“Perempuan jenis apa dia tu? Mulut, macam meriam
buluh. Patutnya kita tak payah tolong perempuan tadi. Menyusahkan saja,
menyesal tak sudah aku!” Rungut Khalish Aqimie setelah kereta kembali meluncur
di atas jalan raya.
Muaz
tergelak besar. Bukan apa, dia hairan sangat kenapa gadis itu tidak mengenali
Khalish Aqimie? Siap berani melaser sahabatnya ini sesedap mulut tidak
berinsurans. Memang terkena nampaknya buku dengan ruas.
“Yang
kau ketawa ni kenapa? Sukalah, tengok aku kena kutuk! Hishh, memang pantang
betul aku, perempuan jenis macam ni! Kalau aku jumpa dia lagi, memang siap lah
dengan aku!” Tambah Khalish Aqimie.
Muaz
masih ketawa lagi, sampai berair matanya. Hahaahahahahahaha!!!!!
“Kau
ni Qimie, yang kau sentap sangat dengan perempuan tadi tu kenapa? Semua perempuan tak tak pernah berjenis kat mata kau. Kita dan dia,
sama-sama salah. Tak ada siapa pun yang betul. Sama-sama melaser tadi, so
sama-sama lah sakit hati. Tapi, serius perempuan tadi memang lain dari yang
lain. Ada ke patut, dia langsung tak kenal kau! Pelakon paling popular dan artis paling popular ni!!! Hahahahaa.... lepas tu selamba pula dia menyedas kau kaw-kaw punya. Selamba ja sound direct, tapi
menyentap sampai ke urat kentut. Ingat kan kau dah cukup glamour Qimie,
rupa-rupanya belum lagi nampaknya. Ada orang masih belum kenal kau lagi. Aku
dan kau kena kerja keras lagi lah lepas ni, supaya tak kena sembur lagi macam
tadi! Lebih-lebih dengan perempuan tadi! Hahahaha…..” ujar Muaz lagi.
Khalish
Aqimie terdiam mendengarnya. Memang dia pelik, seingatnya tidak pernah ada yang
tidak kenal dia. Terutamanya perempuan, nampak sahaja kelibat dia memang histeria
jadinya. Sampaikan dia terpaksa menyamar kalau keluar bersendirian untuk
mengelak dari dikenali dan dikerumuni peminat.
“Dah
la kau ni! Sikit-sikit gelak cukuplah! Kau pun sama yek macam perempuan tadi,
menyakitkan hati aku je. Tapi kalau aku jumpa lagi, memang kena dengan aku. Aku akan pastikan, aku balas balik perbuatan dia cukup-cukup,”
balas Khalish Aqimie dengan geram. Muaz tergelak sambil mengelengkan kepalanya.
“Kau
tak berhenti fikir pasal perempuan tu kan? Kenapa? Kata marah sangat tapi,
bukan main lagi harapkan pertemuan ke dua dengan dia!” Sindir Muaz sambil
tersengih nakal.
“Stop
it Muaz, jangan nak naikkan darah aku!” Balas Khalish Aqimie yang tanpa sedar,
dia memang memikirkan gadis tadi.
“Iyalah,
aku tau kau penat. Penat kerja, pastu perempuan poyo tu menambahkan lagi penat kau. Hai, macam-macam hal lah, dulu kau sendiri cakap, alangkah
seronoknya kalau kau dapat keluar dengan bebas tanpa ada orang yang kenal kau.
Kan tadi, impian kau dah jadi kenyataan. Tapi kenyataan yang menakutkan lah
pula, ada ke patut dia kata muka kau iras penjenayah yang dikehendaki polis?
Hahahahaha…..” gelak Muaz sambil
mengelengkan kepalanya. Khalish Aqimie mengetap bibir dengan geram.
“Stop
it, Muaz!!!” Balas Khalish Aqimie dengan geram, namun Muaz sambil gelak sampai
berair matanya.
AUFA Dhiya berjalan perlahan-lahan dengan kaki yang terhenjut-henjut. Tidak
fasal-fasal menjadi mangsa kemalangan pula hari ini. Mujur le mamat dua ekor
tu, tak langgar lari. Aufa Dhiya ketawa mengekek sendirian. Puas hatinya dapat mengenakan mamat poyo itu tadi. Dia ingat dia hebat sangat ke? Sesedap mulut sahaja melaser aku, uhhhh!!!
