“You ni, langsung tak pedulikan I. I ni isteri you,
tanggungjawab you Edry?”Tengking Engku Adiba, sepupu yang disuruh kahwin
dengannya.
Dia
pun tak teringin langsung, tapi sudah didesak mummy terpaksa juga akhirnya. Dia
benar-benar berserabut kepala otak apabila berada di sisi isterinya itu. Engku
Adiba benar-benar membosankan. Tidak dinafikan perempuan ini cantik, tapi
entahlah kecantikannya itu menyakitkan hati Engku Edry Ashman. Tak berguna satu
sen pun.
“I
rasa I dah terlebih pedulikan you sampai you dah
pijak-pijak kepala I. Sebenarnya I bangga sangat dapat isteri
macam you ni asyik sibuk menghabiskan duit I bukannya sibuk nak menjaga
makan minum dan pakai I. Sepanjang tiga bulan bulan, dah berapa banyak
duit I habis sebab you! Of course I bahagia sangat,” marah
Engku Edry Ashman.
“You
jangan nak sindir-sindir I, ingat I tahan sangat ke dengan
perangai you yang kaki betina ni?” Soal Engku Adiba berulang kali.
“Habis
tu, you tu apa? Kaki jantan juga kan, kaki pengikis. I ni, satu
sen pun tak pernah ambil duit you tau. Kerja you asyik bercuti
satu dunia, habiskan duit I. Rasanya kalau ke Planet Pluto pun boleh
melancong, dah lama you pergi kan?
You
kahwin dengan I sebab nak kikis duit I kan? Itu tujuan you.
Tiga bulan kita kahwin, dah berapa banyak duit I habis untuk you. Dalam
masa dua hari saja, you dah menghabiskan duit I sebanyak RM100 ribu
sayang, bukannya RM1. You buat apa dengan duit tu? Bagi makan anak-anak
ikan you?” Sindir Engku Edry
Ashman dengan geram.
Kedua-dua
bekas isteri dan isterinya ini memang sama sahaja perangai. Suka benar
menjahanamkan harta benda dan menghabiskan duitnya. Mata duitan, pemalas, kaki disko dan
segala-galanya yang buruk memang menjadi tabiat isteri dan bekas-bekas
isterinya.
'Amboi,
suluh diri sendiri dulu, macamlah kau baik sangat. Itu je jodoh yang sesuai
untuk lelaki macam kau.' sempat berleter pada dirinya sendiri.
Pucat
lesi muka Engku Adiba mendengarnya. Memang pun dia sengaja menghabiskan duit
sebanyak tu kerana dia fikir peluang yang tinggal ini harus digunakan sebaik
mungkin untuk menghabiskan duit lelaki ini sebelum dia diceraikan seperti
bekas-bekas isteri Engku Edry Ashman yang lain.
Pucat
muka Engku Adiba. Almaklumlah, kata-kata suaminya memang betul sama sekali.
“You
berkira dengan I? I isteri you, I berhak atas
setiap duit you.” Engku Adiba sikit mengendur suaranya.Almaklumlah buat salah,
takutlah jawabnya.
“Memang
you berhak, tapi bukan melampau sampai macam ni. Mulai hari ni, I
dah block kad kredit you. I memang dah bosan hidup dengan
perempuan pengikis macam you. Faham?” Tengking Engku Edry dengan geram.
“Edry!
You tak boleh buat I macam ni,” Suara Engku Adiba yang meninggi
itu dibiarkan sahaja. Dia sudah jemu dan jelek dengan perempuan pisau cukur
seperti Engku Adiba. Hendak berbincang
pun buang masa saja.
Arghhhh,
kenapa mummy memilih perempuan begini sebagai isterinya? Kononnya sepupunya ini
akan membuatkan dia bahagia. Tapi, membosankan! Menjelekkan hati! Kalau boleh
mahu sahaja dia menendang perempuan ini keluar dari rumahnya.
4
SEBAIK sahaja tiba di Villa Sentosa, Engku Edry Ashman melihat mummy
nya sedang mundar-mandir kerana menantinya. Isterinya, Engku Adiba pula sedang
duduk di sofa sambil menangis teresak-esak. Entah apa agaknya yang sedihnya
sangat? Orang kata, bila terhantuk, barulah tergadah.
Tentu
baru lepas kena marah dengan mummy. Mulut mummy memang tidak dinafikan lasernya
sangat luar biasa.
Dia
langsung tidak marah apabila mummynya memaklumkan yang Engku Adiba di tangkap
khalwat di Kuala Lumpur bersama dua orang lelaki kerana rumahtangganya memang
sudah hilang kemanisan dan dia sebenarnya memang sudah jemu dengan Engku Adiba
biarpun perkahwinan mereka baru 3 bulan. Mereka sudah dua bulan tinggal
berasingan dan membawa haluan masing-masing.
Engku
Adiba pergi ke Kuala Lumpur pun tanpa pengetahuan Engku Edry Ashman.
“Mummy,
kenapa marah-marah ni? Dahlah, mummy, benda nak jadi kan? Mummy pancung leher
Adiba pun tak guna, mummy!” Tegur Engku Edry Ashman.
Engku
Adiba, sepupu merangkap isterinya itu mengangkat kepala apabila mendengar
suaranya.
