Ya
Allah, masinnya mulut aku!! Dania menelan
air liurnya. Dia memerhati
sekitarnya. Tiada kereta mahupun
motosikal yang melewati jalan. Ya
Allah, apa aku nak buat ni? Serta merta
dia tenggelam dalam situasi cemas dan mendebarkan kerana pertama kali dia
menyaksikan kemalangan secara langsung di depan matanya.
Dania meluru ke arah kereta itu dan
segera dia menunduk untuk melihat mangsa kemalangan. Kelihatan sepasang suami isteri bermandian
darah terperosok di dalam kereta itu.
Dania menekup mulutnya kerana
terlalu terkejut.
“Err....encik....encik!!” Panggil
Dania dengan kuatnya. Sambil itu matanya
meliar mencari kelibat manusia disekitar tempat kejadian.
“Ya Allah....apa aku nak buat
ni? Tolong.....!!! Tolong!!!!”
Dania menjerit meminta pertolongan.
Tiba-tiba dia terbau sesuatu, petrol kereta mula tumpah atas jalan.
Dania memegang kepalanya, Ya
Allah.....!! Janganlah kereta ini
terbakar pula kat sini.
“Encik,...encik....” Lelaki itu
bergerak sedikit begitu juga pasangannya.
“To....tolong...kami nak....”pinta
lelaki itu dengan nada suara yang lemah. Dania tiba-tiba terpandangkan seketul
batu sebesar penumbuk lalu dia mengambil batu itu.
“Encik tutup mata ya? Saya nak pecahkan cermin kereta ni. Encik dan isteri encik kena keluar segera!
Bimbang kalau kereta ni meletup ke, terbakar ke?”
Pranggg!!! Cermin kereta akhirnya
berjaya dipecahkan. Dania menggunakan sekuat tenaganya untuk menarik mangsa
keluar melalui cermin depan yang sudah dipecahkan.
Dania menarik isteri mangsa terlebih dahulu,
dengan berhati-hati kedengaran suaranya mengaduh sakit. Penuh berhati-hati Dania mengeluarkan
isterinya dari kereta. Berat gila badan
makcik ni, namun digagahi juga.
“Sabar...ya puan....”sempat lagi
Dania turut sama berkongsi sakit itu.
Berjaya! Kemudian Dania mengeluarkan suami mangsa pula. Syukur alhamdullilah, berjaya juga walaupun
tangannya berdarah.
Syukur alhamdullilah, Dania berjaya menyelamatkan mereka berdua. Dania mengurut dadanya tanda lega. Mujurlah
kereta itu masih belum terbakar ataupun meletup.
Isteri mangsa terbaring lemah dengan
kecederaan di kepalanya, manakala suaminya mengalami kecederaan di kaki dan
tangannya.
“Syukur alhamdullilah.
Encik...tunggu di sini ya? Saya pergi
dapatkan bantuan...” Dania segera berlari ke arah basikalnya lalu mengayuh
basikal menuju ke telefon awam yang terletak di hujung jalan sana. Namun, dia benar-benar kecewa dan marah
apabila telefon itu rosak dan tidak dapat digunakan.
Ya Allah, apa aku nak buat ni? Pergi minta bantuan orang lah! Dalam kekalutan Dania mencari bantuan, toyota
Harier milik Khaliff berhenti disisinya.
“Dania, kenapa ni? Awak nampak cemas sangat ni? Ya Allah,
darah! Kenapa dengan awak ni? Jatuh basikal ke? Mari saya bawa awak ke
hospital...” Khaliff menarik lengan Dania dengan segera. Dania segera menahan sambil menarik nafas
yang tercungap-cungap keletihan. Dania
hanya mampu mengelengkan kepalanya dulu.
“Bukan darah saya, tapi ada orang
kemalangan kat hujung jalan sana tu.
Mangsa cedera parah, keretanya terbalik.
Phone ni rosak, saya tak tahu nak buat apa ni? Tolong Khaliff, saya buntu!!” Dania mengurut
dadanya berulang kali.
“Ya Allah, jom kita ke sana
sekarang. Basikal ni, awak letak dulu
kat sini. Mari naik kereta saya! Saya call ambulans sekarang!”
Sampai ke tempat kemalangan, Khaliff
benar-benar terkejut. Rupa-rupanya umi dan babahnya yang menjadi mangsa
kemalangan itu. Mengucap panjang
Khaliff.
Bab
3
Sudah hampir dua jam umi dan babah
Khaliff dirawat dalam wad kecemasan.
Khaliff benar-benar risau dan tidak senang duduk. Sekejap bangun, sekejap berdiri, mundar mandir dia ke sana ke mari.
