Wednesday, 26 September 2012

BAB 4: Bidadari Salju

   BAB 4
   Suasana di sungai yang terdapat di hujung kampung begitu mendamaikan hati Kayra. Keindahan semulajadi ini benar-benar merantai hatinya dan bagaikan magnet yang sering menarik kaki Kayra ke sini. Kayra sering menghabiskan masa terluangnya di sini demi mencari sebuah ketenangan.

Kayra melabuhkan punggungnya ke pangkin. Dia memejamkan mata sambil menghirup udara yang segar ini. Terasa ada angin yang membelai wajahnya. Tiba-tiba matanya dicekup.

"Cik Diana! Ingat aku tak kenal siapa kau! Kau ni, dah besar panjang pun nak main babacak lagi..." Rungut Kayra. Kedengaran Diana ketawa kecil.

"Kau ni, tutup mata pun kenal. Baru nak bagi kejutan!" Diana duduk disisi Kayra sambil tangannya memegang sebuah novel.

"Hek eleh, kejutan amendanya. Kau dok sebatu pun aku boleh kenal kau dari bau je. Kau bawa buku apa tu?"Tanya Kayra lalu melontar batu ke dalam sungai.

"Novel cinta 'lafazkan kalimah cintamu'. Penulisnya Siti Rosmizah. Best tau! Tangkap leleh beb. Bukan setakat air mata, air hidung semua sekali keluar. Sentap betul. Sepuluh kali aku baca, aku akan menangis...." Puji Diana melambung tinggi. Kayra tergelak kecil. Diana memang hantu buku.

"Sejak bila pulak kau berminat membaca novel cinta ni? Buang tabiat ke? Bukan kau suka baca novel kanak-kanak yang berkisarkan penyiasatan ke?" Tanya Kayra. Dia tahu Diana mempunyai minat membaca. Setiap minggu ayahnya akan membelikan buku ataupun novel keluaran terbaru. Kayra juga berminat tetapi dia tidak mempunyai masa untuk membaca. Kalau meminjam buku di pusat sumber sekolah, dia akan meminjam buku rujukan pelajaran sahaja. Kadang-kadang keratan akhbar lama yang sering digunakan oleh Kak Pah untuk membungkus makanan akan dibacanya.

"Kau ni agak-agak lah. Sekarang ni kan aku dah meningkat remaja, dah akil baligh lah. Hehe.... tak layanlah novel penyisatan tu lagi. Sudah tiba masanya aku menukar minat aku membaca novel-novel cinta. Sekarang aku nak mula menyimpan koleksi novel-novel cinta. Kau nak baca ambil lah!" Pelawa Diana dengan murah hati. Kayra mencebik kemudian mengelengkan kepalanya.

"Ish, tak nak lah aku. Aku tak gatal lagilah nak layan novel cinta ni! Kau ajalah yang baca!" Tolak Kayra. Bulat mata Diana mendengarnya.

"Oh, jadi aku ni gatal lah sebab tu aku baca novel cinta ni?"Diana berpura-pura merajuk.

"La, sensitif pula kau ni. Bukan macam tu maksud aku. Kau tu lain, aku lain. Aku tak layak nak baca novel cinta ni. Aku memang tak berminat, kau ajalah yang baca. Lagipun, kau sedang dilamun cinta kan? Sesuai sangat lah..."terang Kayra.

"Kau ni, ingat orang yang gatal, yang bercinta saja ke yang patut baca novel macam ni. Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita perolehi. Hubungan sesama manusia, keagamaan dan motivasi turut diselitkan tau!" Giliran Diana pula menerangnya kepada Kayra faedah-faedah membaca novel cinta. Kayra mengangguk seperti burung belatuk.

"Hmm, baguslah. Kau wakilkan untuk aku bacakan novel cinta ni okey? Aku ni sibuk, banyak urusan, tak ada masa nak baca buku tebal-tebal ni....." Kayra menutup terus topik ini. Dia merasakan dia tidak layak untuk membaca novel cinta. Kalau bab cinta, memang dia tidak berminat langsung.

