis kerana sudah dilatih sejak kecil membuat kerja-kerja rumah sedangkan emaknya suka goyang kaki di rumah. Kerjanya hanya menumpukan pada perniagaannya dan memberi arahan saja di rumah.

"Biasalah, kereta ni mak guna buat kerja. Kereta baru nanti, mak nak guna pergi jalan-jalan. Mak nak minta myvi lah! Seribu tu bukannya banyak Kifa, sekarang ni semua belanja mahal. Itu untungnya kalau kahwin orang kaya. Hidup senang-lenang. Abang ipar kau tu, bukan main baik lagi.

Tak pernah lupa janji nak bagi mak dan ayah duit. Kak Rihanna kau ni yang mak pening, senyap ja lepas kahwin. Balik sekejap je, bagi duit belanja! Lepas tu terus blah. Macam mana, agaknya si Rosli tu jaga dia?" Bising Rafeah lagi. Kakaknya, Rihanna sejak berkahwin dengan Rosli, senyap sunyi jadinya.

Langsung tak balik rumah menjenguk keluarga sedangkan rumahnya bukannya jauh pun. Salah mak dan ayahnya, terlalu mementingkan kebendaan dari budi bahasa menantu.

"Dahlah, malas nak cakap pasal kakak kau tu. Janji tiap-tiap bulan, bagi duit kat mak dan ayah! Itulah untungnya dapat suami kaya. Kifa pun, mak akan pastikan dapat suami kaya juga.

Kifa, mak rasa peliklah, jualan mak tak pernah habis. Selalunya mesti licin punya." Kifayah mengeluh. Bosan apabila emaknya membuka topik baru pula.

"Mak bersyukurlah dengan rezeki yang ALLAH tentukan ni. Lebih 5 bungkus je, bukannya banyak pun." Balas Kifayah dengan suara yang keletihan. Dia kini hanya ingin cepat sampai dan tidur.

"Tak, mak dapat rasakan yang mak kena santau lah! Ada orang dengki dengan mak!" Beritahu Rafeah.

Kifayah mengeluh lagi. Inilah masalah manusia, bila berniaga tidak laku mula lah nak salahkan orang lain, kena santaulah ada orang dengkilah! Kianat lah! Sedangkan tanda-tanda kena santau pun tidak ada.

"Astafirallahalazim. Mak, apa kena mengena santau pula ni? Cuba mak teliti diri mak tu, apa kurangnya mak sampai jualan mak tak habis? Kita ni, harus bersyukur. Bila kita bersyukur, masalah yang besar jadi kecil, benda yang kurang, rasa cukup!

Kan, Kifa dah tegur mak banyak kali, kepuasan pelanggan tu yang penting bila berniaga. Mak masak memang sedap tapi satu je, pelanggan tak puas makan sebab sikit sangat. Tak berbaloi dengan harga. Kalau Kifa pun, Kifa pilih gerai Doyah, biarpun sikit tapi berbaloi dengan harga." Tegur Kifayah yang berdoa dalam hati emaknya menerimanya.

"Iyalah! Mulai esok, mak tambahkan sikit." Rafeah akhir akur dengan pendapat anaknya itu.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 2 DILARANG MASUK DALAM HATIKU

Arrian Syah buat-buat bodoh, tahu sangat siapa gerangankah orangnya.

"Waalaikumussalam, Isma. Masuklah!" pelawa Hasnah dengan mesranya.

Ismaliza tersenyum lalu masuk membawa dua tupperware. Pastinya ada lauk yang dimasak untuk Arrian Syah. Dikerlingnya Arrian Syah yang buat muka selamba.

"Err, makcik. Ini ada sikit lauk, kebetulan Isma masak lebih." Ismaliza menghulurkan tupperware pada Hasnah. Hasnah tersengih.

"Ya ALLAH, Isma ni rajin sungguh. Bertuahlah siapa yang jadi suami Isma nanti. Tentu tak sampai sehari, dah boroi perut dia sebab kerja makan je. Terima kasihlah Isma, duduklah. Makan sekali, kebetulan makcik masak nasi lebih.

Arri pun dah hentam kat tiga pinggan, tak padan dengan badan kurus kering. Itulah, kalau berbini naiklah sikit badan tu. Ini tak, dok Penang tu makan minum pun tak menentu. Hai, susahnya nak cakap. Isma, mari makan sekali!" pelawa Hasnah yang tidak mungkin Ismaliza menolaknya.

Ismaliza mengerling Arrian Syah yang selalu kacak dimatanya. Rindunya pada Arrian Syah. Hampir sebulan lelaki ini tidak pulang ke kampung. Malang nasibnya apabila merindu pada yang tidak sudi. Apa yang harus dia lakukan untuk merompak hati Arrian Syah? Kalau setakat memikat Hasnah, sudah tiada masalahnya.

Apa kurangnya dia? Rasanya dia juga kategori perempuan yang cantik. Dari kecil lagi, sejak mereka bermain pondok-pondok atau kahwin-kahwin, sampailah sekarang, dia masih mencintai Arrian Syah. Bukannya Arrian Syah tidak tahu akan perasaannya, bukan setakat kasi hint, dia juga berterus-terang yang dia memang menyimpan hati pada Arrian Syah namun Arrian Syah buat tak tahu saja bagaikan orang yang tiada perasaan.

Tengoklah ni, sanggup Ismaliza membeli pakaian baru dan bersolek cantik-cantik semata-mata untuk mencuri hati lelaki ini. Minta-minta Arrian Syah akan jatuh cinta padanya pagi ini. Berkat dia pergi mandi bunga semalam. Fuh kiri, fuh kanan!

Ismaliza duduk berhadapan Arrian Syah.

"Arri sihat? Bila nak balik Penang?" Tanya Ismaliza, mesra dan ramah. Arrian Syah tersentak.