“Sabarlah awak. Banyakkan berdoa agar umi dan babah awak
selamat.” Dania juga turut mengikut Khaliff ke hospital kerana dia benar-benar
risaukan keadaan mangsa kemalangan yang diselamatkan itu. Lagipun, Khaliff yang memintanya memangku
uminya yang luka parah di kepala.
Begitu kusut dan serabut sekali diri
Khaliff tatkala ini. Dia benar-benar
diamuk resah dan bimbang.
“Terima kasih Dania kerana dah
selamatkan nyawa umi dan babah saya.
Kalau awak tak keluarkan mereka dari kereta tu, saya tak tahulah
bagaimana nasib mereka. Saya berhutang
nyawa dengan awak. Kereta tu pun, dah terbakar.” Ucap Khaliff dengan suara yang
begitu lirih. Matanya sarat dengan
kesedihan dan kerisauan.
“Sabarlah awak. Awak jangan risau,
saya yakin mereka akan selamat.
Banyak-banyakkanlah berdoa...”
Syukur alhamdullilah, doktor yang
merawat umi dan babah Khaliff memaklumkan yang
mereka selamat serta tiada kecederaan yang serius. Babah Khaliff telah pun sedar dan tulang
tangannya patah manakala uminya masih belum sedar tapi pendarahan di kepalanya
sudah berhenti dan dia dilaporkan stabil.
Dania
dan Khaliff masuk melawat umi yang masih belum sedar kemudian melawat babah
Khaliff pula yang sudah pun sedar.
“Babah...babah okey?”Soal Khaliff
dengan risau. Johari tersenyum kemudian
matanya tertancap ke arah seraut wajah yang sudah berjasa kepadanya.
“Babah okey. Nak..., terima kasih kerana selamatkan pakcik
dan makcik. Budi baik anak, hanya Allah
sahaja yang membalasnya...”ucap Johari dengan penuh terharu. Dania tersenyum.
“Yang penting pakcik dan makcik
selamat. Saya hanya menolong sekadar
yang termampu sahaja.”Luah Dania dengan lembut.
Johari mengangguk. Tiba-tiba Dania teringatkan sesuatu. Mulutnya terlopong dan mukanya cemas.
“Ya Allah, dah lama saya kat
sini. Saya tinggalkan ayah saya
sorang-sorang...”kata Dania dengan wajah risau.
Bimbang dengan keadaan ayahnya yang lumpuh itu menguruskan dirinya seorang
diri.
“Jom saya hantarkan awak balik. Babah,
Khaliff hantarkan Dania pulang. Nanti
Khaliff datang semula..”
“Ya
Allah...!!” Terbeliak mata Dania melihat kepulan asap yang terbit dari api yang
marak, begitu rakus menjilat rumahnya.
Dania segera berlari keluar dari kereta.
Jantungnya bagaikan tercampak keluar, dia benar-benar cemas dan bimbang
dengan keselamatan ayahnya.
“Ayah...............!!!!!” Jerit Dania dengan kuat sekali. Air mata terus jatuh berjuraian ke pipi. Pihak bomba dan penyelamat sedang bertungkus
lumus memadamkan api. Dania terus
menjerit-jerit dan berlari pantas ke arah rumahnya. Tiba-tiba badannya disambar. Dania terus meronta-ronta sambil matanya
tidak lepas-lepas memandang ke arah rumahnya yang sedang dijilat api yang marak
itu. Dia memikirkan betapa menderitanya
ayahnya yang terpaksa menahan kepanasan.
Ya Allah selamatkan ayah aku....
“Lepaskan saya....ayah saya ada kat
dalam tu....ayah saya lumpuh, macam mana dia nak selamatkan dirinya...Ya
Allah....Ayah....Tunggu Nia, Nia nak selamatkan ayah....Ayah....” Dania terus
meraung. Khaliff terpaksa memeluk Dania
yang sudah seperti hilang akal itu.
Dania terus meratap sayu, menangis
dan meraung sekuat hatinya. Ayahnya
tidak dapat diselamatkan kerana api sudah semakin marak menjilat rumah Dania.
sambung lagi kak Mia
ReplyDeletekasihannya Dania...x sabar nak tahu kisah selanjutnya
ReplyDeletesalam..best la k.mia..nak lgi..;)
ReplyDeletebestt la..nk lgi k.mia
ReplyDeleteitu lh takdir ketentuan ilahi...dgn menyelamat kn org lain dlm kemalangan dania kini adelh yatim piatu...seolah bertukar ajal..namun usah lh nia menyalah kn diri dgn pemergian bapa tercinta.ape pun yg terjadi sume adelh ketentuan ALLAH SWT,pasti ade hikmah nye atas ape pun pemberian pd hamba nye..bartabah lh dania,setiap ape yg ALLAH beri kn pd hamba nye ia pasti kite masih bolih meredhai nye...dn mampu sebagai hamba nye.amin...
ReplyDelete