"Yalah... Eh, semalam mak kau beritahu aku kau balik jalan kaki yek? Kesiannya kat kau, jauh beb dalam hujan lebat pulak tu! Aku siap berdengkur kat rumah. Patutnya kau tumpang ayah ku semalam! Aku tabik springlah dekat kau! Kuat betul semangat kau!" Kayra ketawa kecil melihat betapa kekoknya cara Diana yang sedang tabik kepadanya. Tangannya persis ular tedung sedang mengembang.

"Tak pa. Aku biasa dah jalan kaki ni. Alah bisa tegal biasa!" Kayra tersenyum hambar. Diana benar-benar kagum dengan ketabahan Kayra dalam mengharungi kehidupannya. Kalau dibandingkan dengan dia, ayahnya datang lewat 15 minit pun dah tarik muka 14.

"Eh, Aiman lah....Tu dia tengah membonceng motor dia. Apasal dia berpatah balik bila nampak kita? Amboi, sombongnya mamat ni. Kau dengan dia ni macam mana? Couple ke tidak ni? Lama dia tak lepak dengan kita! Jumpa aku jeling semacam!" Lurus jari telunjuk Diana menghala ke arah lelaki itu. Kayra memandang sekilas ke arah Aiman yang sudah menjauh. Kali terakhir mereka berbual semasa di tingkatan dua. Aiman melahirkan rasa tidak puas hatinya melihat wajah Kayra yang kian gelap dan penuh jerawat. Lalu meminta Kayra merahsiakan hubungan mereka di sekolah. Mungkin malu agaknya hendak mengaku yang dia kenal dengan Kayra yang hodoh dan selekeh ini.

"Bila masa aku couple dengan Aiman tu? Aku dengan dia cuma berkawan je!" Terang suara Kayra bersahaja tanpa berbekas langsung dihati.

"Berkawan? Tapi, dulu kan dia ajak kau bercouple?"Tanya Diana ingin tahu.

"Memanglah. Tapi, mana ada lelaki yang nak perempuan hodoh, selekeh dan miskin macam aku ni. Aku dah tahu sangat lah dia mesti akan berubah punya. Dia tu kan atlit sekolah, orang popular, handsome pula tu. Mesti dia nak jaga reputasinya kat sekolah. Tentu dia malu berkawan dengan aku. Dahlah, aku memang tak serius pun dengan dia. Aku tak simpan walaupun sekecil kuman pun perasaan kat dia. Aku nak tumpukan perhatian pada study lagi bagus. Lagipun, tahun depan kita nak SPM. Merdeka aku sebab Si Hariz tu kan dah blah dari sekolah kita! Aman hidup aku!" Kayra mengurutkan dadanya.

Diana tahu, Kayra terlalu rendah diri. Dia rasa dirinya terlalu kerdil dimata semua orang. Kebaikkan sentiasa membuka ruang untuk orang lain mengambil kesempatan mempermainkan perasaannya dan membulinya. Dia terlalu berlembut hati.

"Dahlah, tak rugi kau tak berkawan dengan Aiman tu! Ingat dia tu hebat sangat. Kau ni janganlah terlalu merendah diri sangat. Kau kena yakin dengan diri kau, jangan mudah menerima kata-kata hinaan orang tu. Setiap orang ada keistimewaannya yang tersendiri. Eh, jerawat kau nampak surut lah sikit. Kau pakai produk apa?" Kayra tergelak kecil mendengarnya. Lalu meraba mukanya yang agak berkurangan butir-butir jerawatnya.

"Ye ke kurang? Mak aku lah melarang aku memicit jerawat ni. Kalau dipicit nanti kumannya mudah merebak. Mak aku tumbukan pucuk jambu dengan kapur dan lumurkan dekat jerawat. Kecut tau jerawat aku ni... kau tau tak, macam mana muka aku ni boleh tumbuh jerawat? Aku cuci pakai sabun mandi cap burung, kadang-kadang kalau sabun mandi habis aku cuci muka guna sabun cap kapak! Sabun basuh baju!" Bulat mata Diana mendengarnya. Terkejut besar dia. Kayra ni ikut sedap kepala otak dia saja nak cuci muka. Ada ke patut pakai sabun cap kapak?