"Hah, Isma tanya apa tadi?" Arrian Syah yang sedang berangan menyelam di Batu Feringgi terhenti lamunannya. Kacau daun betul, baru terserempak dengan ikan duyung tadi.

"Isma tanya, Arri sihat ke? Bila nak balik Penang?" Tanya Ismaliza lagi soalan yang sama. Arrian Syah mengaru sekejap kepalanya. Kemudian mengangguk tanda mendengar jelas soalan itu.

"Oh, sihat. Lusa baliklah Penang." maklum Arrian Syah. Hasnah yang mengikuti perbualan itu, tiba-tiba menyampuk.

"Aduh....aduh..., tiba-tiba perut mak ni memulaslah Arri. Nak kena berlepas ni, kang kalau terkentut kat sini, mahu padam selera korang nanti. Mak pergi melabur jap," terkocoh-kocoh Hasnah berlari ke tandas.

Arrian Syah mengelengkan kepalanya. 'Berlakon lah tu, macam tak tahu perangai mak aku tu. Sengaja nak kenen-kenenkan aku dengan si Isma.'

"Arri, kenapa Arri tak pernah jawab call Isma? Mesej Isma pun tak balas," tanya Ismaliza setelah sekian lama memendam perasaan.

Arrian Syah tenang mendengarnya. Macam mana hendak membalasnya kalau mesejnya mengandungi unsur-unsur luahan cinta yang menjengkelkan Arrian Syah.

'Terpacak bulu roma membacanya. Miang sungguh perempuan ini. Nampak saja lemah lembut, berlakon agaknya. Macamlah, aku tak tahu menilai diri dia yang sebenar. Ini Arrian Syah lah, silap haribulan kau nak hipokrit depan aku'.

"Tak ada hal yang penting pun kan, sebab tu Arri rasa tak ada sebab Arri nak balas mesej Isma. Isma, kan Arri dah banyak kali cakap. Isma cantik, baik, ramai lagi lelaki diluar sana yang berebut-rebut nakkan perempuan macam Isma.

Arri minta maaf yang Arri memang tak boleh anggap Isma lebih dari seorang kawan. Dah banyak kali Arri cakap soal ni kan. Jodoh ditangan Tuhan, kalau memang kita ni dah ditakdirkan berdua, dah lama Arri terima Isma. Masalahnya Arri memang tak boleh." Adiputra cuba bertegas.

Dia faham perasaan Ismaliza yang kecewa sebab itu dia cuba bercakap baik-baik dengannya.

"Tapi kita boleh cuba kan? Arri langsung tak beri Isma peluang. Apa halangannya sekarang? Arri pun masih kosong, Isma pun belum ada yang punya. Keluarga kita pun merestui kita. Sekarang ni, tinggal Arri je. Isma tak boleh terima lelaki lain, sebab Isma cintakan Arri dari dulu lagi.

Isma tak peduli, kalau orang cakap Isma ni perigi cari timba, yang penting hati Isma ni ikhlas. Kalau Arri bagi Isma peluang jadi isteri Arri, Isma akan layan Arri bagaikan raja. Isma janji, yang Arri akan bahagia. Arri akan cintakan Isma perlahan-lahan," pujuk rayu Ismaliza dengan muka yang kasihan.

Arrian Syah rasa semakin bengang pula mendengarnya. Perempuan zaman sekarang ini, memang begini ke perangainya? Susahnya nak jumpa perempuan yang 'mahal' dan meletakkan 'nilai' yang tinggi untuk dirinya.

Arrian Syah dapat rasakan, Ismaliza bukan gadis yang jujur, dia hipokrit. Dia lakukan semua ini, semata-mata untuk mendapatkan cinta. Ini dipanggil kegilaan atau obses.

Apabila dia sudah mendapatkan apa yang sudah dihajati, dia akan sia-siakannya. Dia kenal Ismaliza sejak dari kecil lagi. Perangainya yang tidak mudah mengalah memang sudah sebati dalam dirinya.

Arrian Syah terus bangun dan melangkah ke biliknya. Bosan! Cuba buka topik fasal Safee Salie join kelab Pelita jaya ke, syok juga mendengarnya.

Ismaliza memandang Arrian Syah dengan mata yang berkaca. Apalagi yang harus dilakukannya untuk mendapatkan Arrian Syah? Semuanya gagal, termasuklah dengan cara yang baik dan cara yang kotor. Dia pernah cuba bomohkan Arrian Syah agar tergila-gilakannya, tapi kata bomoh tersebut Arrian Syah mempunyai pendinding yang sukar ditembus.

Tidak dinafikan Arrian Syah memang tinggi ilmu agamanya. Arwah datuknya, merupakan seorang pengamal perubatan Islam yang telah menurunkan ilmu pada Arrian Syah. Itu yang sukar untuk Ismaliza mendapatkan lelaki itu dengan cara kotor seperti itu.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2


Jam
di dinding dikerling, sudah pukul 2.00 petang. Kifayah mengesat peluh di dahi. Sempat mencuri masa untuk solat zohor, itu pun dileteri maknya kerana banyak kerja yang harus diselesaikan di dapur. Sejak dari pagi tadi, kerjanya asyik memotong bahan-bahan untuk dilambakkan atas laksa, laksam, bihun sup, bakso dan moi sup.

Emaknya pula sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja memasak. Adiknya, Eja sedang memotong daging untuk diisi dalam bungkusan bihun sup. Selalunya pukul 4.00 petang, emaknya akan bergerak ke Pasar Malam untuk berniaga. Dalam seminggu, empat hari emaknya akan berniaga.

"Mak, pergilah solat dulu." Tegur Kifayah sambil mata mengerling ibunya yang ralit memasukkan bihun dalam bungkusan.

