Friday, 7 December 2012

BAB 2 RAJA DIHATIKU KAYU


                                             BAB 2


Aufa Dhiya mengisi minyak ke dalam tangki motosikalnya sejumlah RM5.00. Setelah selesai, dia menghidupkan enjin motosikalnya dan kembali meneruskan perjalanan namun pahanya bagaikan bergetar.
'Apasal paha aku ni? Kena penyakit parkinson pula ke? Vibrate telefon rupa-rupanya. Hai, buat terkejut betul le, ingatkan terkena penyakit tadi. ' Desis hatinya. Terus sahaja dia berhenti di tempat pam angin. Dijawabnya panggilan itu. Namun wajahnya berubah apabila pemanggil itu adalah abahnya.

            “Aufa, abah ni,” lembut bicara abahnya itu.

“Hmm, ada apa abah call ni? Lama tak dengar citer, sibuk sangat lah kan, tapi sekarang ni ada masa pula nak call,” tanya Aufa Dhiya.

Dia yakin tentu ada sesuatu yang abahnya inginkan dari dia. Kalau tidak jangan harap hendak menghubungi dia bertanya khabar. Balik rumah menjenguk mama pun dua tiga bulan sekali. Itu pun sekejap sahaja pulang ke rumah.

            “Aufa sihat? Maaflah abah sibuk sikit sejak akhir-akhir, dapat banyak tawaran berlakon. Itu yang tak balik,” cerita abahnya dengan mesra.

            Uhh, sibuk berlakon konon. Sibuk dengan bini nombor dua dia lah tu! Sampai sanggup mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu dan Aufa Dhiya.

            “Tak pe abah. Dari Aufa kecil lagi, Aufa dah faham sangat masalah abah. Abah ada ke, tak ada ke, sama je.” Balas Aufa dengan sinis.

            “Aufa, errr macam ni. Abah errr, abah nak pinjam duit dari Aufa boleh? Sebenarnya abah belum dapat lagi payment lagi. Mungkin minggu depan dapatlah. Adik Aufa, Tini tu nak pakai duit. Nak beli buku, tolong abah boleh?” Pinta abahnya dengan suara yang lembut.

            Aufa Dhiya tersenyum sinis mendengarnya. Dia sudah agak, memang ini niat abahnya menghubungi dia. Hatinya begitu sakit, perit. Luka yang sedia ada, bertambah dalam jadinya. 'Ingat aku ni, cop duit ke? Sudahlah tanggungjawab dia, aku yang kena pikul! Sabar je lah dapat abah perangai macam ni.'

            “Kalau Aufa ada duit sekalipun, Aufa tak akan bagi pada abah. Rupa-rupa ni, niat abah telefon Aufa? Ingatkan nak tanya khabar Aufa dan ibu? Selama ni Aufa dan ibu bekerja keras nak teruskan hidup, dengan hasil titik peluh kami sendiri sedangkan abah langsung tak pernah ambil tahu dan bertanggungjawab pada kami.

            Aufa bukannya bergaji besar, abah. Gaji tu cuma cukup-cukup makan je, ibu pun tak berapa sihat sekarang ni. Dah tak larat nak buat kuih macam dulu. Semua perbelanjaan rumah bergantung pada Aufa seorang. Abah pernah ke nak ambil tahu masalah kami? Sekarang ni, abah nak Aufa tanggung pula anak-anak abah tu?

            Hutang lama pun belum dibayar lagi, nak tambah pula hutang baru? Nak bayar balik konon, tak adanya abah nak bayar balik pun. Kalau abah ada duit, abah lebih suka habiskan duit tu pada bini baru babah berbanding ibu.

Aufa tak akan bagi, sebab duit yang ada ni pun cukup-cukup untuk belanja Aufa dan ibu. Sepatutnya abah bagi duit, bukan minta duit! Lain kali, kalau call setakat nak menyusahkan Aufa, baik tak payah call!” Terus sahaja Aufa Dhiya mematikan talian telefon.

Air matanya mula bergenang. Hatinya sakit. Kenapa abahnya bersikap begini? Langsung ke tiada rasa simpati dan empati pada dia dan ibu? Sampai bila abahnya akan berubah? Dia sudah penat menunggu. Dia bukan sengaja hendak berkurang ajar namun abahnya semakin keterlaluan. Aufa Dhiya hanya kasihankan ibunya yang begitu setia pada abah sedangkan abah bukan sahaja mengkhianati ibunya, malahan langsung tidak bertanggungjawab serta adil dalam berpoligami.