Mujur
lah luka di kakinya dan lengannya tidak parah sangat. Kalau tidak, berparut bagai, kang dah kurang kos duit hantaran kahwin. Apa yang paling syok, dapat cuti sakit dua
hari. Tapi yang tak syoknya, bertimbunlah fail akaun yang perlu dilangsaikan nanti. Adeeehhhh....
“Aufa?
Kenapa ni sayang? Kaki dan tangan sayang berbalut ni?” Tiba-tiba muncul Wan
Katek menegur Aufa Dhiya. Aufa Dhiya melepas keluhan. Menyampah betul lah mendengar lelaki ini memanggil dia sayang.
‘Tapi, cup…cup…cup! Macam
mana pula mamat sengal ni boleh ada kat kawasan flat aku ni? Setahu aku, dia
tinggal kat tempat lain. Adui, pening kepala macam ni, cukuplah aku naik gila
melayan dia di opis.’
“Macam
mana kau boleh ada kat sini?” Tanya Aufa Dhiya dengan nada yang keras.
Wan
Katek tersengih gatal. Memandang Aufa Dhiya membuatkan dia melayang-layang ke langit ke tujuh.
“Err,
Wan baru je pindah kat sini. Kat sebelah rumah Aufa. Wan fikir ini je caranya
nak dekat-dekat dengan Aufa selalu. Wan asyik angau je, kalau berjauhan. Kita
jumpa pun kat opis je, mana cukup tak leraikan rindu asmara ni,”cerita Wan
Katek lagi dengan nada romantis.
Terkejut
beruk Aufa Dhiya mendengarnya. Bagaikan malapetaka baru bakal melanda dalam
hidupnya. Tidak...Tidakkkkkkkk!!!!!!! Dia melolong dalam hati.
“Apa?
Awak pindah kat sini? Kat sebelah rumah saya?” Jerkah Aufa Dhiya. Wan Katek menahan bingit ditelinganya. Kuat gila perempuan ini menjerit, tapi begitu merdu pula. Dia suka sangat.
“Iyalah
sayang, lepas ni sayang takkan terlepas dari pandangan Wan.” Balas Wan Katek dengan sengihan yang maha gatal peringkat terbabas.
Aufa
Dhiya mengetap bibirnya dengan geram. Kepalanya bagaikan mahu meletup. Tertekan
sangat-sangat. Adoiii, sakit kepalaku! Memang mamat ni nak kena sembur dengan bisa mulut aku!
“Apa
masalah awak ni? Yang awak tergedik-gedik nak pindah sebelah rumah saya ni
kenapa? Eeee, rimaslah….Awak ingat saya suka sangat ke, tengok muka awak ni? Awak tak faham-faham ke yang saya tak boleh suka awak!”
Aufa Dhiya meluah kata. Wan Katek tergelak mendengarnya. Alahai, betapa manisnya bicara kekasih hatiku ini. Membawa aku melayang ke Laut Cina Selatan.
“Saya
tahu darling, awak tak suka saya. Tapi itu untuk hari ni, bukan untuk esok, lusa, tulat , tunggeng dan terbalik. Saya yakin, awak akan jatuh cinta dengan saya juga suatu saat
nanti. Saya tak ada masalah pun nak tunggu hari tu. Sampai saya berkedut luar dan dalam pun, saya sanggup tunggu... Love you sayang, umuahhh 14 juta pound!” Wan Katek berkata selamba kemudian memuncungkan mulutnya.
Aufa Dhiya merasakan telinganya berasap, kepalanya sudah mendidih dan berbunyi bagai cerek yang airnya sudah masak. Kecik, besar, kecil besar saja Wan Katek dimatanya. Rasa mahu dipukul kepala botak tu sampai badannya bertambah katek macam ayam katek.
“Argghhh,
lantak awak lah!” Aufa Dhiya sudah malas untuk berkata apa lagi, kerana
kepalanya sudah pening melayan karenah lelaki ini. Letih sudah hendak melayan.
Dia
meneruskan langkahnya menuju ke rumah. Wan Katek terus mengekorinya dari belakang.
“Sayang,
kenapa dengan kaki awak tu? Saya tanya dari tadi kan?” Tanya Wan Katek dengan
bimbang.
“Walaupun
kaki saya putus sekalipun, saya tak akan beritahu awak sebabnya, jangan
menyibuklah!” Marah Aufa Dhiya dengan geram. Wan Katek tergelak kecil.
“Sayang,
kalau makin marah makin seksi, geram Wan tengok! Salina Gomez pun, tak boleh lawan
tau,” Usik lelaki itu lagi.