"Kejap lagi, banyak kerja ni. Alah sempat lagi nak solat. Korang berdua ni bukannya boleh harap. Pemurah tak kena tempat, jual sebungkus RM 2.50 tapi, bubuh bahan bukan main banyak. Macam harga RM 10 sebungkus. Eja, potong daging tu nipis-nipis, jangan tebal-tebal. Bankrap mak nanti, barang semua mahal-mahal sekarang ni." Leter Rafeah seperti biasa.

Eja hanya mengangguk. Kasihan kakaknya, Kifayah yang akan mengambil peperiksaan STPM tidak lama lagi. Langsung tidak berpeluang hendak belajar. Harus menolong emak berniaga saja sejak Kak Rihanna berkahwin.

"Tak baik lewat-lewatkan solat mak. Sikitnya bihun mak isi. Nak buat tahi gigi pun tak cukup." Tegur Kifayah tidak puas hati.

Kadang-kadang emaknya ini kedekut yang tahap melampau. Bila ditegur, tidak pernah mahu mendengar, degil lebih pada budak-budak. Bila tidak laku, mulalah nak salahkan semua orang.

"Jangan nak mengajar mak, mak tahulah. Tu Si Doyah pun isi bihun sikit ja. Laku jugak!" Ada saja jawapan bijak emaknya.

"Doyah tu jual sebungkus dua ringgit. Kita ni sebungkus RM2.50 mak, biarlah orang yang beli nanti makan puas hati!" Jawab Kifayah lagi. Namun emaknya buat bodoh saja. Terus mengisi bihun seperti biasa.

"Mak, Kifa tak nak ikut mak berniaga hari ni boleh tak? Adik jelah yang ikut. Kifa nak belajar, tak lama lagi kan nak STPM." Pinta Kifayah dengan harapan agar emaknya bersetuju.

Sejak kakaknya berkahwin, dia pula membantu emaknya berniaga di Pasar Malam hampir setiap malam, kalau dulu dia akan bergilir-gilir dengan kakaknya.

Kalau mengikut emaknya berniaga di Pasar Malam, mesti sampai ke rumah dalam pukul 11.00 malam kerana emaknya akan menunggu sampai jualannya habis, baru akan balik. Bila balik, badan pun penat. Sudah tidak larat untuk belajar.

Hujung minggu beginilah, dia boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Dia juga menganyam impian ingin belajar tinggi-tinggi. Keputusan percubaannya tidak berapa baik sangat. Hanya dapat Bahasa Melayu C, Sejarah B, Pengajian AM D, Kesusateraan Melayu B dan Pengajian Perniagaan B.

"Kalau Kifa ikut mak, Kifa lagi cekap buat kerja dari adik. Adik tu tak berapa cekap lagi. Lagipun, peperiksaan percubaan Kifa bukannya ada A pun, tak payah nak bagi alasan.

Kalau dah tak pandai tu, pulun belajar 24 jam, tak kan pandai punyalah! Lagipun boleh percaya ke nak belajar? Entah-entah nak tengok TV, nak menaikkan bil elektrik dalam rumah ni!" Rafeah tidak menerima alasan.

Kifayah mengeluh, dia langsung tidak berpeluang hendak belajar. Hanya ke sekolah sahaja dia berpeluang untuk belajar sepenuhnya. Balik sekolah, dia harus membantu emaknya di dapur. Kadang-kadang, emaknya melarang dia ke sekolah apabila pembantu emaknya, Piah tidak dapat menolong di rumah. Macam mana Piah nak datang, kerja bukan main meletihkan, tapi emaknya cuma membayar RM8.00. Ada ke patut?

Kifayah cukup masak dengan perangai ayah dan emaknya yang jenis bakhil dan berkira itu. Entah bila ke dua ibu bapanya akan berubah perangai!

Opah Jah, ibu pada Rafeah yang sedang makan sirih mencelah. Dari tadi dia sibuk juga membantu anaknya itu mengupas bawang merah.

"Kamu ni, Peah. Bagilah peluang Kifa belajar. Sebab keputusan percubaan dia tak elok lah, dia nak belajar bagi dapat elok. Cubalah kasihankan anak-anak kamu ni sama. Hidup mati, asyik berniaga saja. Biarlah dia nak belajar, mana tau dapat peluang nak pergi universiti." Tegur Opah Jah membuatkan Rafeah ketawa besar.

"Mak, mak agak-agaklah nak cakap pun. Anak-anak Peah semuanya tak bertokoh langsung nak masuk U. Percayalah cakap cucu mak tu, nak belajar konon? Entah-entah berlingkar buat tahi mata dalam bilik. Lebih berfaedah kalau ikut Peah berniaga," beritahu Rafeah.

Sudah jadi tradisi dari anak sulungnya, belajar setakat SPM lepas itu dia akan menerima pinangan dari lelaki kaya yang akan memberikan duit bulanan untuknya. Hanya Kifayah yang tiba-tiba lepas sampai ke peringkat STPM hasil sokongan Opah Jah. Kalau tidak jangan harap dia akan benarkan anaknya itu belajar lagi.

Hidayah, anak sulungnya telah berkahwin dengan tauke balak, Hussein. Setiap bulan, menantu kayanya itu akan memberikan duit untuknya RM1000.

Rihanna, anak ke duanya pula sudah dikahwinkan sebulan yang lalu dengan anak Ketua Kampung, Rosli yang mempunyai banyak kebun-kebuh getah. Hantaran anaknya saja berpuluh ribu, memang membuatkan dia bangga dan dipuji oleh seluruh orang kampung. Bertuah sungguh anak-anaknya itu.