            Aufa Dhiya menghidupkan motosikalnya dan kembali meneruskan perjalanan dengan hati yang sedih. Emosinya bagaikan terganggu memikirkan nasib dirinya ini.



DALAM perjalanan pulang ke apartmentnya, Khalish Aqimie berbual-bual dengan Muaz, sahabat baiknya yang sama-sama membesar di rumah anak-anak Seri Kembangan. Persahabatan mereka terus erat dan berkekalan sehingga dewasa. Kini Muaz sudah menjadi pengurusnya dan menyusun segala aktiviti seninya.

            “Hari ahad ni, ada majlis pelancaran untuk filem Ombak Pantai tu di Mid Valley, so kita akan gerak ke sana pukul 8.30 pagi. Siap lah kau hadap wartawan pasal gossip cinta kau dengan Liyana dah meletup-letup dalam paper, sampai bila nak diam je ni?” Tanya Muaz yang sedang memandu kereta Subaru Impreza milik Khalish Aqimie.

            “Kalau aku cakap tak betul, orang tetap akan bercakap. Lagipun, Liyana tu macam sengaja buat pengakuan yang membuatkan orang dan wartawan memang percaya aku dengan dia memang ada affair. Apa masalah dia pun aku tak tau? Nombor telefon aku dia, dia tak ada….apatah lagi nak ada affair pula,” balas Khalish Aqimie dengan sedikit emosi .

            Dia sedar yang artis baru itu cuba mengodanya. Malas dia hendak melayan. Hatinya tidak tertarik langsung.

            Muaz tergelak kecil. Maklum sangat dengan perangai Khalish Aqimie ini.

            “Okey apa, kalau kau ada affair dengan dia. Cantik, hot, seksi, glamour…..lagipun, dia tu macam berminat je dengan kau. Dah banyak kali risik nombor telefon kau dari aku. Tapi macam biasalah, aku tau prinsip kau, nombor telefon kau hanya untuk orang yang terdekat dengan kau je sebab tu aku tak bagi,” balas Muaz sambil ketawa.

            Khalish Aqimie mengelengkan kepalanya.

            “Sudahlah malas aku nak cakap pasal ni, dia cantik ke, seksi ke, hot ke, itu pendapat kau. Tapi kalau aku, aku tak pandang semua tu. Aku lebih suka melihat perempuan dari segi dalaman, bukan luaran. Kalau luaran dia, dah boleh nampak dia tu jenis perempuan yang macam mana, memang aku tak akan berkenan.” Jawab Khalish Aqimie.

            “Kau ni tak habis-habis dengan perangai cerewet kau. Kalau kau nak yang perfect macam yang kau nak, susahlah. Sampai berjanggut putih pun kau tak akan ada bini. Kau tak jeles tengok aku? Dah ada bini, tak lama lagi bakal jadi ayah. Kau tak teringin ke nak ada keluarga? Kita ni anak yatim Qimie, sampai bila nak hidup sendirian. Tak mahu ke, membina keluarga sendiri, tak mahu merasa kasih sayang hidup berkeluarga?” Muaz mengutarakan isu ini.

Mama Yaniey pun, suruh dia memujuk Khalish Aqimie agar terbuka hati untuk membina keluarga.

Khalish Aqimie melepas keluhan. Tipulah kalau dia tidak cemburu melihat kebahagiaan Muaz bersama isterinya Lily. Lily pun sudah hamil sebulan. Tidak lama lagi, Muaz akan bergelar seorang ayah.