Aufa
Dhiya tanpa mempedulikan lelaki itu, terus mengatur langkah sampai ke pintu
rumah. Wan Katek pula berada di rumah barunya yang berada bersebelahan Aufa
Dhiya.
“Sayang,
ini rumah Wan tau! Kalau ada apa-apa masalah, beritahu saya tau. Saya sedia
berkhidmat pada bila-bila masa, dimana pun jua. Sayang hanya perlu memanggil abang saja,” ujar Wan Katek sambil tersengih-sengih. Aufa Dhiya menjeling
lelaki itu tajam lalu membuka pintu rumah dan masuk ke dalam. Buat sakit hati betul. Grrrrrrr...
Sampai ke dalam rumah, kelihatan Aminim dan Hasnidar
sedang makan maggi sambil menonton televisyen. Biasalah hujung-hujung bulan
ini, makan maggi untuk menjimatkan belanja.
Aufa
Dhiya memberi salam dan duduk di kusyen berhadapan dengan Hasnidar dan Aminim.
“Wei,
apasal kaki kau ni? Dengan lengan berbalut?” Tanya Hasnidar yang menjeling
sekejap kemudian menyambung aktivitinya menonton drama di TV. Alamak, iklan
pula, adehhhh... baru nak menyulam cinta dengan pelakon terkacak Aqimie.
“Accident
tadi,” beritahu Aufa Dhiya membuatkan kedua-duanya terkejut. Aminim mencelah.
“Apa?
Accident? Macam mana boleh accident pula ni? Kau langgar orang ke, orang
langgar kau?”
“Orang
le langgar aku, gila betul mamat poyo tu! Dah langgar aku, berlagak nak mampus pulak tu!
Mujur sikit je, dapat juga aku ganti rugi.” Jawab Aufa Dhiya.
Hasnidar
dan Aminim mengelengkan kepala. Faham sangat dengan tabiat suka merempit Aufa Dhiya ini.
“Macam-macamlah
kau ni, itulah bawak motor macam minah rempit. Kan dah accident. Mujurlah
tangan kau je tersagat, kalau dengan muka sekali, jangan kata Wan Katek,
pengemis tepi jalan pun tak nak dengan kau,” kata Aminim bersahaja. Aufa Dhiya hanya mencebik. Tiba-tiba
teringatkan pertemuannya dengan Wan Katek tadi.
“Eh,
korang tau tak, Wan Katek dah pindah kat sebelah rumah kita?” Tanya Aufa Dhiya.
Aminim
dan Hasnidar tergelak kecil mendengarnya.
“Tahu,
dia yang suruh kami adjust dengan Tuan Rumah sebelah, hahahaha…..” Hasnidar
menokoknya. Bulat mata Aufa Dhiya mendengarnya.
“Apa?
So korang lah yang pandai-pandai suruh mamat sengal tu pindah kat sini?” Marah
Aufa Dhiya. Hasnidar segera menjawab.
“Kau
ni, itu pun nak marah. Dah dia tergila-gilakan kau sangat. Lagipun, hanya dia
je satu-satunya lelaki yang nak kan kau, tak reti nak putus asa langsung.
Kesian dia, macam-macam dia sanggup lakukan demi untuk kau. Tapi kau sipi mata
pun tak pandang dia. Kami ni, nak bagi kau peluang untuk kenal dia dengan lebih
rapat lagi. Kalau kau reject, aku berani kerat jari tak akan ada lelaki lain
dah yang nak kan kau dengan muka kau yang tak secantik kami ni! Percayalah! Hanya
dia satu-satunya lelaki kat dunia ni, yang cintakan kau.”
Aminim
menambah lagi, “ Ahah, betul tu. Aku sokong 100%.”
Aufa
Dhiya merengus geram. Sakit hati betul dengan perangai rakan serumahnya yang
satu ini. Suka benar mahu merapatkan hubungannya dengan Wan Katek itu.
“Sudahlah,
buat sakit hati je cakap dengan korang ni!” Balas Aufa Dhiya.
“Hmm,
kami pun malas nak cakap dengan kau ni. Kami ni tengah menonton drama bakal
suami kami. Baik kau masuk bilik kau, tidur. Ganggu konsentrasi je,” balas
Aminim selamba.
Aufa
Dhiya mengambil bantal kusyen lalu membaling ke arah Aminim lalu bergegas masuk
dalam bilik sambil ketawa nakal. Padam muka budak dua ekor tu!
smbng lgi.. hehe
ReplyDeletetqvm Ruuna
ReplyDeleteOsem3 ^^
ReplyDeletebile nk sambung neh dek..
ReplyDelete