Rafeah langsung tak kisah bagaimana paras rupa menantunya, janji kaya dan berharta, senang juga hidupnya nanti. Dalam kampung Talang ini, anak-anak daranya adalah yang tercantik sekali persis wajahnya ketika muda, memang jadi rebutan. Sekarang giliran Kifayah pula untuk dicarikan jodoh. Dia tidak mahu anak-anaknya ikut jejak langkahnya. Dia tersilap langkah kerana kahwin lari dengan Soffian. Akibatnya hidup susah kerana ingkar pada ibu bapa. Mujurlah, Opah Jah memaafkannya.

Soffian yang baru balik dari Ladang melepaskan lelah. Menuju segera ke peti ais, mengambil minuman.

"Dah masak nasi, Peah?" Tegur Soffian pada isterinya yang ralit membuat kerja.

Faham sangat, isterinya itu memang tak pernah nak melayan dia pun kalau dia balik penat-penat dari ladang.

Memang sibuk menyiapkan barang-barang berniaga.Tapi, dia tidak kisah kerana isterinya biarpun kuat berleter namun lebih bertanggungjawab atas perbelanjaan rumah daripada dia.

"Kifa dah masak kat ayah kan? Tu ada kat bawah tudung saji. Abang ni, buat apa lama-lama kat ladang tu? Memikat burung kan? Rumah kita ni, dah penuh dengan burung, siap haribulan boleh buka Taman Burung! Selama ni, tak pernah pun burung-burung awak tu bawa hasil kat rumah ni.

Tolonglah saya sesekali, berniaga. Ini tak, asyik ke ladang 'kepala' sawit awak tu, balik rumah tidur. Asyik-asyik tidur! Nak tunggu hasil ladang 'kepala' sawit tu lambat! Kita ni nak makan hari-hari. Abang tu cuma tau minta duit, beli rokok!" Leter Rafeah membuatkan semua telinga berdesing bagai disambar petir. Soffian mendengus.

"Awak ni, kepala sawit, kepala sawit! Kelapa sawitlah! Dari dulu saya menegur tak pernah nak simpan dalam otak." Tegur Soffian yang lucu mendengar kata-kata isterinya itu.

"Alah, sama juga bunyinya. Maksudnya lain. Hah, jangan nak tukar topik pula. Bila abang nak berubah ni? Suka sangat memikat burung! Kalau jadi jutawan burung tak apalah juga!" Rafeah menyambung berleter.

Pergaduhan laki bini itu hanya diperhatikan oleh anak-anak dan emak Rafeah tanpa berniat hendak menyampuk kerana telinga mereka sudah lali. Lagipun bukan serius pun pergaduhan ini. Memang tabiat mereka.

"Alah, darling...... janganlah marah. Itu lebih baik abang memikat burung tau, daripada memikat perempuan? Gigit jari darling nanti. Darling kan, kalau marah semakin cunlah. Geram abang tengok!!! Mujur tengah memasak, kalau tak......!" Soffian mula mengusik, membuatkan Rafeah menjeling tajam-tajam manja.

Suami lapuknya ini faham sangat bagaimana cara untuk mendiamkan peluru berpandunya dari terlepas.

Opah Jah tergelak lucu.

"Korang berdua ni kan, buat aku nak tamatkan zaman janda aku je......" Usik Opah Jah.

"Mak, jangan nak mengatal!! Amboi, tak padan dengan tua. Ingat dulu, janji apa dengan arwah bapak, nak bawa cinta sampai ke syurga kan?" Rafeah menyindir emaknya yang tersengih itu.

Kifayah dan Eja hanya mengeleng kepala melihat gelagat keluarganya itu yang memang gamat selalu.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                           
 

BAB 1 DILARANG MASUK DALAM HATIKU



1
 



ARRIAN Syah
menyuapkan nasi ke mulutnya. Alangkah enaknya masakan emaknya, sehingga menjilat semua jari yang ada. Sedap sungguh gulai umbut pisang campur daging lembu ini. Kerinduan pada masakan emak yang mengheret kakinya agar pulang ke kampung pada cuti hujung minggu ini.

"Arri, bila hang nak kahwin ni? Mak teringinlah nak dapat menantu. Kempunan tahap kronik ni! Kak dan abang-abang hang semua dah kahwin. Hang dah nak masuk 26 tahun, dok tunggu apalagi?" Hasnah mula membuka topik yang merimaskan Arrian Syah.

Arrian Syah mula rasa bosan kerana emaknya, selalu akan bertanya soalan yang menyakitkan telinganya iaitu kahwin. Ini yang dia malas hendak pulang ke kampung. Soalan cepu gangsa ini yang kerap kali ditanya tanpa jemu padanya.

Siapa yang tidak mahu kahwin? Dia sebenarnya teringin juga nak kahwin dan mempunyai anak yang berderet-deret kalau boleh paling sikit pun satu team bola sepak. Perasaan gatal hendak berbini itu sesekali mencuit juga tangkai hatinya. Tapi, masalahnya dia belum jumpa perempuan yang mampu membuat hatinya dug dag dug dag, paling tidak pun rasa vibrate ke?

Dia ingin mengahwini perempuan yang dia cinta dan sayang sepenuh raga. Dia memilih kahwin kerana cinta, bukan kahwin paksa atau kahwin pilihan keluarga.Tapi masalahnya, sampai sekarang dia masih belum jatuh cinta lagi.

"Mak, kita tengah makan ni. Cakaplah fasal, resepi Chef Wan yang terbaru ke, resepi master chef ke, jalan-jalan cari makan ke, barulah sesuai. Sabarlah, Arri belum jumpa lagi yang sesuai. Lagipun, 26 tahun tu muda lagi lah mak, bukannya 60 tahun!" jawab Arrian Syah seperti selalu sehingga Hasnah naik jemu mendengarnya.

"26 tahun tu, bukannya muda Arri, lebih dari layak nak jadi bapak orang." Leter emaknya lagi.