"Ya Allah, kau biar betul! Tak sayang muka betul, ada ke patut kau cuci muka dengan sabun cap kapak. Patutlah muka kau bertambah teruk. Suka hati laki tiri bapak mak kau je kan. Belilah pencuci muka, fair&lovely, murah je..." Kayra hanya tersenyum. Murah? Rm4. Nak dapatkan seringgit pun bukan main lagi susah. Dia tidak mampu membelinya. Dia harus memikirkan keperluan lain yang lebih penting selain dari membeli pencuci muka.

"Yalah. Kau ni bab membebel macam mak nenek. So, apa tunggu lagi? Jom lah berendam....tak sabar aku nak berkubang!" Sudah menjadi kegemaran sejak dari kecil lagi mereka akan mandi dan berkelah di sungai ini. Tanpa berlengah Kayra dan Diana terus terjun ke dalam sungai bersama-sama. Riang sekali bermandi manda.


Suasana di kantin Sekolah Kebangsaan Dato Syed Ahmad riuh rendah dan dipenuhi pelajar-pelajar yang ingin menjamu selera pada waktu rehat. Kayra seperti biasa akan mencari tempat untuk dia dan Diana sementara Diana pergi membeli makanan. Kayra mengeluarkan bekas makanannya. Hari ini dia dibekalkan dengan nasi goreng kosong. Tanpa sebarang bahan-bahan yang lain. Baik minyak ataupun bawang. Ayahnya sudah kehabisan wang kerana minggu lalu hujan turun tidak berhenti. Alhamdullilah, cuaca agak mengizinkan pada minggu ini barulah ayahnya dapat menjual hasil getah yang ditorehnya. Upah berniaga di gerai Kak Pah pun tidak seberapa kerana kekurangan pelanggan ekoran musim hujan.

"Nah, hari ini aku belanja kau makan!" Kata Diana lalu menghulurkan sepinggan nasi ayam kepada Kayra. Kasihan Kayra, hari-hari bawa bekal makanan yang sama. Tentu Kayra teringin hendak makan yang sedap-sedap.

"Kau ni, susah-susah aja. Kenapa tak tanya aku dulu? Kan aku bawa bekal ni...." Kayra tidak menyangka Diana membelanjanya makan hari ini. Rasa segan pula dia.

"Nak tanya kau mesti kau tak nak punya! Kebetulan hari ni aku bawa duit lebih. Lagipun, kau banyak membantu aku dalam pelajaran. Anggaplah ni upah kau!" Puji Diana.

"Isk kau ni, aku ikhlaslah. Tak perlu upah-upah."Kayra menolak dengan baik.

"Dahlah, jangan cakap banyak. Jom makan..."Pelawa Diana. Kayra menyuapkan nasi ayam itu dengan serba salah. Dia bukanlah seorang yang suka mengharapkan simpati dan belas ehsan dari orang lain. Biarlah dia merendah diri dalam harga diri yang cukup tinggi. Itu prinsip hidupnya.

"Sebenarnya, aku dah dapat lesen P! Sebab tu aku nak raikan dengan kau ni!" Beritahu Diana dengan gembiranya.

" Ye ke? Alhamdulilah....Tahniah!" Ucap Kayra tumpang gembira.

"Seronok nampak? Baru dapat laki ke?"Suara Marisa tiba-tiba mencelah. Diana mula bengang. Dah mula dah, betina gila ni. Menyibuk betullah minah gedik perasan bagus ni.

"Kayra...aku nak muntah lah. Ada orang tu yang mulutnya busuk macam longkang!" Sindir Diana kepada Marisa dan konco-konconya yang turut sama tersenyum sinis pada mereka.

"Nak muntah? Aik dah ada hasil ke dalam perut kau tu? Jangan mengaku anak tu anak Naufal sudahlah. Dasar perempuan murahan! Kau dengan si buruk ni, sama je perangai. Elokkan korang bersahabat," Fuh, pedas gila mendengarnya. Lagi pedas dari cili padi yang sedang digigit oleh Diana dan Kayra sekarang. Diana merengus, merah padam mukanya. Tidak boleh jadi ni, ada orang nak makan kaki agaknya?

