Hampir seminggu pemergian ayah Dania ke rahmatullah kerana terkorban dalam kebakaran tragis itu. Khaliff sentiasa setia berada disisi Dania menguruskan tempat tinggal dan makan minumnya. Siapa lagi yang harus diharapkan? Rumahnya hangus dijilat api. Dania kini anak yatim piatu yang tidak mempunyai saudara mara terdekat. Dia sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana tinggalnya saudara mara arwah ayah dan emaknya kerana kebanyakannya tinggal di Sarawak. Lagipun ayah dan emaknya tidak pernah menceritakan apa-apa pun padanya mengenai saudara maranya disana dan tidak pernah saling menghubungi antara satu sama lain.
“Dania, makan sikit. Dah seminggu Dania hilang selera makan.” Pujuk Khaliff dengan lembut.
Mak Munah, orang gaji Khaliff telah di bawa ke sini untuk menjaga Dania di Home stay yang di sewa untuk Dania tinggal. Khaliff rasa bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Sangat kasihan memikirkan nasib Dania. Kalau Dania tidak bersamanya menyelamatkan umi dan babah tempoh hari, mungkin nasib Dania tidak begini malang. Ya Allah, tabahkanlah hati Dania untuk menempuhi segala dugaan ini. Berikanlah dia kekuatan untuk meneruskan hari mukanya.
Dania mengelengkan kepalanya. Selera makannya bagaikan mati. Wajahnya murung dan sedih. Air mata berlinangan lagi. Matanya tertancap ke arah slip peperiksaan STPM nya yang baru diambil pagi tadi. Dia mendapat 5 prinsipal, dengan gred A dalam semua mata pelajaran. Dia merupakan pelajar terbaik STPM di sekolahnya. Sepatutnya berita gembira ini dikongsi bersama ayahnya yang pasti berbangga dengannya. Ucapan tahniah yang datang silih berganti dari guru dan teman-temannya tidak mampu mengusir kesedihan yang dirasainya kini. Dia hilang tempat bergantung dan dia sudah bergelar anak yatim.
“Dania...”panggil Khaliff lembut tatkala melihat mata bundar itu menerbitkan mutiara jernih entah kali ke berapa.
“Khaliff tahu, Nia sedih tapi Nia kena kuatkan semangat. Mati itu pasti bagi sesiapa sahaja. Semua ini takdir, redakan pemergiaan ayah Nia, kalau arwah tahu yang Nia asyik menangis siang malam, sampai tak lalu makan, arwah tentu sedih dan tak tenang bersemadi disana. Hidup perlu diteruskan. Nia jangan risau, memang kita ni tiada pertalian, tapi Khaliff tak akan biarkan Nia sendiri. Khaliff akan berada disisi Nia. Khaliff akan jaga Nia seperti menjaga nyawa Khaliff sendiri.” Pujuk Khaliff lagi yang sejak seminggu tidak pernah berputus asa memberikan kata-kata semangat untuk Dania bangkit dari kesedihan.
Mendengarnya membuatkan Dania berada dadanya mahu pecah menahan sebak.
“Nia dah tak ada siapa-siapa lagi...Nia dah jadi anak yatim piatu...mak dah tinggalkan Nia, ayah dah tinggalkan Nia...Siapa lagi yang Nia ada? Semua dah pergi tinggalkan Nia, apa salah dan dosa Nia,” hilang semangat Dania meluahkan kepiluan hatinya. tiba-tiba bahunya disentuhnya. Dania segera menoleh. Umi, Khaliff? Wanita sebaya arwah emaknya itu tersenyum padanya.
“Siapa kata Nia bersendiri? Nia ada umi, Nia ada babah. Mulai hari ini, kami adalah keluarga Nia. Nia dah selamatkan nyawa umi dan babah, kami terhutang nyawa dengan Nia. Izinkan kami menganggap Nia sebagai anak kandung kami sendiri.” Pujuk Maimun dengan lembut.
Dania terkesima mendengarnya. Ya Allah, beginikah nasibnya? Hidup menumpang atas ehsan orang lain? Dia tidak mampu menyusahkan orang lain terutama dari orang yang tidak dikenalinya. Siapa Khaliff, umi dan babahnya? Dania akui, dia kini bergantung hidup dengan Khaliff yang begitu prihatin dengan keperluannya. Tapi, jika dia bersendiri kemana dia harus pergi? Dia sudah tiada sesiapapun dalam dunia ini. Rumahnya sudah hangus terbakar. Dia sudah hilang tempat bergantung dan tempat berteduh.