" Dahlah mak, cakap pasal ni. Kalau jodoh Arri sampai, on the spot Arri rempit dari Penang bawa calon bini Arri jumpa mak, okey?" Pujuk Arrian Syah lagi.

Hasnah menjegilkan matanya. Perkataan rempit membuatkan hatinya dijulang api.

"Jangan nak mengatal nak merempit macam dulu. Tak serik-serik lagi accident? Ingat, janji Arri pada mak. No rempit-rempit, okey? Ingat dulu, masa hang eksiden siapa yang dok jaga hang? Tukar pampers, basuh berak dan kencing hang?" Hasnah memberikan amaran pada anaknya yang pernah bergelar mat rempit tersohor di Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu.

Namun, kemalangan membuatkan anaknya serik dan bertaubat dari merempit. Minta-mintalah bukan taubat sambal belacan, hilang pedas makan balik. Taubat nasuha namanya.

Merah padam muka Arrian Syah mendengarnya. Malu! Tapi apa boleh buat kecederaan parah yang diterimanya membuatkan dirinya harus diuruskan dari hujung rambut ke hujung kaki oleh emaknya.

"Mak ni, janganlah cakap kuat-kuat. Malu tau kalau orang dengar. Alah esok-esok, manalah tahu sampai pula giliran Arri nak tukar pampers mak, Arri sanggup apa. Arri tau, mak adalah ibu mithali, sanggup buat apa saja untuk Arri.

Mak, mak janji jangan bocor rahsia kita tau? Ini soal hidup mati Arri, kalau orang lain tau habislah maruah Arri mak!" Arrian Syah berbisik perlahan pada emaknya. Hasnah mengeleng-geleng kemudian tersengih. Arrian Syah memang anak emak.

"Nak malu apa? Arri tu anak mak, dari kaki sebesar ibu jari, mak jaga hang. Mak taulah, dekat bakal bini Arri pun, mak tak akan pecah rahsia sulit ni. Tapi, Arri tu ingat pesan mak. Jangan dok bawa motor laju-laju sangat. Bahaya!"

"Iyalah mak, Arri dah tak buat kerja sia-sia lagi mak. Mak, siapa yang buatkan kuih ketayap ni?" Tanya Arrian Syah apabila matanya tertancap pada kuih itu.

"Siapa lagi? Isma lah! Dia kan tahu hang nak balik, itu yang dia buatkan kuih ni. Isma kan sukakan Arri, Adi kawan dengan dia dari kecil lagi. Macam-macam dia tu buat nak ambil hati Arri, tapi Arri sikit tak pandang dia sebelah mata. Nanti kena sambar orang, baru padan muka.

Mak berkenan sangat, cantik, lemah-lembut, pandai masak.... keluarga pun baik-baik. Arri nak yang macam mana lagi? Nak tunggu bidadari turun dari kayangan?" Hasnah menambah lagi.

Ismaliza? Jiran sebelah rumah yang Arrian Syah sedia maklum memang tangkap cintan dengannya sejak sekolah rendah lagi. Ini sudah kategori cinta cucu monyet. Masalahnya sekarang, hati lelakinya langsung tidak terpikat, kalau tidak sudah lama di sapu bersih Ismaliza itu, buat bini.

"Mak, Arri anggap Isma tu macam member je mak, tak boleh lah nak lebih-lebih. Mak sabaqlah, Arri belum bersedia nak jadi suami orang. Lagipun, nak kahwin ongkosnya kena banyak, duit pun tak cukup lagi. Macam mana nak kahwin?" Arrian Syah memberikan alasan.

Sebenarnya simpanannya sudah RM27 ribu. Kalau hendak berkahwin, memang lebih dari cukup setakat kenduri-kendara di kampung.

Hantaran dalam RM7 ribu atau RM 8 ribu. Bajet kenduri dalam RM 10 ribu, pi mai, pi mai memang cukup RM27 ribu. Lainlah kalau dia kahwin dengan anak raja atau artis popular, memang tak cukuplah jawabnya.

Hasnah mencebik.

"Iyalah tu, ingat mak tak tahu yang hang menyimpan duit kan? Jangan nak kelentong mak hidup-hidup." Tegur Hasnah.

Arrian Syah melepas keluhan. Bosan bercakap soal kahwin kerana buat masa ini, dia tidak berminat untuk bercinta pun dengan perempuan apatah lagi berkahwin.

Awek pun tak pernah ada seumur hidup. Lagipun, orang yang bercinta selalunya nampak bodoh contohnya rakan serumahnya Johan, Abang Lan dan Fadzli. Angau tak tentu masa, selalu senyum sorang-sorang macam orang gila, tidur termimpi-mimpi, mengigau-igau sampai dia pula jadi mangsa, kalau bergaduh pula sampai tak ingat dunia! Arrian Syah tidak dapat bayangkan dirinya dalam keadaan itu.

"Assalamualaikum," lembut suara memberikan salam. Hasnah menjenguk ke pintu dapur, melebar senyumnya.

Arrian Syah buat-buat bodoh, tahu sangat siapa gerangankah orangnya. Nak kata perempuan tidak tahu malu, kurang ajar sangat rasanya.

POSTER DILARANG MASUK DALAM HATIKU

 




Dilarang Masuk Dalam Hatiku



 




 

 

Tiada penganti yang bisa menyembuh rawan yang kau tinggalkan,
Mencintaimu membuatkan aku melarang masuk mana-mana insan dalam hatiku.