Cuma dia tidak yakin dengan kemampuannya untuk bergelar suami dan ayah. Dia takut kalau-kalau dia gagal. Gagal membimbing isteri dan gagal dalam mendidik anak-anak. Seperti mana gagalnya ibu dan ayahnya dalam mengemudi sebuah rumahtangga dan gagalnya mereka dalam mendidik dan membesarkan dia. Lagipun, susah hendak mencari perempuan yang memahami dirinya. Dia tidak layak memberikan kasih sayangnya pada sesiapa pun dan tidak layak juga menerima kasih sayang dari sesiapa pun.
Khalish Aqimie masih teringat lagi, ibu dan ayahnya tergamak membuangnya kerana dia bagaikan menjadi beban untuk mereka. Dia dibuang begitu sahaja di tepi jalan. Sepanjang dia membesar di rumah anak-anak yatim, tidak pernah ke dua ibu bapanya datang melawatnya dan membawanya pulang. Dia membesar tanpa kasih sayang. Hatinya tidak kenal erti kasih sayang dalam keluarga. Dia takut nasib yang sama akan menimpanya jika dia berumahtangga. Bimbang kalau-kalau isteri dan anaknya pula akan meninggalkan dia nanti seperti mana dia ditinggalkan ibu bapanya dulu. Tidak sanggup menerima dugaan begini sekali lagi.

“Malaslah Muaz, aku suka hidup sorang macam ni. Tak payah nak sakit-sakit kepala fikirkan masalah.” Jawab Khalish Aqimie menutup kegusaran hatinya.


Muaz mengelengkan kepalanya. Tahu sangat sifat degil sahabat baiknya ini. Dari kecil, hanya Muaz sahaja yang suka berkawan dengan Khalish Aqimie kerana Khalish Aqimie kadang kala suka bersendirian dan tidak gemar bergaul. Mujurlah semakin menginjak dewasa, Khalish Aqimie sedikit berubah. Kerjayanya sebagai pelakon membuatkan dia lebih matang dan bijak bergaul. Cuma masa mula-mula menjinakkan diri dalam bidang ini, ramai yang mendakwa dia sombong kerana dia lebih suka mendiamkan diri di lokasi penggambaran.
Muaz teringat lagi, kunjungan pelakon popular Ahmad Syah ke rumah anak-anak yatim suatu ketika dulu, benar-benar mengubah Khalish Aqimie. Keramahan dan kemesraan yang Ahmad Syah membuatkan Khalish Aqimie bertekad ingin mengikuti jejak langkah Ahmad Syah. Ahmad Syah bagaikan idola dan menjadi pendorong untuk Khalish Aqimie menceburi bidang seni. Ahmad Syah turut menganggap Khalish Aqimie seperti anaknya sendiri.

“Kahwin bukan nak bagi masalah tp, nak selesai masalah. Kau ni Qimie, cubalah belajar lembutkan sikit hati kau tu. Kalau lah kau boleh jadi romantik macam watak Hariz dalam Ombak Pantai, alangkah indahnya dunia aku. Aku dan mama Yaniey orang yang paling bahagia sekali tau?

Berhasil juga yea, kelas lakonan aku tu? Mesti ramai yg suka lakonan kau.” Puji Muaz yang cukup berbangga dengan lakonan Khalish Aqimie dalam filem Ombak Pantai. Memang romantik habis mamat ini. Tentu cair hati semua wanita yang menonton lakonannya.

“Iyalah tu, aku ni habis geli tau tak berlakon babak-babak romantik macam tu. Sebab kau cabar aku yang aku terima tawaran filem ‘Ombak Pantai’ tu, kalau tak jangan harap. Kalau dalam reality aku nak jadi mat jiwang macam tu, huh kirim salam banyak lah, lepas ni make sure adegan-adegan romantik dalam tawaran yang seterusnya nanti, tak banyak sangat macam filem 'Ombak Pantai' tu, rimas aku!” Khalish Aqimie pun rimas untuk menonton semula lakonannya dalam filem romantik itu.

            Muaz tergelak besar mendengarnya.

            “Perempuan mana yang malang jadi bini kau nanti ya? Kesian dia…. Ya Allah…” Tiba-tiba saja Muaz menyeru nama ALLAH dengan panik dan tekejut.

Berdesit tayar kereta apabila Muaz menekan brek dengan tiba-tiba kerana sebuah motosikal tiba-tiba keluar dari stesen minyak tanpa menoleh kiri dan kanan. Akibatnya, pembonceng motosikal yang dilanggar itu terjatuh dan terbalik motornya.


3 comments:

  1. berjodoh kot qimie ngan aufa neh..same2 ade kisah keluarga.jgn depa ne ade pertalian darah dh lh...so dek bile nk sambung akk tk sabar dah neh...jgn marah ye dek akk ne tamak lh plak!hehe nk ggggg

    ReplyDelete
  2. testing2...ok2.....dah ok ke kak mia..?

    ReplyDelete