“Mana
mummy tak marah, mummy malu tau tak? Menantu mummy kena tangkap khalwat? Hei
Diba, yang kau bodoh sangat ni kenapa? Kot yea pun nak tidur dengan mana-mana
jantan sekalipun, pergilah cari tempat-tempat yang selamat sikit.
Tak
kan tak tahu, Malaysia ni macam mana? Pandai makan, pandailah simpan! Dah jadi
macam ni, tak ke memalukan je? Seronok masuk berita semalam? Menantu Engku
Erman di tangkap khalwat.” Bising Engku Ejah dengan geram.
“Yang
kamu ni, Edry apasal senyap je? Tak mengamuk dengar isteri Edry kena tangkap
khalwat? Macam happy je?” Soal Engku Ejah dengan bengang. Ingatkan kahwin satu keturunan,
bolehlah bahagia, tapi rupa-rupanya bakal musnah juga rumahtangga anaknya ini
buat ke ketiga kalinya.
Engku
Edry Ashman tersenyum nipis. Memang dia gembira mendengar berita ini kerana dia
sudah mempunyai alasan kukuh untuk menceraikan Engku Adiba yang amat menjemukan
ini.
Otaknya
sekarang ini ligat memikirkan talak berapa yang bakal dihadiahkan buat
isterinya ini. 1,2 atau 3?
“Buat
apa serabut kepala mummy nak marah-marah, buat mummy nampak tua ja! Cuba sayang
sikit kedut-kedut kat muka mummy tu. Nak mengamuk pada Adiba pun tak guna,
lagipun dayus lah tampar-tampar perempuan. Edry kan jenis cool!
Edry bercerai jelah dengan dia, habis cerita.
Dia kan dah jemu dengan Edry sebab tu sanggup usung jantan-jantan tu. Lepas ni,
bolehlah dia kahwin dengan kekasih-kekasih dia tu! Biar lelaki tu pula tanggung
betina pengikis ni! Edry dah tak larat!” Mudah Engku Edry Ashman menuturkannya.
Engku
Adiba mengetap bibir geram. Bukan dia tidak tahu, Engku Edry memang tidak
pernah ada sekelumit pun perasaan padanya. Perceraian memang ditunggu-tunggu
selama ini.
Perkahwinan
yang hanya manis dalam masa seminggu. Bila jemu di buangnya begitu sahaja. Dia
juga ada perasaan, ingin disayangi. Dia bertindak curang kerana Engku Edry
Ashman tidak pernah mempedulikan dia. Hanya nafkah zahir yang diberikan
sedangkan nafkah batinnya terabai.
“You
memang tak pernah kisahkan I kan? Hei, you sendiri pun selalu
mengusung perempuan ke bilik tidur. Ingat I tak tahu? You ingat you
baik sangat? I curang dengan you, kerana I selalu
diabaikan!” Marah Engku Adiba dengan deraian air mata. Engku Edry Ashman
tersenyum nipis.
“You
jangan nak tunjuk baiklah, Engku Adiba. Jangan ingat I tak tahu siapa
diri you. First time I sentuh you, you dah
bekas orang dear! Kalau you boleh murah berikan harga diri you
untuk lelaki yang bukan suami, bila-bila masa saja you akan curang
dengan I!” Sindir Engku Edry Ashman tersenyum sinis.
'Perempuan
macam ni, tak layak jadi isteri aku sampai tua gayut. Cukuplah tiga bulan saja,
lupakan saja. Tendang saja keluar dari pintu, buat menyemak hidup dan buang
masa saja.' Desis hati Engku Edry Ashman.
“Kalau
I bekas orang, you tu? Apa? Sebelum kahwin dengan I pun,
berapa banyak perempuan yang you dah usung? Kalau nak kan perempuan baik
sebagai isteri, cermin diri you tu dulu! I memang malang kerana
jadi isteri you, tau tak?” Tengking Engku Adiba dengan marah. Engku Edry Ashman mengangkat tangan tanda
mengalah namun masih dengan muka selamba badak sumbunya. Kalau lelaki lain,
mahunya lunyai muka perempuan ini kena penampar.
“Okey,
kita memang sama-sama malang. I malang jadi suami you, dan you
pun malang jadi isteri I. I mengaku, I pun bekas orang, sama seperti you.
I mengaku I memang suami yang
jahat, tak layak jadi isteri yang 'baik sangat' macam you!
Jadi, moleklah kiranya kalau I
menghilangkan nasib malang you tu sekarang supaya you, tak ditangkap
khalwat lagi. You boleh kahwin dengan kekasih you dan hidup
bahagia. Kalau tak, nanti letih pula pegawai pejabat agama tu nak tangkap you
banyak-banyak kali. Wartawan TV pun, dah jemu nak tulis cerita pasal you
banyak kali.
Engku
Adiba Engku Kamaruddin, aku Engku Edry Ashman Engku Erman, ceraikan kau dengan
talak satu! Puas hati?” Terus Engku Edry Ashman keluar dari Villa Sentosa
dengan perasaan yang lega dan seronok. Perkahwinan buat kali ketiganya, gagal
lagi. Tapi dia tidak kisah, seronok bagai burung yang dibebaskan dari sangkar.
'Syoknya,
bergelar duda buat kali ke tiga. Tapi aku duda bukan sebarang duda tau, aku
duda yang terhangat di Malaysia.' Kuat perasan memang sudah sebati dalam diri
Engku Edry Ashman.
No comments:
Post a Comment