“Nia tak mahu hidup menyusahkan orang lain. Nia tak mahu berhutang budi seumur hidup....”balas Dania dengan sayu.
Maimun memeluk Dania dan mengelus rambut Dania dengan lembut seakan menumpahkan rasa kasih seorang ibu kepada Dania.
“Nia. Sebenarnya, umi dan babah yang berhutang budi dan nyawa dengan Nia seumur hidup kami. Umi sebenarnya teringin nak mempunyai anak perempuan semanis Nia, Alhamdullilah hari ini doa umi telah pun dimakbulkan. Nia jangan fikirkan yang Nia akan menyusahkan kami kerana kasih sayang pada Nia tak ubah seperti anak kandung kami sendiri. Pertama kali umi tengok Nia, umi dah jatuh sayang dengan Nia. Umi dan babah berjanji, tak akan sia-siakan Nia dan pastikan Nia akan gembira dan bahagia bersama kami. Masa depan Nia pun, tak akan kami sia-siakan. Percayalah......”
Air mata Dania diseka oleh Maimun dan Dania terus mengeratkan pelukannya kerana rasa terharu.
Pertama kali melangkah kaki di banglo milik keluarga Khaliff membuatkan Dania rasa kagum melihat keindahan hiasan dalamannya. Cantik, mewah dan sangat menenangkan hati kerana warna hijau lembut dipilih untuk menatari seluruh ruang banglo mewah ini. Tiba-tiba Dania rasa dirinya begitu kerdil disini. Tidak layak untuknya menikmati kemewahan ini kerana dia hanyalah anak seorang pemandu lori. Hidupnya hanya serba kekurangan. Dania rasa benar-benar rendah diri. Dia bersetuju untuk mengikut Khaliff dan keluarganya pulang kerana mereka tidak berputus asa memujuk dan sentiasa berada disisinya.Dania dilayan oleh umi dan babah Khaliff seperti anak kandung mereka sendiri.
“Nia, tunggu apalagi? Jom masuk sayang?”Ajak Maimun dengan mesra sambil memeluk bahu Dania. Dania mengangguk dan tersenyum nipis. Kaki mula melangkah masuk.
“Nia, babah harap Nia janganlah rasa rendah diri ke malu ke.... anggap ni adalah rumah Nia juga. Mari....”Ajak Johari pula dengan ramahnya. Dania akhirnya mula menyelesakan diri.
Dania mengangguk tanda akur. Khaliff hanya memerhati dan senyuman yang tidak putus dibibir. Hatinya gembira kerana mulai hari ini, wajah Dania akan selalu ditatap dan dia akan selalu berada disisi Dania. Hmm, sebagai adik ke? Itu, dia akan fikirkan kemudian. Tapi rasanya kurang enak, jika hanya digelar adik kerana Dania sudah berpadu dalam aliran nafasnya.
Alhamdullilah,Dania diberi sebuah kamar tidur yang begitu cantik, luas dan selesa. Perabotnya juga mewah. Tidak menyangka begitu istimewa sekali layanan keluarga Khaliff padanya.
'Bertuah ke aku, kerana menjadi anak angkat mereka? Tidak, walau macam mana sekalipun baiknya mereka terhadap aku, mereka tetap orang luar dan aku hanya menumpang ehsan mereka. Aku tidak harus berdiam dan bergoyang kaki di sini. Aku harus membantu umi membuat kerja-kerja rumah, kalau aku menjadi orang gaji pun aku sanggup.'
baiknya kluarga khaliff..
ReplyDeleteTitanium TV - Titanium Arts, Inc.
ReplyDeleteTitanium TV. Titanium is an arcade game titanium bikes developed garmin fenix 6x pro solar titanium by columbia titanium boots Titanium price of titanium in 1980. It is based on the arcade game from T.P. Ltd. micro touch hair trimmer and also is a Role-Playing (
hm778 cheap nfl jerseys,Cheap Jerseys free shipping,wholesale nfl jerseys,Cheap Jerseys free shipping,Cheap Jerseys china,nfl jerseys,nfl jerseys,Cheap Jerseys free shipping,nfl shop xa317
ReplyDelete