PROLOG
Khalish Aqimie memeluk lututnya sambil cuba menekapkan telinganya
dengan ke dua belah tangan. Air matanya mengalir. Jelas tekanan terpampang di
wajah kecilnya. Ke dua ibu bapanya bergaduh lagi. Itulah yang selalu berlaku
seandainya ke dua manusia ini bertemu. Tengkingan ayahnya YANG, dijawab dengan
tengkingan oleh ibunya bagaikan mengegarkan ketenangan dalam rumahtangga yang
semakin lama hilang.
“Kau tau tak, aku
menyesal sangat kahwin dengan kau. Hei, perempuan bodoh je yang boleh tahan
dengan perangai kau tau tak? Kau buat rumah ni macam hotel. Tu, anak kau
langsung kau tak peduli. Aku dah benci dan menyampah tengok muka kau, tau tak?
Kalau macam ni, baik kau tak payah balik! Kau pergi, berambus! Kau gilakan
sangat pelacur tu kan? Kau kahwin je dengan perempuan kotor tu! Itu je
perempuan yang layak untuk lelaki tak guna macam kau!” Tengking ibunya dengan
kuat.
“Kurang ajar!
Hei, kau ingat aku suka sangat ke mengadap muka kau ni! Perempuan kurang ajar
macam kau ni, lelaki bodoh je yang akan simpan buat bini. Kau jangan ingat aku
tak tau tembelang kau selama ni. Kau selalu bawa jantan balik ke rumah kan,
masa aku tak ada! Kau pun sama perempuan jalang! Aku dah bosan hidup dengan kau
tau tak?” Tengking ayahnya pula.
“Biarlah, suka
hati akulah. Macamlah kau tu baik sangat! Memang aku dah ada penganti kau,
lebih baik dari jantan tak guna macam kau ni. Sia-sia saja aku habiskan hidup
aku kahwin dengan kau. Ada laki, macam tak ada laki! Lebih baik, aku menjanda
lagi baik dari jadi dapat suami haprak macam kau ni! Aku akan keluar dari rumah
ni, dan kau ceraikan aku sekarang!” Cabar ibunya lagi.
“Hei, kau ingat
aku kebulur sangat ke nak simpan kau? Baik, aku ceraikan kau dengan talak 3.
Kau berambus dari rumah ni! Berambus!!!!” Tengking ayahnya dengan kuat.
Khalish Aqimie
membukakan matanya apabila pintu bilik di kuak. Kelihatan ibunya meluru ke
almari dan mula sibuk memasukkan baju-bajunya ke dalam beg. Biarpun Khalish
Aqimie tidak pernah di beri perhatian dan kasih sayang oleh ibu dan ayahnya,
namun sebagai anak yang masih belum mengerti nafas hidup, dia tetap memerlukan
belas ehsan dari ke dua insan yang membawanya ke dunia ini.
“Ibu,
ibu nak ke mana ni?” Tanya Khalish Aqimie lalu memegang tangan ibunya. Terus
saja badannya ditolak kasar.
“Kau jangan nak
menyibuk boleh tak? Pergi sana! Bapak kau dah ceraikan aku! Kau pergi hidup
dengan bapak kau, dan betina sundal tu!” Marah ibunya tanpa sikit pun rasa
simpati pada anaknya yang masih berumur 6 tahun itu.
“Ibu nak
tinggalkan Qimie ke? Ibu...ibu...jangan pergi. Kalau ibu pergi Qimie macam
mana?” Tanya Khalish Aqimie dengan tangisan yang mula lebat.
“Hei betina, anak
kau ni, kau bawa sekali okey! Jangan nak tinggalkan beban kau kat sini. Pandai
kau beranak, pandailah kau bela dia. Aku tak ada masa nak bela anak haram ni,
anak ni belum tentu lagi anak aku! Kau berambus, bawa budak ni!” ayahnya yang
tiba-tiba muncul terus menengking ibunya.
“Kau ni memang
tak guna tau tak? Aku tak akan bawa budak ni, kau nak kata apapun, katalah. Ini
anak kau bodoh, berani ya kau kata anak ni anak haram! Kau jangan nak samakan
aku, dengan betina sudal simpanan kau tu! Memang kau ni lelaki bangsat, tau
tak? Aku memang benci kau sampai mati. Jadi apa saja yang berkaitan dengan kau,
aku tak kebulur nak simpan. Kau buatlah, apa yang kau nak buat pada anak kau
ni! Aku malas nak ambil tau!” Berlaku pergelutan antara ke dua ibu bapanya. Badan
ibunya ditolak kasar, kaki ayahnya menendang belakang ibunya.
Khalish Aqimie hanya mampu menangis
sekuat hati melihat ibunya dikasari bapanya. Dia benar-benar takut. Takut
melihat keganasan ini.
Ibunya terus
sahaja meluru keluar, namun ayahnya terus mendesak ibunya agar membawa Khalish
Aqimie bersama. Tangannya diraih kasar, terus sahaja dia ditolak keluar dari
rumah. Betapa hinanya dirinya di mata ke dua orang tuanya. Langsung tiada rasa
simpati dan kasihan pada anak mereka yang masih kecil dan belum mengerti
apa-apa ini.