 
 
 
 












Miakiff



 
 




 


 

  






 















 

 

 




















 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAKAL MUNCUL E NOVEL2 MIAKIFF




*DI LARANG MASUK DALAM HATIKU*

*PENAWAR TANGISKU*

*PENCABUL KALBU*

*BAYAR TUNAI PADA CINTA*

*TUKANG CUCI JIWAKU*

Poster Novel Bidadari Salju


POSTER BIDADARI SALJU



Thursday, 27 September 2012

NOVEL BIDADARI SALJU


SYUKUR ALHAMDULLILAH, akhirnya novel sulung saya berada dipasaran. Pada yang sudah memilikinya dan membacanya diucapkan terima kasih sepenuh jiwa rasa saya. Syukur ramai yang memberi sokongan dan memberikan feedback yang baik.

Novel ini mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.

8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.

Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya.

MEmang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Ikutilah perjalanan Kisah cinta ini yang penuh emosi, konflik dan dendam.... maaf jika da sebarang kekurangannya kerana saya masih baru dalam dunia penulisan ini..sekian...

Wednesday, 26 September 2012

BAB 5: Bidadari Salju


BAB 5

Cikgu Atilia tidak dapat mengajar kerana menghadiri mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap/Pendang. Kayra mengambil masa yang terluang ini untuk menyiapkan kerja sekolahnya kerana petang ini dia harus membantu ayahnya mengutip getah sekerap untuk dijual.

"Kau ni rajinnya siapkan kerja sekolah. Relaks lah, jom kita sembang-sembang!"Ajak Diana tatkala melihat Kayra yang begitu khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya.

"Aku kena siapkan kerja sekolah ni sebab petang ni aku kena tolong ayah aku kutip sekerap. Nanti kalau aku jumpa ulat beluncas yang berwarna hijau tu, aku bawakan untuk kau ya?" Kayra cuba mengusik Diana yang sememangnya fobia dengan ulat bulu.

"Eeee, geli bulu tengkuk aku ni. Janganlah sebut Kayra." Sampuk Diana. Kayra ketawa kecil. Lucu melihat tubuh Diana yang mengeliat kerana kegelian itu.

"Errr, sebenarnya Kayra, aku ada hal penting nak cakapkan pada kau ni. Tapi aku harap kau tabah mendengarnya. Cuma aku nak kau tahu, yang aku akan sentiasa mempercayai kau dan aku akan berada disisi kau selalu walau apa pun yang terjadi. Begitu juga dengan Naufal, dia yang membantu aku menyiasat fasal gambar yang Marisa cakapkan hari tu." Ujar Diana dengan suara yang bergetar. Dia menarik nafas dalam-dalam. Berat hati untuk memberitahu Kayra tentang perkara ini.

Dada Kayra mula berdebar-debar. Rasanya dia bakal dikejutkan dengan berita buruk. Berkali-kali dia menelan air liurnya.

Diana mengeluarkan sekeping foto dari begnya lalu dihulurkan kepada Kayra. Bulat mata Kayra melihat gambar itu. Gambar seorang perempuan separuh bogel namun, wajahnya digelapkan dengan dakwat hitam. Bagai tersentap jantung Kayra membaca coretan di bawah gambar itu.




Ingin mendapatkan perkhidmatan seks dari saya? Pastinya layanan yang istimewa. Harga boleh runding janji sama-sama seronok. Hubungi saya Kayra binti Ilias 019- ********* untuk melanggan. Lokasi tak kisah, dalam semak pun boleh.






Kayra menekup mulutnya kerana terlalu terkejut. Kepalanya bagaikan ditimpa batu batan. Berdentam dentum bunyinya. Menggigil tubuhnya menahan kepedihan yang teramat. Jantungnya bagai direntap kasar. Berkali-kali dia beristighfar dalam hati dengan mata yang diceliknya luas-luas. Astafirallahalazim!!!!!!

Empangan matanya mula pecah. Dia tidak mampu menahan tangisnya lagi. Siapa yang begitu tega menzaliminya dengan fitnah yang begitu dahsyat ini?

"Kayra. Sabarlah. Aku tahu kau terkejut. Sebenarnya, gambar ni dah tersebar di seluruh sekolah dan sekarang ni dah sampai ke kampung kita! Naufal kata, Hariz dalang dalam hal ni. Aku betul-betul tak sangka sejauh ini tindakannya terhadap kau! Keterlaluan sangat!" Diana begitu bersimpati dengan nasib Kayra sekarang. Kasihannya Kayra. Esakan tangisan sahabatnya ini benar-benar mengundang rasa hiba dihatinya. Diana terus memeluk Kayra demi untuk menenangkannya.

Kayra rasa masa depannya sudah musnah. Dia benar-benar tidak menyangka lelaki ini sanggup mengambil tindakan begini demi untuk membalas dendam padanya gara-gara Diana melaporkan pada Cikgu Amran mengenai buku yang telah dicurinya itu. Patutlah ramai yang memandang sinis dan memanggilnya bohsia. Dia semakin popular dengan gelaran jijik itu. Dia dianggap gadis yang sudah rosak akhlaknya.

Tiba-tiba muncul seorang pengawas sekolah di pintu kelas mereka. Pengawas tersebut meminta Kayra berjumpa dengan guru disiplin sekarang. Kayra terpana seketika. Jantungnya mula berdebar. Malapetaka apakah lagi yang bakal mengundang?




 

Sampai di depan pintu bilik guru disiplin dengan lafaz Bismillah, Kayra mengetuknya. Kedengaran suara cikgu Shuhaimi memanggilnya masuk. Kayra menelan air liurnya. Dadanya seakan mahu pecah kerana terlalu berdebar dan takut.

Perlahan-lahan dia masuk. Kayra tergamam melihat Hariz berada di situ. Apa lagi yang telah direncanakan oleh lelaki ini? Ya Allah, tolonglah hamba Mu yang lemah ini. Kayra cuba meredakan perasaannya yang mula berbaur resah. Bagaikan nak terputus nafasnya.

"Kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke sini?" Kayra mengelengkan kepalanya. Kelihatan Cikgu Shuhaimi sedang memegang misainya yang melenting itu. Menyerlahkan lagi kebengisannya.

"Hariz memberitahu saya, yang kamu ada menulis surat cinta padanya dan kamu sering menganggunya dengan pangilan-panggilan lucah di tengah-tengah malam!" Kayra tergamam mendengarnya. Surat? Panggilan lucah? Ya Allah apa semua ni?

"Surat? Surat apa ni cikgu? Saya tak faham...." Kata Kayra dengan penuh ketakutan dan debaran. Kelihatan cikgu Shuhaimi mengambil sekeping kertas lalu menghulurkan kepada Kayra.

Bergetar tangan Kayra menyambutnya. Dia menatap surat itu dan membaca isinya.





Assalamualaikum,

Kehadapan Hariz yang amat diminati dan dicintai, Kayra harap Hariz sihat dan gembira selalu. Hariz, sudah lama Kayra menyimpan perasaan cinta ini. Sudah tidak tertanggung rasanya. Makan tak lalu, tidur pun tak lena. Kayra tidak dapat melupakan Hariz walaupun sesaat dan sering merindui Hariz dalam lena serta didalam jaga.

Tolonglah Hariz terima cinta Kayra, Kayra sanggup melakukan apa sahaja demi Hariz malah Kayra sanggup meyerahkan diri Kayra sebagai bukti cinta Kayra pada Hariz. Percayalah, kalau Hariz menolak cinta Kayra, Kayra tak sanggup menerimanya. Rasa diri ini tidak berguna lagi dan tolonglah jangan mengecewakan Kayra.

Kayra janji Kayra akan membahagiakan Hariz selama-lamanya. Kalau Hariz terima Kayra, Kayra sedia memperhambakan diri demi untuk menikmati cinta darimu sayang. Please jangan hampakan Kayra. I love you like crazy.

Yang Ikhlas,

Kayra binti Ilias.






Kayra menekup mulutnya sambil mengelengkan kepalanya. Tidak menyangka lelaki ini tergamak menambahkan lagi kesengsaraannya. Air matanya terus merembes tanpa henti.

"Cikgu. Bukan saya yang tulis surat ni cikgu, percayalah!" Kayra cuba menegakkan kebenarannya. Dia mahu mencuba kerana dia tidak bersalah. Hariz tersenyum puas. Berhasil lagi rancangannya untuk mengenakan si buruk ni. Menyusahkan dan menyemakkan hidup orang ja. Silap banyak kau cuba nak cari fasal dengan aku dan dengan awek aku. Bodoh betul! Lebih baik kau mampus lagi baik! Maki Hariz dalam hatinya. Benci tahap tak ingat rasanya.

"Saya tak akan tuduh kamu tanpa sebarang bukti Kayra. Ini buku latihan kamu, tulisan ini mirip dengan tulisan kamu. Kamu jangan cuba nak menafikannya lagi." Tengking Cikgu Shuhaimi dengan begitu kuatnya. Dia nampak begitu marah. Terhenjut bahu Kayra kerana ditengking begitu.

"Cikgu, memang tulisan ni mirip tulisan saya tapi saya tak tulis surat ni, percayalah!" Beritahu Kayra dengan suara yang begitu lirih. Hariz mula resah dengan alasan Kayra itu. Bimbang kalau-kalau Cikgu Shuhaimi mula mempercayai Kayra lalu dia segera mencucuk jarumnya.

"Jadi, awak nak tuduh yang saya ni bohong lah? Cikgu, saya mengadu kepada cikgu ni kerana saya betul-betul tak tahan diganggu oleh dia cikgu. Dah banyak kali dia hantar surat pada saya cikgu, dan dia selalu kerap menelefon saya sehingga menganggu tumpuan saya nak belajar! Dah berkali-kali saya tolak cinta dia cikgu, tapi dia tak faham bahasa juga. Dia memang dah gila cikgu, dia ajak saya buat benda tak senonoh! Dia ingat perempuan murah macam dia tu saya terliur sangat? Memang muka tak tahu malu!" Celah Hariz dengan lakonan yang cukup berjaya. Kalah aktor Shah Rukh Khan. Boleh dapat anugerah pelakon lelaki terbaik kalau dicalonkan.

"Astafirallahalazim! Apa ni Hariz? Jangan cuba nak fitnah saya. Bila masa saya tulis surat pada awak, bila masa saya menelefon awak? Nombor telefon awak pun saya tak tahu."Celah Kayra pula dengan tangisan yang sukar dibendung lagi. Cikgu Shuhaimi mula naik angin melihat dua pelajar saling salah menyalahi.

"Sudah! Saya panggil kamu ke sini bukan nak dengar kamu saling tuduh menuduh. Kayra binti Ilias, dah berapa kali saya beritahu dalam perhimpunan, jangan campur adukkan cinta dengan pelajaran! Jangan cuba nak mengatal di sekolah, ini bukan tempat nak cari jodoh! Apa nak jadi dengan kamu ni? Kamu sedarlah siapa diri kamu, kalau orang dah tak sudi tak payahlah terhengeh-hengeh lagi. Kamu ni tak ada rasa malu ke?" Cikgu Shuhaimi meninggikan suara.

Hariz tersenyum puas. Jarumnya sudah mengena hasil dari lakonannya yang mantap.

"Tapi, cikgu....."Kayra cuba lagi pantas dicelah oleh Cikgu Shuhaimi.