"Kau cakap baik-baik sikit ya, aku tonyoh mulut longkang kau dengan cili ni. Kau ni apahal? Tiba-tiba nak cari fasal dengan aku. Apa masalah kau ni?" Diana meluahkan rasa tidak berpuas hatinya. Marisa tiba-tiba ketawa. Gila agaknya minah gedik ni. Ketawa macam orang gila. Dah lah kat gigi tu melekat sisa cili. Marisa terus ketawa lucu serupa pontianak gila meroyan, tiba-tiba dia mengeluarkan sekeping gambar dari poket bajunya.

"Hmmm.....gambar ni, betullah memang gambar kau Kayra! Tak sangka ya? Muka hodoh macam ni ada hati nak jadi bohsia? Pelacur? Eeee, laku ke? Ada orang nak ker? Eeeee, ada ke orang berselera nak jamah tubuh kau tu? Aku yang perempuan ni pun nak muntah tengok muka kau. Uwekk! Jijik betul!" Hina Marisa bersahaja dengan mimik muka jijik. Kayra terkesima. Tuduhan itu membuatkan dirinya tidak senang duduk. Kenapa begitu sekali dia dihina? Memang keterlaluan! Gambar? Bohsia? Pelacur?

"Apa kau cakap ni? Gambar apa?" Tanya Kayra dengan cemas dan ingin segera tahu. Dia tidak faham sindiran Marisa sebentar tadi. Marisa sekali lagi tergelak.

"Buat-buat tak tahu pulak bohsia ni. Well, takpalah. Kasihan kau kan, terdesak sangat sampai sanggup jual lendir sendiri. Biasalah orang miskin, kerja apa sangat lah yang layak untuk kau kan? Itu je cara yang mudah nak dapatkan duit. Apapun, selamat menjadi bohsia ataupun pelacur yang berjaya. Hahahahaha! lawak-lawak!" Marisa terus menyimpan gambar itu ke dalam poketnya sambil mengelengkan kepalanya. Diana tidak mampu menahan sabar lagi. Menggigil tubuhnya menahan marah. Kayra yang terpana seketika, kemudiannya menangis kerana dihina sebegitu.

"Mulut kau jaga baik-baik sikit. Kau ni memang dah melampau. Suka hati je mulut nak menuduh Kayra macam tu!" Tanya Diana dengan kasar. Permainan apa lagi yang cuba dilakukan oleh mereka ini. Tidak sudah-sudah ke mereka membuli Kayra? Tak ada rasa kasihan langsung ke kepada Kayra?

"La, bila masa pula aku tuduh. Aku cakap yang betul lah! Nanti kau akan tahu juga siapa sebenarnya sahabat baik kau ni! Nampak je sopan tapi dibelakang kangkang sana, kangkang sini. Tak ada maruah langsung! Baik kau jauhkan diri dari dia sebelum kau pun jadi macam dia. Aku akan tunggu kau datang ke kelab aku...."Pelawa Marisa dengan senang hati. Tiba-tiba sahaja dia berminat hendak mengajak Diana menyertai kumpulannya 'Cun Girl'.

Diana tidak dapat menahan rasa perasaan geramnya melihat maruah Kayra dipijak-pijak. Mukanya merah padam menahan marah. Kemudian dia mengambil cili bihun sup yang berwarna merah lalu dilumurkan ke baju Marisa. Habis kotor baju Marisa.

"Kau!!! Eeeeeee!!! Tak guna! Aku report kat boyfriend aku!" Jerit Marisa sambil kakinya dihentak-hentakkan ke lantai.

Diana yang merenung tajam wajah Marisa dengan wajah yang bengis terus menarik tangan Kayra dan berlalu dari situ. Hanya dengan cara itu, mulut perempuan itu akan berhenti bercelupar. Terkial-kial Kayra mengikut jejak langkah Diana. Kayra mula hairan, banyak pasang mata yang memandang ke arahnya dan berbisik sesama sendiri. Dia mula berasa tidak sedap hati.

No comments:

Post a Comment