“Hei, betina! Kau
bawa budak ni kalau tak, aku pijak dia sampai mampus!” Jerkahnya ayahnya.
Khalish Aqimie memegang lututnya yang sakit. Berdarah!
Khalish Aqimie memegang telinganya yang perit dipiat oleh ibunya yang terus memaki hamunnya. Lutut dan sikunya
yang berdarah kerana dihumban ayahnya keluar rumah tadi masih terasa sakitnya.
Salahkah dia menangis kerana kesakitan ini?
“Hei bodoh, kau
boleh diam tak? Kau ni, dengan bapak kau sama je! Menyusahkan hidup aku!” Maki
hamun ibunya lagi. Tiba-tiba telefon ibunya berdering. Terus ibunya menjawab.
Nada suara yang keras tadi telah bertukar lembut.
“Hello, sayang.
Hmm, lelaki tak guna tu dah ceraikan Shima. Shima dah keluar dari neraka tu.
Iya ke sayang? Okey, nanti Shima datang pada sayang. Anak Shima? Errr, anak
Shima...er...jantan tak guna tu yang bela. Shima seorang je ni, okey sayang.
Kejap lagi Shima sampai. Iya, Shima pun rindu...okey, sayang mandi wangi-wangi
tau, bye. Love you! Muahhh!” Khalish Aqimie menoleh pada ibunya. Seingatnya,
ibu tidak pernah bercakap selembut ini dengannya. Dia seolah-olah menjadi
tempat ibunya melepaskan kemarahan dan kebencian pada ayahnya.
“Sial betullah
kau ni, menyusahkan aku tau tak? Kenapalah kau lahir kat dunia ni, kau ni Cuma
bawa beban je dalam hidup aku? Silap akulah, tak pijak-pijak kau sampai mati
masa kau kecik-kecik dulu! Bodoh!” Sempat lagi ibunya menunjal-nunjalkan
kepalanya.
Khalish Aqimie
hanya teresak-esak mendengarnya maki hamun ibunya. Hati kecilnya rasa begitu
pedih. Tidak pernah ada sekelumit kasih sayang yang dicurahkan padanya. Hanya
kemarahan, maki hamun dan pukulan yang diterimanya saban hari.
Kereta dihentikan
oleh ibunya di tepi jalan.
“Kau nampak tempat
tu?” Tanya ibunya. Khalish Aqimie menoleh ke arah bangunan yang ditunjukkan itu.
“Kau pergi dalam
sana. Mereka tu akan kutip kau dan bela kau. Aku tak ada masa nak bela dan aku
tak ada duit nak tanggung kau. Macam mana aku benci bapak kau, macam tulah aku
benci tengok muka kau! Hidup kau lebih baik kat sana berbanding hidup dengan
aku,” beritahu ibunya lalu keluar dari kereta. Mengambil beg yang memuatkan
baju anaknya. Kemudian membuka pintu di tempat duduk anaknya, menarik tangan
Khalish Aqimie dengan kasar. Dia sudah membuat keputusan akan mencampakkan
anaknya ke rumah anak-anak yatim ini.
“Ibu, Ibu nak
bawa Qimie ke mana ni? Ibu....ibu.....” terus sahaja tangan kecilnya bergantung
pada ibunya. Pintu pagar tempat itu ditutup. Mungkin kerana malam.
Ibunya yang tidak
mempedulikan dia terus berlari laju ke kereta. Khalish Aqimie cuba berlari
mendapatkan ibunya yang sudah masuk ke dalam perut kereta. Cermin kereta ibunya
diketuk berulang kali.
“Ibu, ibu jangan
tinggalkan Qimie. Qimie janji Qimie tak akan nakal. Qimie tak akan susahkan
ibu. Ibu....Ibu.....” jerit anak kecil itu, namun kereta ibunya terus berlalu
meninggalkan dia di situ bersama tangisan yang kuat.
Dimanakah sifat
belas kasihan dalam diri manusia yang bernama ibu ini? Tergamak meninggalkan
anak kecilnya yang tidak berdosa di tepi jalan? Kuatkanlah kau, wahai si anak
kecil menempuhi dugaan hidup dalam usiamu yang baru mencecah 6 tahun ini. Kasih
sayang yang kau dahagakan sudah kering tanpa sekelumit ehsan pun. Ibu bapamu
telah menjadikan kau anak yatim selagi belum tiba masanya.
best baca starting..kesiannya dekat qimie.
ReplyDeletemmg ada kan kt dunia ni orang mcm ibubapa qimie ni? ishishish , jahat!!
ReplyDeletebest la kak...
ReplyDeletekciannye kt qimie..de jgk mak ayh cm2 kn...
ReplyDeletekciannye kt qimie
ReplyDeletemanusia jenis ape lh depa ne...or bkn manusia but binatang!!!
ReplyDelete