"Saya betul-betul tak sangka, ada pelajar sekolah ini yang berkelakuan buruk seperti kamu. Sepatutnya kamu menjaga maruah awak Kayra, dengan rupa tak seberapa apalagi yang kamu ada? Kamu tak kasihankan mak ayah kamu ke? Kamu tu orang susah, Jangan kerana Hariz menolak cinta kamu, kerana kecewa kamu sanggup menjual maruah kamu. Saya tahu, kamu sebarkan gambar bogel kamu untuk melacurkan diri kamu kan? Sebelum keadaan menjadi buruk dan ramai pelajar terpengaruh dengan perangai kamu, sebelum perut kamu berisi, saya harus mengambil tindakan pada kamu. Ini amaran terakhir. Kalau kamu masih mengulangi kesilapan kamu, saya tak teragak nak gantung sekolah ataupun buang kamu dari sekolah ni. Saya akan rotan kamu sebanyak 10 kali di tangan. Saya tak mahu perkara begini berulang. Kamu akan menghadiri sesi kaunseling selepas ini! Faham?" Jerkah Cikgu Shuhaimi dengan tegas.

"Cikgu, saya tak bersalah. Kenapa cikgu begitu mudah menghukum atas kesalahan yang tidak saya lakukan? Saya tak bersalah cikgu, saya difitnah! Kalau diperhatikan betul-betul tulisan ni dengan tulisan saya, ada banyak perbezaannya, huruf 'a' ni tak sama dengan 'a' saya cikgu. Surat ni, bukan saya yang tulis. Pasal gambar tu pun saya tak tahu menahu. Saya ni nak makan pun tak ada duit, bagaimana saya boleh ada duit nak cuci gambar ni banyak-banyak dan sebarkan pada semua orang? Hariz, kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak? Tolonglah ceritakan hal sebenar pada cikgu. Saya merayu pada awak...."Air mata yang sudah lencun di pipi Kayra tidak mampu mengundang rasa simpati di hati Hariz. Hariz berdengus, perempuan ni memang tak guna betul. Bikin rosak rancangan aku! Memang nak kena lagi dengan aku. Aku paling pantang dengan orang yang cuba mengajar aku! Dia ingat dia siapa? Orang gaji aku, lagi tinggi tarafnya dari si buruk ni.

"Kayra, mengaku sajalah. Awak memanglah tak ada duit nak cuci gambar ni, tapi bapak ayam awakkan banyak duit? Jangan kerana saya tolak cinta awak, awak gadaikan maruah awak. Saya datang sekolah nak belajar, bukan nak bercinta. Tolong jangan ganggu saya lagi. Saya laporkan pada cikgu kerana saya dah tak tahan diganggu oleh awak. Cikgu, kalau begini jadinya lebih baik saya pindah sekolah lain, saya betul-betul tertekan cikgu!" Hariz menjayakan watak kaki kelentongnya sekali lagi. Cikgu Shuhaimi mula tertekan. Keliru dengan keputusannya.

"Sudah!" Jerkah Cikgu Shuhaimi dengan kuat. Kali pertama dia keliru dalam membuat keputusannya. Hatinya tersentuh dengan tangisan Kayra dan dia dapat melihat ada kejujuran dari mata itu. Tetapi, sukar untuk menyangkal aduan Hariz ini. Mungkin Kayra juga hanya berlakon kerana inginkan simpati dan lepas dari hukuman.

"Kayra!" Panggil Cikgu Shuhaimi dengan tegas sebelum menyambung. "Baik awak mengaku sebelum saya panggil ke dua ibu bapa awak ke sekolah? Awak ni benar-benar dah melampau! Saya dah dengar banyak rungutan dari cikgu tentang sikap pemalas kamu. Tak bawa buku ke sekolah lah, suka conteng bukulah! Ni buku latihan yang saya ambil ni, awak contengkan 'I love Hariz', awak boleh nak nafikan lagi?" Kayra tersentak dengan tuduhan terbaru itu. Buku latihan perdagangan itu sudah dua hari hilang. Dia sudah mengagak Hariz telah mencurinya. Kalau tidak masakan lelaki itu boleh meniru tulisannya.

Segala masalahnya ini bukan datang dari dia, tetapi Hariz. Lelaki yang begitu licik mengatur segala rancangan untuk menjatuhkan dan mengenakannya.

"Baiklah. Kalau cikgu anggap saya bersalah, saya tak berdaya lagi nak membantah. Cikgu boleh hukum saya apa saja, dan cikgu boleh panggil ibu bapa saya ke sekolah tapi saya tak akan mengaku kesalahan yang saya tak buat cikgu. Adil ialah menimbang sama berat, menyalahkan yang salah, membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim. Buku latihan saya tu sudah dua hari hilang, entah siapa pencurinya. Tak apalah, saya sedar siapa diri saya cikgu. Hodoh, buruk, selekeh dan miskin. Tak perlu cikgu nak ingatkan saya. Baiklah saya sedia dihukum kalau itu yang cikgu mahu!" Begitu lirih dan sendu suara itu benar-benar membuatkan Cikgu Shuhaimi serba salah dan keliru.

Namun, melihat Kayra mula menghulurkan tangannya untuk dirotan membuatkan Cikgu Shuhaimi menjalankan hukuman itu. Tetapi hanya tiga kali, rotan itu singgah di tangan Kayra. Simpati dan rasa bersalahnya begitu menggunung. Entah kenapa? Dia dapat merasakan yang Kayra tidak bersalah.

Kayra tidak merasakan sakit akibat dirotan. Tiba-tiba cikgu Shuhaimi berhenti.

"Kamu boleh keluar sekarang!" Pinta Cikgu Shuhaimi dengan tegas. Kayra tergamam melihatnya, namun segera keluar. Tertanya-tanya kenapa cikgu Shuhaimi tidak merotannya sebanyak 10 kali seperti yang dikatakan. Walaupun hanya tiga kali, namun begitu perlahan dan langsung tidak mendatangkan kesakitan.


(Ingin tahu perjalanan seterusnya, dapatkan Bidadari Salju di pasaran sekarang)